1 / 9

Pungut , Alias Zahara , Alias Yap Siew Hong

Pungut , Alias Zahara , Alias Yap Siew Hong. Cerpen Mohamed Latiff Mohamed. Sinopsis.

urit
Download Presentation

Pungut , Alias Zahara , Alias Yap Siew Hong

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Pungut, Alias Zahara, Alias Yap Siew Hong Cerpen Mohamed Latiff Mohamed

  2. Sinopsis Mak Timah memelihara anak angkat berbangsa Cina, iaitu Siew Hong. Mak Timah menamainya Zahara tetapi anak angkatnya itu digelar Pungut. Pungut sebenarnya anak Siew Lan yang kelima dan cucu Bibik. Mak Timah menyewa di rumah Bibik. Bibi memberikan RM150 kepada Mak Timah supaya memelihara Pungut kerana Siew Lan tidak mahu memelihara Pungut yang cacat. Dia pekak, bisu dan badanya kecil. Pada mulanya Mak Timah sanggup memelihara anak istimewa ini kerana kasihan akan nasibnya dan ingin menambah pahala. Lama-kelamaan Pungut sukar dijaga dan akhirnya Mak Timah sering berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut sebelum mengambil nyawanya kerana yakin suatu hari nanti tiada siapa yang mahu menjaganya.

  3. Tema: Pengorbanan seorang wanita menjaga anak angkat yang cacat dan nilai kemanusiaan dalam jiwa masyarakat.

  4. PERSOALAN: 1-‪Amalan dan kepercayaan masyarakat Cina kepada tukang tilik -menilik nasib bayi yang akan lahir ‬2-Persoalan nasib golongan kurang upaya-Pungut ingin dibuang oleh ibu dan neneknya kerana dianggap tidak sempurna.      3-‪Persoalan belas kasihan dan keprihatinan sesama manusia-Mak Timah menerima Pungut seikhlas hati.      ‪ 4-Persoalan ajal maut di tangan Tuhan dan kesabaran menempuh cabaran hidup.       ‪

  5. ‪5- Kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan –pendaftaran anak angkat di mahkamah 6-‪Sikap tidak menyayangi dan mengasihani golongan kurang upaya.

  6. NILAI:   ‪ 1- Kasih-sayang      Contoh: Mak Timah amat menyayangi anak angkatnya, Pungut walaupun pungut cacat.     ‪ 2-Bertanggungjawab ‬Contoh: Mak Timah menjaga Pungut dengan penuh tanggungjawab seperti menjaga anak sendiri.      3-‪Keikhlasan Contoh:Mak Timah menjaga Pungut dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

  7. ‪4- Belas kasihan  Contoh: Mak Timah setuju menjaga Pungut kerana beliau kasihan melihat Pungut yang akan dibuang.        ‪ 5-Semangat bermasyarakat ‬       Contoh:Mak Timah menziarahi Siew Lan yang baru keluar dari hospital setelah melahirkan anak.

  8. PENGAJARAN:       ‪ 1-Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. 2-Kita hendaklah ikhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa. 3-Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.

  9. 4-Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. 5-Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

More Related