1 / 23

PENANGGUNGAN

PENANGGUNGAN. WIJAYA MALA. MOHD AZLAN B. NASARUDIN SMPC YUK CHOY IPOH. Baharum terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Dia tidak dapat ditolong lagi. Mati serta merta. Kepalanya terhempas pada besi petak.

van
Download Presentation

PENANGGUNGAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENANGGUNGAN WIJAYA MALA MOHD AZLAN B. NASARUDIN SMPC YUK CHOY IPOH

  2. Baharum terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Dia tidak dapat ditolong lagi. Mati serta merta. Kepalanya terhempas pada besi petak.

  3. Masnah yang menjadi janda dan dua orang anaknya yang menjadi yatim setelah kematian Baharom bertandang ke rumah Kapten Mamat. Rambutnya kusut membayangkan masa depan yang sangat gelap

  4. Usahlah engkau menjadi orang kapal, anakku Tapi mak, saya ingin menjadi kapten . Bawa kapal tinggi, setinggi pokok kelapa!

  5. Masnah mula meluah kesedihan dan kehampaannya kepada Kapten Mamat setelah kematian Baharom. Dia berasakan bahawa dia tidak terpikul beban yang ditanggungnya. Mengapa tiada orang lain berasakan seperti saya? Engkau sama seperti orang lain. Engkau perlu lebih semangat berani

  6. Masnah mempertikaikan sumbangan dan peranan persatuan dalam membela nasib ahlinya Apa yang persatuan sumbangkan kepada kami?

  7. Kapten Mamat memberi semangat kepada Masnah yang berputus asa dengan kematian suaminya. Beliau juga akan mengusahakan agar keluarga Masnah dibayar pampasan. Mati pasti ada di mana-mana. Seribu orang doktor pun tidak dapat menyelamatkan satu nyawa jika sudah sampai ajalnya.

  8. Tekanan perasaan yang ditanggung oleh Masnah menyebabkan dia pitam kali keempat. Isteri Kapten Mamat mengesyorkan dipanggil bomoh untuk merawat Masnah. Panggilkan bomoh!

  9. Kapten Mamat dan isteri memberikan pertolongan cemas kepada Masnah Rendamkan kakinya dalam air suam. Jika dia sedar, beri minum air panas

  10. Masnah melahirkan hasratnya untuk pulang ke kampung dan dipertsetujui oleh Kapten Mamat Saya akan balik ke kampung, abang Mat

  11. Kapten Mamat menasihati Masnah agar berjumpa doktor untuk memeriksa kesihatannya. Pergilah berjumpa doktor Masnah. Setiap orang ada penyakit.

  12. Kapten Mamat mengimbau kerja-kerja orang kapal yang perlu belayar mengikut jadual . Bertolak dari satu pelabuhan dan singgah di pelabuhan yang lain. Walau apa-apa pun yang berlaku, kewajipan mengangkut dan memunggah barang-barang keperluan beribu-ribu manusia tetap diteruskan.

  13. Kapten Mamat juga mengemukakan teorinya tentang hukum alam dan ini menyedarkan Masnah tentang penanggungan setiap insan Selagi kita masih hidup, segala-gala di depan mata. Itulah penanggungan. Tanggunglah samapai mati

  14. Tema Penanggungan seorang isteri pekerja kapal yang kematian suami akibat terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak kapal.

  15. LLL LATAR Latar Masyarakat • Pekerja Kapal • Baharom dan Kapten Mamat merupakan pekerja kapal yang gigih dan bertanggungjawab, malah kadang-kadang mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugas. • Ibu Tunggal • Masnah terpaksa memikul tanggungjawab meneruskan kehidupan selepas kematian Baharom • Masyarakat Yang Prihatin • Kapten Mamat mengambil akan penaggungan Masnah dan anak-anak selepas kematian Baharom. Beliau menyedarkan Masnah untuk menerima takdir yang menimpa Baharom.

  16. Latar Tempat • Rumah Kapten Mamat • Masnah berkunjung ke rumah Kapten Mamat mengadu nasib malangnya. • Atas Kapal • Tempat berlakunya kecelakaan ke atas Baharom ke atas Baharom. Baharom terjatuh ke atas geladak dan kepalanya terhempas pada petak besi.

  17. LATAR MASA • Tengah Hari • Waktu Masnah berkunjung ke rumah Kapten Mamat untuk mengadu rasa kekecewaan dengan kematian Baharom

  18. WATAK DAN PERWATAKAN Masnah • Balu kepada Baharom • Mempunyai dua orang anak yang masih kecil • Tidak dapat menerima hakikat musibah yang menimpa suaminya. Dia menyalahkan takdir atas musibah itu. • Lemah semangat. Sudah 4 kali dia pitam apabila mengenang nasib yang menimpa keluarganya. • Penyanyang. Tidak mahu berpisah dengan anak-anak walau apa-apa pun terjadi . Dia juga tidak mahu anaknya bekerja kapal kerana takut tragedi yang menimpa Baharom berulang.

  19. Kapten Mamat • Menjadi kapten kapal tempat Baharom bertugas. • Prihatin • Mengambil berat tentang Masnah dan anak-anak selepas kematian Baharom. Dia akan memastikan Masnah dan anak-anak mendapat pampasan. • Berani • Berani melihat mayat Baharom yang berlumuran darah akibat terjatuh dari tiang agung. • Lembut Hati • Tidak sanggup melihat wajah dan tangisan Masnah dan anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.

  20. Isteri Kapten Mamat • Berbudi Bahasa • Menerima kedatangan Masnah dan anak-anak sebagai tetamu dengan baik • Mudah Bersimpati • Menangis apabila mendengar perbualan Bahar dan Masnah tentang cita-cita Bahar ingin mengikut jejak Bahrom bekerja di kapal. • Prihatin • Berusaha memulihkan Masnah daripada pitam • Mempercayai institusi perbomohan • Menyuruh dipanggilkan bomoh untuk memulihkan Masnah daripada pitam.

  21. NILAI DAN PENGAJARAN

More Related