910 likes | 5.04k Views
TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA, elaun pemangkuan dan elaun penanggungan kerja. Oleh : JANM Negeri Kedah. 1. ELAUN LEBIH MASA. Elaun Lebih Masa (ELM) dibayar kepada seseorang kakitangan yang berkelayakan setelah dia menunaikan arahan Ketua Jabatan untuk menjalankan tugas rasmi
E N D
TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA, elaun pemangkuan dan elaunpenanggungan kerja Oleh : JANM Negeri Kedah
1. ELAUN LEBIH MASA. Elaun Lebih Masa (ELM) dibayar kepada seseorang kakitangan yang berkelayakan setelah dia menunaikan arahan Ketua Jabatan untuk menjalankan tugas rasmi jawatannya atau tugas rasmi jabatannya pada hari dan waktu seperti berikut : - a) selepas waktu bekerja pejabat pada hari kerja biasa b) hari rehat Jumaat/Sabtu c) hari kelepasan am
KAKITANGAN YANG BERKELAYAKAN Semua anggota Kumpulan Sokongan kecuali anggota dalam Perkhidmatan Bomba, Polis dan Penjara. Kelulusan Khas diberi kepada Pegawai Kastam - Kumpulan 'A'. 2.1. Ada arahan Ketua Jabatan. 2.2. Menjalankan tugas yang merupakan kerja-kerja:- a) kecemasan atau b) Mustahak dan tidak boleh ditangguhkan c) Dibuat melebihi bidang tugas biasanya. d) Perlu diurus dalam masa terhad. 2.3. Bekerja diluar waktu bekerja biasa atau pada hari kelepasan 2.4. Jumlah ELM tidak melebihi 1/3 gaji pokok. Jika lebih mestilah dipersijilkan oleh Pegawai Tingkatan Tertinggi 'G'/Gred 2. Pengecualian diberi kepada Pemandu Khas kepada Pegawai T/T 'C' dan keatas.
ELAUN LEBIH MASA • Tuntutan lebih masa selama 8 jam berturut-turut perlu ditolak dengan 1 jam • Pegawai yang menanggung kerja hanya boleh tuntut Elaun Lebih Masa selepas 2 jam 15 minit tamat waktu pejabat atau ditolak 2 jam 15 minit dari ELM hari tersebut. • Sekiranya tuntutan ELM melebihi 1/3 dari gaji perlu pengesahan Ketua Jabatan/pegawai yang diturunkan kuasa.
KADAR GANDAAN KERJA SIANG. - 6.00 PAGI - 10.00 MLM HARI KERJA BIASA - 1 1/8 KALI GANDA HARI REHAT - 1 ¼ KALI GANDA HARI KELEPASAN AM - 1 ¾ KALI GANDA
KADAR GANDAAN Kerja Malam : 10 malam - 6 pagi Hari Kerja Biasa - 1 ¼ kali ganda Hari Rehat - 1 ½ kali ganda Hari Kelepasan Am - 2 kali ganda.
Formula • Untuk dapatkan kadar sejam OT. Gaji pokok x 12 / 2504
ELAUN LEBIH MASA • Tuntutan ELM selepas 12.00 malam hendaklah dikira pada tarikh yang berikutnya. • Contohnya : Ahmad diarahkan untuk menjalankan tugas lebih masa pada 05.09.2009(Ahad) dari jam 10.00 malam hingga jam 3 pagi. Gaji pokok Ahmad adalah RM680.00
ELAUN LEBIH MASA • Pengiraan ELM bagi Ahmad adalah: • Kadar siang/malam?? • Hari bekerja biasa/rehat/kelepasan am?? • KADAR – 1 ¼ *5 Jam = 6.25 • Kadar sejam : RM680.00 X 12 313*8 (2504) =RM3.26
ELAUN LEBIH MASA • JUMLAH OVERTIME • RM3.26 * 6.25 = RM20.38
ELAUN LEBIH MASA • Pengiraan Gaji Pokok x 12 2504 (313 * 8) • Jumlah Kadar jam tidak boleh digenapkan • Kadar satu jam hendaklah dikira yang terhampir • Singkatan yang digunakan : • Hari Kelepasan Mingguan (JUMAAT) - HKM • Hari Cuti Rehat Sabtu -HRS • Hari Cuti Umum (Cuti Awam) -HKA
ELAUN LEBIH MASA • Contoh Pengiraan : • Gaji pokok – RM580. • Menjalankan kerja lebih masa pada waktu siang. • Kadar sejam = RM 580 x 12 / 2504 =2.78 • Hari kerja Biasa - 3 jam • HKM - 3 jam • 3 x 1.125(1 1/8) = 3.375 – Hari kerja biasa • 3 x 1.25 (1 ¼) = 3.75 – HKM • 7.125 x 2.78 = RM 19.80
3. KEADAAN DAN JENIS KERJA YANG LAYAK DIBAYAR ELM PEGAWAI SELAIN PEMANDU • BERTUGAS DI DALAM KAWASAN IBU PEJABAT • BERTUGAS DI LUAR KAWASAN IBU PEJABAT • MENJADI URUSETIA KEPADA KURSUS/SEMINAR • MASA PERJALANAN SEKIRANYA BERTUGAS DI LUAR IBU PEJABAT KURANG DARI 24 JAM • LEBIH 24 JAM ADALAH TIDAK LAYAK • TIDAK LAYAK SEKIRANYA TELAH DIBERI IMBUHAN KHAS/CUTI GANTIAN • TIDAK LAYAK SEKIRANYA SEDANG BERCUTI REHAT
3. KEADAAN DAN JENIS KERJA YANG LAYAK DIBAYAR ELM • PEGAWAI YANG BEKERJA SECARA GILIRAN ADALAH BERDASARKAN KEPADA JADUAL WAKTU BEKERJA • Jika hari kelepasan am jatuh pada hari giliran pegawai, hari giliran merupakan hari kelepasan am. • Hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan, maka hari kelepasan am ditunda pada hari berikutnya.
CONTOHNYA • Contohnya Ali bekerja secara giliran dari hari Selasa sehingga ke hari Ahad. Hari cutinya adalah pada hari Isnin • Soalan. • Sekiranya Ali menuntut ELM pada hari Jumaat sehingga Ahad – KADAR APA? • Ali menuntut ELM pada hari Isnin???
CONTOHNYA • Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari Rabu • Kadar yang patut digunakan sekiranya menjalankan tugas lebih masa. • Hari kelepasan am jatuh pada hari Isnin • Kadar yang patut digunakan sekiranya menjalankan tugas lebih masa.
Pegawai bertugas di luar ibu pejabat • Dikira berdasarkan kepada di mana letaknya Ibu Pejabat tersebut • Contoh: • Pejabat pegawai di Kuala Lumpur dan diarahkan ke Terengganu pada hari Ahad • Kelayakannya adalah – layak pada kadar rehat mingguan
3. KEADAAN DAN JENIS KERJA YANG LAYAK DIBAYAR ELM PEMANDU: i) Bekerja diluar kawasan Ibu Pejabat, termasuk masa perjalanan ii)Masa menunggu, jika berkaitan dengan tugas rasmi hakikinya/ jabatannya/Pegawai yang dibawanya. iii)Perjalanan dari rumah kepejabat dan sebaliknya - untuk pemandu di jawatan Gred utama ‘A’ dan keatas. iv) TIDAK LAYAK tuntut sekiranya menghantar isteri pegawai/ahli keluarga atas urusan peribadi.
BAYARAN ELM BAGI ANGGOTA YANG DILULUSKAN ELAUN PENANGGUNGAN KERJA PEK. PERKHD. BIL 7/1993 . TARIKH KUATKUASA 1.12.1997. 7.1 Perkiraan ELM hendaklah berasaskan gaji hakiki pegawai yang menanggungkerja. 7.2 Kaedah perkiraan ELM bagi anggota yang diarah bertugas melebihi 2.15 jam diluar waktu bekerja biasa pejabat atau waktu bekerja bukan pejabat (pusingan/giliran kerja) adalah seperti berikut.:-
CONTOH 8.00 pagi hingga 5.00 ptg (Waktu Bekerja Biasa) 5.00 ptg hingga 10 malam (Waktu Kerja Lebihmasa) 5.00 ptg hingga 7.15 ptg ( Tempoh tidak boleh menuntut ELM) 7.15 ptg hingga 10.00 mlm ( Tempoh boleh menuntut ELM)
BAYARAN ELAUN LEBIH MASA BAGI ANGGOTA SAMBILAN. PEK. PERKHD. BIL. 4/2000. FORMULA PENGIRAAN. Gaji Harian x 23 Hari Bekerja x 12 Bulan 313 Hari Bekerja x 8 Jam Waktu bekerja siang/malam bagi Anggota Sambilan adalah dikira seperti berikut:- Kerja Siang - Jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam Kerja Malam – Jam 7.30 malam hingga 7.30 pagi
BAYARAN UPAH BAGI PEKERJA KHIDMAT SINGKAT.JIKA DIPERLUKAN BERTUGAS PADA HARI CUTI REHAT BIASA DAN HARI KELEPASAN AM. FORMULA PENGIRAAN:Kadar bayaran sejam x Bilangan Jam Kerja x Kadar Gandaan.(Kadar gandaan = 1 ¼ bagi Hari Rehat Biasa dan 1 ¾ bagi Hari Kelepasan Am)
ELAUN LEBIH MASA • Dihantar selewat –lewatnya 10 hb bulan berikutnya. • Tandatangan Ketua Pejabat • Dokumen sokongan • surat arahan/ surat lantikan bertugas lebih masa • Salinan Kad Perakam Waktu. • Surat pengesahan bertugas melebihi 8 jam • Pengesahan tuntutan ELM melebihi 1/3 dari gaji • Salinan akaun bank • Salinan buku log • Surat permohonan bas/kenderaan pemandu • Jadual program/mesyuarat/lawatan
ELAUN LEBIH MASA • Modul baucar bayaran yang digunakan adalah modul Pendapatan Bercukai • Kod Objek • 14101- kakitangan tetap • 14601- Pembayaran di bawah AP58(a) • 29302- Untuk kakitangan sambilan.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PEMANGKUAN KERJA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PEMANGKUAN • Tafsiran • Pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai • Secara sepenuh masa • Jawatan lebih tinggi dari gred hakikinya • Perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama • Kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat • Contoh • - Pembantu Akauntan Gred W17 menjalankan tugas Pembantu Akauntan Gred W22
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PEMANGKUAN (samb.) • Peraturan dan Prinsip • 28 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am & cuti rehat atas sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul tidak lebih 6 hari bekerja • Seseorang yang telah memangku sesuatu jawatan dan kemudian meninggalkan jawatan selama 28 hari atau lebih berturut-turut (termasuk hari kelepasan am) • - tidak layak dibayar EP bagi tempoh berkenaan • EP dikira semula setiap kali tarikh pergerakan gaji atau pada bila-bila masa gaji berubah • Tidak dibenarkan jika tempoh pemangkuan kurang 6bulan, kecuali jawatan yg tidak boleh ditanggung kerja
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PEMANGKUAN (samb.) • Pengecualian Tempoh 28 Hari • Bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut, layak dibayar Elaun Pemangkuan dlm keadaan: • i) menghadiri kursus yang diarahkan Kerajaan • ii) menjalankan tugas rasmi lain atas arahan • Kerajaan • iii) dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PEMANGKUAN (samb.) • Formula • Perbezaan gaji permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji jawatan hakiki • - perbezaan tidak kurang 1 pergerakan gaji secara mendatar di gred hakiki pegawai • Jika perbezaan kurang 1 pergerakan gaji di gred hakiki, atau gaji hakiki sama / lebih dari jawatan yang dipangku • - EP ialah 1 pergerakan gaji secara mendatar di atas tanggagaji jawatan yang dipangku
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA • CONTOH PENGIRAAN ELAUN PEMANGKUAN • Jurutera Gred J41 memangku Gred J44 • Gaji Hakiki Pegawai J41 : RM 3507.79 (P1T9) • Gaji Permulaan Gred J44 : RM 3786.09 • Perbezaan : RM ( 3786.09 – 3507.79 ) • = RM 278.30 • (lebih dari 1 pergerakan gaji secara • mendatar di gred hakikinya) • Elaun Memangku : RM 278.30
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 2) Pegawai Perubatan Gred U41 memangku Gred U44 Gaji Hakiki Pegawai U41 : RM 3031 (P1T22) Gaji permulaan Gred U44 : RM 3041 Perbezaan : RM ( 3041 - 3031) = RM 10 (kurang dari 1 pergerakan gaji secara mendatar di gred hakiki) Elaun Memangku : RM 149 (P1T2 – P1T1 di Gred U44)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 3) Pegawai Pertanian Gred G48 memangku Gred G54 Gaji Hakiki Pegawai G48 : RM 3569 (P1T5) Gaji Permulaan Gred G54 : RM 3569 Perbezaan : Tiada (gaji hakiki sama dengan gaji permulaan yg dipangku) Elaun Memangku : RM 146 (P1T2 – P1T1 di Gred G 54)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 4) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 memangku Gred DG54 Gaji Hakiki Pegawai DG48 : RM 3716 (P1T6) Gaji Permulaan DG54 : RM 3570 Perbezaan : Tiada (Gaji di gred hakiki lebih tinggi) Elaun Memangku : RM 146 (P1T2 – P1T1 di Gred DG 54)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PENANGGUNGAN KERJA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PENANGGUNGAN • Tafsiran • Pelaksanaan tugas oleh pegawai di samping tugasnya sendiri • Jawatan lain yang sama, lebih tinggi atau lebih rendah tarafnya • Kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PENANGGUNGAN (samb.) • Peraturan dan Prinsip • 28 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan cuti rehat atas sebab kecemasan serta cuti sakit yang tidak melebihi 6 hari bekerja • Seseorang yang menanggung kerja, apabila mengambil cuti / meninggalkan jawatan ditanggung kerja selama 14 hari / lebih berturut-turut • - pembayaran EPK dihentikan bagi tempoh tsb
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PENANGGUNGAN (samb.) • Peraturan dan Prinsip (samb.) • Jawatan lebih rendah drp jawatan disandang • - layak dibayar jika kedua-dua jawatan terlibat tidak mempunyai hubungan • “taraf tinggi rendah” / hubung kait • Tidak menanggung kerja lebih drp 1 jawatan pada masa yang sama
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PENANGGUNGAN (samb.) • Peraturan dan Prinsip (samb.) • Tempoh PK tidak kurang drp 14 hari berturut-turut bagi jawatan yg pernah ditanggung kerja oleh pegawai yang sama • Jawatan diwujud secara Khas Untuk Penyandang (KUP), pembayaran berdasarkan pada gred yang lebih rendah
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA FORMULA -25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja. Bagi jawatan yang menetapkan tanggagaji yang berbeza-beza, perkiraan berdasarkan gaji permulaan yang terendah.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CONTOH PENGIRAAN 1) Akauntan Gred W41 menanggung kerja jawatan Akauntan Gred W44 Gaji permulaan W44 : RM3039 (P1T1) Kiraan: RM 3039 x 25/100 Elaun Penanggungan Kerja : RM 759.75
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 2)Pembantu Teknik Gred J32 menanggung kerja jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Gaji permulaan N27 : RM 724.00 (P1T1) Perkiraan Elaun Penanggungan Kerja: RM 724 x 25/100 = RM 181.50