760 likes | 2.54k Views
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan). Oleh Musa Zainal Abidin 13 November 2007. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan). Pembatalan .
E N D
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Oleh Musa Zainal Abidin 13 November 2007
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)
Pembatalan • Perintah-perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973 dimansuhkan, kecuali Perintah Am 45 dan 49 yang terus terpakai bagi pegawai yang berada dalam Sistem Saraan Jawatan Khas Kabinet 1976
Nama dan Permulaan Kuat Kuasa • Peraturan ini bolehlah dinamakan “Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005” • Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2005
Tafsiran : Kenaikan Pangkat • Peningkatan secara hakiki, • dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi, • dalam perkhidmatan dan skim, perhidmatan yang sama, • dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat
Tafsiran : Pegawai Semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak
Tafsiran : Pelantikan • Pelantikan ke dalam perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya, • secara tetap, sementara atau kontrak termasuklah, • perlantikan kali pertama dan • pelantikan seorang pegawai yang sedang berkhidmat
Tafsiran : Pemangkuan • Perlaksanaan tugas oleh seorang pegawai, • secara sepenuh masa, • satu jawatan yang lain yang lebih tinggi daripada gred hakiki pegawai itu, • dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama, • dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat
Tafsiran : Penanggunan Kerja • Pelaksanaan tugas disamping tugasnya sendiri, • bagi satu tempoh yang dinyatakan, • satu jawatan lain, • yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan
Pelantikan • 5(1) Hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan • 5(2) Pindaan syarat dalam skim perkhidmatan hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pengarah, JPA • 6(1) Mestilah warganegara sahaja • 6(2) Bukan warga negara boleh dilantik secara kontrak atas kepentingan negara
Lantikan Semula • (7)Pegawai tetap yang meletak jawatan tidak boleh dilantik semula kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya • (9)Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan atau diberhentikan tidak boleh dilantik semula kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya
Lantikan Semula • (8) Pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan boleh dilantik semula sekiranya disahkan sihat dan berkeupayaan melaksanakan tugas, • Panel perubatan mengandungi 2 atau pengamal perubatan berdaftar, • Salah seorang mestilah pakar penyakit berkaitan
Lantikan Pegawai Sedang Berkhidmat (10) • Boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain jika, • Telah mematuhi syarat yang dikehendaki oleh skim perkhidmatan berkenaan
Kembali ke Skim Perkhimatan Terdahulu • 11(1)Pegawai yang telah disah dalam perkhidmatan terdahulu, • Gagal disahkan dalam perkhidmatan lain, • Boleh dibenar kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulu, dengan syarat…
Kembali ke Skim Perkhimatan Terdahulu • 11(2)Dalam tempoh 3 tahun dari tarikh kuatkuasa dilantik dalam skim perkhidmatan lain, jika: • Ada kekosongan jawatan • Bukan disebabkan kelakuan buruk • Dipersetujui Ketua Perkhimatan • 11(3)Diberi mata gaji yang sama seperti sehari sebelum dilantik ke skim perkhidmatan lain
Pertukaran Pegawai • 12(1) Pegawai boleh dipinjamkan mana-mana organisasi kerajaan dengan persetujuan pegawai dan Ketua Jabatan dan kelulusan Suruhanjaya. • 12(2) Pegawai perkhidmaan awam negeri boleh dipinjamkan ke Perkhidmatan persekutuan
(14) Tatacara Pengambilan • Perlu diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian bahasa Melayu dengan menyatakan: • Nama jawatan dan taraf lantikan • Skim perkhidmatan, gaji • Kelayakan • Taraf kewarganegaraan • Tarikh tutup permohonan • Alamat permohonan perlu dikirimkan
(17)Permohonan Pegawai Sedang Berkhidmat • Hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan • Ketua Jabatan akan mengemukakan maklumat perkhidmatan dan • Ketua jabatan akan memberi ulasan - menyokong/tidak
(18)Tawaran Perlantikan • Tawaran akan dibuat melalui Ketua Jabatan • Ketua Jabatan boleh diminta membuat tawaran bagi pihak Suruhanjaya • Tawaran hendaklah menyatakan apa-apa maklumat perkhidmatan
Pemeriksaan Kesihatan dan Akuan Berkanun • 19(1)(a)Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat • 19(1)(b)Membuat akuan berkanun: • Tidak mampunyai rekod jenayah • Tidak pernah dibuang kerja • bukan penagih dadah • Tidak memiliki kewarganegaraan asing • Tidak bankrap • 19(1)(c)Menandatangani Surat Aku Janji
Pemeriksaan Kesihatan dan Akuan Berkanun (samb) • 19(2)boleh dibatalkan jika syarat tidak 19.1(a) – 19.1.(c) tidak dipatuhi • 19(3)Apa-apa emolumen akan dibayar bagi maksud 19(2) bagi tempoh perkhidmatan terlibat • Pegawai sedang berkhidmat boleh diminta mematuhi itu semula apabila dilantik ke skim perkhidmatan lain
Tarikh Lantikan • 21. Tarikh lantikan ialah tarikh melapor diri • 22. Tarikh lantikan bagi pegawai sementara ialah tarikh Suruhanjaya meluluskan pelantikan tetap
Penetapan Gaji • 23(2)Pengalaman yang relevan dengan jawatan diambil kira bagi lantikan pertama • Setiap satu tahun pengalaman boleh diberi satu pergerakan gaji biasa • 23(3)Pengalaman pegawai P&P dikira: • Pengalaman selepas pegawai mendapat kelayakan (profesional atau akademik)
Penetapan Gaji (samb) • 23(2) dan 23(3) terpakai bagi pegawai belum disahkan jawatan yang kemudian dilantik ke skim perkhidmatan lain • Pegawai telah disahkan dan dilantik ke skim perkhidmatan lain – diberi suatu mata gaji yang lebih tinggi
Gaji Permulaan Bagi Kes Khas • 24. Suruhanjaya boleh menentukan gaji permulaan seorang pegawai yang dilantik pada mana-mana mata gaji satelah mengambil kira: • Kelayakan khas atau bakat • Hal keadaan khas yang berkaitan dengan perlantikan pegawai
Pergerakan Gaji Tahunan • 25(3)Pergerakan gaji tahunan seorang pegawai hendaklah berasaskan pencapaian tahunan atau syarat lain yang ditentukan
Tempoh Percubaan • 26(1)Pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun • 26(2)Dalam keadaan khas Suruhanjaya boleh : • Memendekkan tempoh atau • Mengecualikan tempoh percubaan
Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan • 27(1)Layak disahkan dalam perkhidmatan satelah memenuhi semua syarat yang dientukan • 27(2)Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan dalam tempoh 1 bulan dari tempoh pegawai layak disahkan • 27(3)Pegawai boleh memohon untuk disahkan jika Ketua Jabatan gagal membuat perakuan • 27(4)Suruhanjaya akan mejalankan siasatan untuk menentukan kelayakan pegawai
Perlanjutan Tempoh Percubaan • 28(2)Pegawai yang tidak disahkan dalam perkhidmatan boleh memohon perlanjutan tempoh percubaan dalam tempoh 3 bulan selepas tamat tempoh percubaan • 28(4)Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan borang permohonan bersama butiran berikut: • Sebab pegawai tidak disahkan • Syor menyokong (dengan denda atau tidak) atau tidak menyokong • Maklumat pegawai yang dikemaskini • Tarikh dan keputusan peperiksaan
Perlanjutan Tempoh Percubaan • 28(5)Tempoh percubaan boleh dilanjutkan jika pegawai berupaya mematuhi syarat pengesahan dan disyorkan oleh Ketua Jabatan • 28(6)Tempoh percubaan boleh dilanjutkan tidak melebihi 2 tahun kecuali dalam keadaan khas
Tarikh Pengesahan • 29(1)Ialah pada hari pertama selepas tarikh pegawai mematuhi semua syarat yang ditetapkan • 29(2)Pegawai dianggap berada dalam percubaan sehingga disahkan oleh Suruhanjaya
30.Kesan Perlanjutan Tempoh Percubaan dengan Denda • Hilang kekanananya • Tidak layak mendapat pergerakan gaji • Tarikh pergerakan gaji diubah mengikut tarikh pengesahannya
Kaedah Penetapan Kekananan • 32(1)(a)Pegawai dalam gred lantikan – mengikut tarikh pegawai dilantik secara tetap • 32(1)(b)Pegawai dalam gred kenaikan pangkat – tarikh pegawai menyandang gred itu secara hakiki • 33.Pegawai yang kembali ke skim perkhidmatan terdahulu (11(1)) – hilang kekananan selam atempoh berada di luar skim perkhidmatan terdahulu • 34.Pegawai yang bercuti tanpa gaji hilang kekananan selama tempoh bercuti
Opsyen Skim KWSP/Pencen • 35.Pegawai yang memilih skim KWSP hendaklah melaksanakan opsyennya • 36.Pegawai yang tidak memilih skim KWSP layak diberi taraf berpencen
Asas Kenaikan Pangkat • 37(1)Kenaikan pangkat seorang pegawai adalah berasaskan merit • 37(2)Lembaga Kenaikan Pangkat mengambil kira: • Kecekapan dan prestasi kerja • Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman • Sifat peribadi – keutuhan, potensi, kepimpinan • Kegiatan luar dan sumbangan
38.Syarat Kenaikan Pangkat • Telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan dan • Terdapat kekosongan jawatan melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya • 39.Pegawai dalam pinjaman atau pertukaran sementara hendaklah dipertimbangkan
Pengiklanan Jawatan Naik Pangkat • 40(1)Dibuat melalui pekeliling jabatan jika perlu diisi oleh pegawai berkelayakan di jabatan tertentu sahaja • 40(2)Sekiranya tidak perlu diiklankan, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan pegawai yang layak • 40(3)Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Suruhanjaya syarat tambahan
Tarikh Kenaikan Pangkat • 41(1)Tarikh kenaikan pangkat ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat • 41(2)Tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan atau tarikh layak dinaikkan pangkat • 41(3)Tarikh kanaikan pangkat tidak boleh lebih awal dari tarikh dilulus memangku atau tarikh jawatan hakiki itu kosong
Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat • 42(1)Gaji yang diterima oleh pagawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu • 42(2)Perbezaan antara gaji akhir dalam gred terdahulu dan gaji baru dalam gred kenaikan pangka hendaklah sama atau lebih daripada sau pegerakan gaji biasa dalam gred terdahulu • 42(3)Kenaikan pangkat yang sama dengan tarikh pergerakan gaji – pergerakan gaji jawatan terdahulu hendklah diberi sebelum penetapan gaji baru
Pergerakan Gaji Jawatan Naik Pangkat • Tarikh pergerakan gaji jawatan naik pangkat ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkat
Penamatan Perkhidmatan • 46.Pegawai yang belum disahkan dalam jawatan boleh ditamatkan perkhidmat jika: • Menyembunyikan maklumat kesihatan • Membuat akuan palsu (akuan berkanun) • Tidak menandatangani Aku Janji • Memalsukan dokumen pelantikannya • Gagal tapisan keselamatan
Gagal disahkan Dalam Perkhidmatan • 47(1)Pegawai pada pelantikan pertama yang gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan boleh ditamatkan perkidmatan • 47(2)Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu tetapi gagal disahkan dalam perkhidmatan baru, boleh dibersarakan jika telah dimasukkan dalam perjawatan berpencen dalam skim perkhidmatan terdahulu
Gagal disahkan Dalam Perkhidmatan • 47(3)Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan terdahulu tetapi gagal disahkan dalam perkhidmatan baru dan tidak dapat kembali ke skim perkhidmatan terdahulu hendaklah ditamatkan perkhidmatan
Menamatkan Perkhidmatan • 48.Kuasa yang boleh menamatkan perkhidmatan pegawai hendaklah tidak rendah daripada pihak berkuasa melantik • 49.Pegawai hendaklah diberi peluang menunjukkan sebab mengapa tidak boleh ditamatkan perkhidmatan • Jawapan hendaklah diberi dalam tempoh tidak kurang daripada 14 hari dari tarikh terima notis