120 likes | 398 Views
tilawah. KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMIN. BY MOHD KHAIRI MOHD ZIN. Objektif pelajaran ini : Menyatakan maksud ayat dengan ringkas Menjelaskan tuntutan berdoa untuk kebahagian dunia dan akhirat serta contoh Menyenaraikan tujuan berdoa Menyatakan adab berdoa
E N D
tilawah KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMIN BY MOHD KHAIRI MOHD ZIN
Objektif pelajaran ini: • Menyatakan maksud ayat dengan ringkas • Menjelaskan tuntutan berdoa untuk kebahagian dunia dan akhirat serta contoh • Menyenaraikan tujuan berdoa • Menyatakan adab berdoa • Menerangkan pengajaran ayat • Menghafaz ayat ini
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhi-rat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
Doa • Doa ialah memohon sesuatu kebaikan kepada Allah atau menolak sebarang perkara yang tidak baik
Kebaikan di dunia • Kehidupan yang diredai Allah • Mendapat pertunjuk Allah • Jiwa sentiasa tenang dan tenteram • Segala hasil usaha berkat • Berjaya dengan cemerlang • Masuk ke pusat Pengajian Tinggi • Memiliki keluarga yang taat perintah Allah
Kebaikan di akhirat • Mendapat syafaat • Mendapat keampunan Allah • Mendapat balasan syurga • Terhindar daripada api neraka
Tujuan doa • Sebahagian usaha untuk memperolehi kejayaan di dunia dan d akhirat • Doa ialah ibadah yang disukai Allah • Mendapat kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat • Mengelakkan rasa kecewa dan putus asa • Menjadi orang yang tabah menghadapi ujian hidup
Adab berdoa • Bersih daripada hadas dan najis • Berdoa dengan hati yang ikhlas • Rendah diri kepada Allah • Berdoa dengan khusyuk • Mengangkat kedua-dua tangan • Mulakan dengan basmalah • Berselawat ke atas nabi di awal dan di akhir doa • Memilih masa dan waktu yang mustajab • Menghadap kiblat
Hikmat berdoa • Supaya Allah memakbulkan segala usaha dan cita-cita yang baik • Mendidik jiwa sentiasa mengingati Allah sama ada waktu senang atau susah • Melatih diri sentiasa sabar, reda dan bersyukur • Dikasihi dan diredai Allah
Cara mendapatkan kesejahteraan hidup di akhirat • Patuh dan taat segala perintah Allah • Tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu • Sentiasa berselawat ke atas nabi • Sabar segala ujian Allah • Sentiasa memohon keampunan Allah • Membelanjakan harta ke jalan Allah • Menuntut ilmu dan mengamalkannya • Ikhlas dan ibadah dan pekerjaan • Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian Allah
Pengajaran ayat • Manusia dituntut supaya berdoa dengan bersungguh-sungguh • Mukmin berjaya sentiasa berusaha untuk memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat • Allah sahaja yang menentukan kejayaan sesuatu yang diusahakan • Orang mukmin dilarang memohon pertolongan selain daripada Allah