1 / 21

BAB 3 PANDANGAN ALAM SEMESTA

BAB 3 PANDANGAN ALAM SEMESTA. Konsep dan Hak Berkaitan Allah, Manusia dan Alam. ALLAH S.W.T Allah - nama Tuhan yang utama dari 99 nama yang lain.

wilona
Download Presentation

BAB 3 PANDANGAN ALAM SEMESTA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 3 PANDANGAN ALAM SEMESTA

  2. Konsep dan Hak Berkaitan Allah, Manusia dan Alam

  3. ALLAH S.W.T • Allah - nama Tuhan yang utama dari 99 nama yang lain. • Perakuan kewujudan Allah secara sepintas lalu dalam masyarakat Arab sebelum Islam telah diterangkan dalam surah al-Ankabut (61 – 65), antara lain menerangkan ; • Perihal Allah yang mencipta langit dan bumi. • Perihal Allah yang menundukkan matahari dan bulan. • Perihal Allah yang menurunkan hujan. • Mereka akan berdoa kepada Allah ketika malapetaka di lautan • Mereka mengakui kewujudan Allah namun melakukan penyembahan yang menyimpang. • Akal dan fitrah manusia percayakan Tuhan. Justeru diutus para rasul untuk membawa kebenaran.

  4. HAK-HAK ALLAH (HUQUQULLAH) • 1) Menjadikan Manusia dan alam. • 2) Meletakkan peraturan / garis panduan. • Memberi kebebasan memilih. • 4) Hak Allah ke atas manusia.

  5. MANUSIA • Manusia berasal dari tanah, tanah yang bercampur air, tanah liat, lumpur berwarna hitam yang berbau busuk. • Daripadanya dijadikan Nabi Adam a.s., daripada diri Nabi Adam a.s. dijadikan isterinya Hawa. • Daripada keduanya pula manusia dijadikan, daripada air mani. • Justeru, semua manusia adalah sama tarafnya, cuma yg membezakannya - TAQWA • Unsur kejadian manusia : • a) Jasad / fizikal - bentuk yang paling indah, sebaik-baik kejadian. • b) Rohani (jiwa, akal, hati, nafsu, perasaan, naluri, emosi) - mempunyai kedudukan tinggi dan dimuliakan. Fitrah yang hanif yakni lurus, suci, sukakan kebaikan, kesucian,kebersihan. • Beza manudia dgn makhluk lain – akal dan nafsu. Oleh itu manusia menguasai ilmu dan membina tamadun • Persoalan – dari mana manusia datang, untuk apa dihidupkan, ke mana selepas kematian – menentukan hala tuju hidup manusia

  6. KONSEP HAK-HAK MANUSIA (HUQUQUNNAS) • Mengenal diri dan pencipta. • Manusia makhluk yang lemah, tidak boleh hidup sendiri tanpa bantuan makhluk lain. Manusia amat perlu kepada petunjuk dan ajaran (pendidikan) untuk mengendalikan kehidupannya. Petunjuk yang sebenar ini ialah drpd Pencipta sebenar yang menjadikannya. • Mengetahui garis panduan dan pedoman. • Menjadi kewajiban manusia mengetahui garis panduan dan pedoman secara sedar / yakin bukan ikutan semata-mata. • Memilih perkara yang baik. • Fitrah manusia suka kepada kebaikan, kebersihan dsb. • Menunaikan ibadah. • Ibadah adalah tugas hakiki manusia kepada Allah. Satu pembuktian ketaatan hamba kepada Tuannya. • Persediaan untuk hari pembalasan. • Manusia akan menghadapi hari pembalasan. Jadi manusia perlu memperlengkapkan / mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

  7. ALAM SEMESTA • Al-Qur’an (Maryam: 65) - Allah S.W.T adalah Tuhan di langit dan di bumi. • ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ • Ilmu kosmologi / kosmos ialah ilmu yang menyelidik tentang asal-usul kejadian alam, persekitarannya, aspek-aspek perkembangannya, penyelidikan / teori tentang watak alam dan perkembangannya sebagai satu sistem yang teratur. • Alam semesta / universe ialah segala yang ada di langit, di bumi dan di antara keduanya (fissamaawa ti wal ardhiwama bainahuma). • Alam semesta daripada perspektif Islam ialah sebagai; • AyatulLah - memperlihatkan sunatulLah dan fitratulLah (tabie, hukum dan peraturan peraturan alam). • KitabulLah - buku Allah tanpa sempadan, ilmu tanpa batas, penuh perencanaan, teratur, seimbang, sepadu, berkitaran dan berpasang-pasangan, bukan tanpa apa-apa sebab.

  8. HAK-HAK ALAM • Peraturan Allah terhadap alam. • Alam adalah ciptaan Tuhan. Ada permulaan dan penghujungnya. Pada setiap kejadian ada fitrah / hukumnya seperti api membakar. • Keperluan alam untuk manusia. • Manusia memerlukan alam untuk memenuhi kehidupannya, tetapi alam tidak memerlukan manusia. • Keperluan menjaga alam. • Kesejahteraan alam penting untuk manusia membina tamadun / meneruskan kehidupannya. Islam mewajibkan penjagaan alam daripada dimusnah atau diekploitasi. Sebarang tindakan yang merosakkan alam ditegah. • Alam sebagai tanda kebesaran / kekuasaan Allah. • Keindahan, keunikan alam membuktikan bahawa penciptanya begitu hebat, agung dan berkuasa.

  9. HUBUNGAN HAK-HAK ALLAH, MANUSIA DAN ALAM • Kekuasaan milik mutlak Allah. • Manusia dan alam adalah ciptaan dan hambaNya. Manusia mengikut petunjuk dan arahan daripada Allah untuk mentadbir / mengurus alam. • Kelemahan manusia dan keperluan kepada pertolongan. • Kejadian manusia dipenuhi dengan kekurangan dan kelemahan. Manusia lansung tidak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolongan daripada Allah. • Kejadian alam adalah untuk manusia. • Allah menundukkan alam untuk kegunaan manusia. Manusia hendaklah memanfaatkan alam sebaik mungkin. • Keperluan alam dijaga untuk kebaikan manusia. • Pemeliharaan alam yang berkekalan akan menjamin kesejahteraan generasi manusia. Perkara ini akan meninggikan lagi pencapaian sesebuah tamadun.

  10. Konsep Ilmu & Epistemologi Islam

  11. Epistemologi Islam membicarakan hal-hal berikut; • Teori dan konsep tentang ilmu pengetahuan dalam Islam. • Falsafah ilmu iaitu hakikat, makna, kandungan, sumber dan proses ilmu. • Keupayaan dan keterbatasan akal. • Pembahagian, pengkhususan, ruang lingkup, keterbatasan ilmu. • Garis panduan apa yang boleh diketahui, perlu diketahui, boleh diketahui tetapi perlu dihindarkan dan yang tidak mungkin diketahui.

  12. Definisi ilmu • Asal perkataan Ilmu - ‘alima. Dibahagikan kepada lima definisi berikut ; • Perbuatan mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya menggunakan akal fikiran (menuntut ilmu). • Sains : pengetahuan yang diperolehi daripada penyelidikan, ujikaji, pemerhatian dan pencarian yang bersungguh-sungguh. • Pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman pancaindera dan ketepatannya bergantung kepada kekuatan pancaindera seseorang. • Kepercayaan kepada sesuatu benda atau perkara memerlukan kepada dalil atau hujah untuk diterima seperti drpd al-Qur’an / as-Sunnah. • Ilham : ilmu daripada anugerah Tuhan yang terbahagi tiga ; a) Laduni (dianugerah kepada para nabi) b) Kasyaf (terdiri – karamah, intuisi, aura) c) Latihan atau riadah minda untuk hasilkan sesuatu idea. • Ilmu = himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman mengenai realiti, struktur bahagian, hukum yang berkaitan dengan suatu yang diselidiki.

  13. Sumber Ilmu • Naqli (wahyu) – al-Quran dan Al-Sunnah • Aqli (pemahaman melalui akal) • Halangan penggunaan akal ke arah kebenaran: • Ketiadaan iman – syaitan menjadi teman • Dorongan hawa nafsu • Kejahilan • Tiada kesungguhan mencari kebenaran • Pancaindera – melaluinya maklumat akan ditafsir oleh akal • Ilmu ilham – laduni, kashaf, firasat

  14. Perkembangan Ilmu Islam Zaman kegemilangan tamadun Islam • Epistemologi diamalkan dgn hebat sehingga melahirkan tokoh2 ilmuan Islam dan membentuk tamadun gemilang Zaman penguasaan Barat • Wujud pemisahan epistemologi – dualisme. Dunia Islam turut terpengaruh Akhir abad ke 20 • Usaha ke arah memartabatkan kembali epistemologi Islam dan dualisme wajar dihapuskan. Tokoh – Ismail al-Faruqi, Syed Naquib al-Attas, Yusof al-Qardawi dll • Umat Islam harus menguasai ilmu moden dan mewarisi ilmu Islam serta menyepadukannya. Penguasaan ilmu moden • Umat Islam berperanan menyepadukan ilmu Islam dengan ilmu moden

  15. Kepentingan Epistemologi Islam • Untuk membuktikan kekuasaan Allah • Untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat

  16. Aksiologi Menurut Islam

  17. Aksiologi (axciology) = sains, teori atau sistem nilai • Aksiologi = penzahiran manusia melalui perlakuan betul, salah, memuaskan, baik, bahagia dsb termasuk nilai etika dan estetika. • 5 nilai menurut hierarki Islam: • wajib, sunat, harus : nilai ma’ruf – diutamakan • makruh, haram : nilai mungkar - dijauhi • Sumber nilai • baik : al-Quran (Allah) dan Rasulullah s.a.w • buruk : syaitan / nafsu

  18. Nilai terbaik – perkara yg disuruh dan diredhai Allah, bukan: • kriteria seorang individu yg berpengaruh • majoriti masyarakat – pergaulan bebas • keabsahan undang2 ciptaan manusia • persepsi mana2 makhluk spt kambing tak suka mandi • Hubungan sesama makhluk berdasarkan aksiologi Islam – melahirkan ‘kebaikan di dunia dan di akhirat’ yg membawa ‘al-falah’

  19. Latihan • Apakah maksud al-Quran dan al-Sunnah? • Apakah hikmah al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat/ • Tuliskan 4 kehebatan al-Quran. • Nyatakan peranan al-Sunnah kepada al-Quran. • Nyatakan perbezaan hadis nabawi dan hadis qudsi.

  20. Sumber Nilai Islam • Al-Quran • Pengertian • Hikmah diturunkan beransur • Keistimewaan • al-Sunnah • Pengertian • Peranan / fungsi • Pembahagian • Al-Sunnah yg tidak menjadi hukum

  21. Perspektif al-Quran dan al-Sunnah • sudut sejarah • sudut sosial • sudut politik • sudut ekonomi • sudut ilmu dan nilai

More Related