160 likes | 436 Views
Bolehkah Aku ?. Helen Keller Adams. Siapakah Helen Keller ?. Dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak yang comel dan sihat pada tanggal 27 Jun 1880 di sebuah pekan kecil di Tuscumbia, Alabama.
E N D
Siapakah Helen Keller ? • Dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak yang comel dan sihat pada tanggal 27 Jun 1880 di sebuah pekan kecil di Tuscumbia, Alabama. • Anak kepada Kapten Arthur H. Keller, bekas pegawai Confederate Army dan pasangannya, Kate Adams Keller, sepupu kepada Robert E. Lee dan anak perempuan Charles W. Adams, bekas jeneral Confederate.
Bagaimana Helen boleh menjadi pekak ? • Derita Helen bermula ketika dia berusia 19 bulan selepas diserang pelbagai penyakit sehingga menyebabkan bayi comel tersebut buta dan pekak sepenuhnya.
Siapa Sullivan ? • Pada usia enam tahun, Helen dibawa berjumpa Dr. Alexander Graham Bell oleh kedua ibu bapanya. Disebabkan lawatan itu, Helen kemudian bertemu dengan Sullivan pada 3 Mac 1887. • Sullivan sejak itu mula mendampingi Helen setelah menyedari gadis kecil tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.
Gurunya, Sullivan pula dikenang sebagai Miracle Worker kerana semangatnya dan usahanya.
Bertindak sebagai guru kepada Helen, Sullivan ternyata berjaya dalam tugasannya. FOTO kenangan Sullivan (kanan) sewaktu mengajar Helen ketika usianya 8 tahun.
Karya Hellen Keller • Helen telah mendedikasikan seluruh kehidupannya untuk memperbaiki keadaan orang buta dan pekak di seluruh dunia dengan menyampaikan syarahan berbentuk motivasi.
Pencapaian Helen Keller Adams • Pada usia 24 tahun, Helen berjaya menamatkan pengajiannya dari Radcliffe College pada 1904 sekali gus menjadi orang buta dan pekak pertama meraih ijazah dalam jurusan Bachelor of Arts.
Selepas menamatkan pengajiannya, Helen mula menjadi penceramah dan mengembara di seluruh dunia bersama Sullivan bagi memberi syarahan dan membantu golongan pekak serta buta keluar daripada kepompong permasalahan mereka. • Selain itu, Helen turut menjadi penulis dan menerbitkan sebuah buku autobiografi bertajuk The Story of My Life.
Secara keseluruhan, Helen telah menulis 12 buah buku sepanjang hayatnya. Antaranya bertajuk The World I Live In (1908), Out of the Dark (1913), My Religion (1927) dan Light in My Darkness. • Mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai wanita berjaya, Helen menubuhkan Helen Keller International, sebuah pertubuhan untuk melindungi golongan buta pada tahun 1915.
Pada tahun 1920, dia membantu menubuhkan American Civil Liberties Union (ACLU). • Bagaimanapun pada tahun 1961, Helen mengalami beberapa siri serangan strok dan ini menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa di rumahnya untuk berehat dan menerima rawatan.
Sebagai menghargai jasa-jasanya, pada 14 September 1964 Presiden Lyndon B. Johnson telah menganugerahkan Helen, pingat Presidential Medal of Freedom, salah satu pengiktirafan tertinggi AS terhadap orang awam. • Pada 1965 pula, Helen dipilih sebagai Women's Hall of Fame di New York World's Fair. Helen telah mengabdikan seluruh kehidupannya untuk mencari dana bagi American Foundation for The Blind.
Pada 1965 pula, Helen dipilih sebagai Women's Hall of Fame di New York World's Fair. Helen telah mengabdikan seluruh kehidupannya untuk mencari dana bagi American Foundation for The Blind.
Akhir Riwayat Helen Keller • Helen meninggal dunia sewaktu dalam tidur pada 1 Jun 1968 di Arcan Ridge berhampiran Westport, Connecticut . • Helen dikebumikan di National Cathedral di Washington bersebelahan makam guru dan teman sejatinya, Sullivan.
Tugasan • Buat lembaran kerja 1 ( Kefahaman Subjektif mengenai Helen Keller) • Kemudian buat lembaran kerja 2 ( Peribahasa dan Imbuhan )