360 likes | 1.73k Views
< sEJaRAh > BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA. Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?. Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
E N D
<sEJaRAh>BAB 1KEMUNCULANDAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme? • Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya • Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialisme Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut. • Kedudukannya strategik antara China dengan India • Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China • Tanah yang subur • Kaya dengan bahan mentah
Sebutkan kesan-kesan perkenbangan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan terhadap perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara. • Penggunaan kapal wap da Pembukaan Terusan Suez - Muatan lebih banyak - Mempercepatkan perjalanan Timur-barat - Memendekkan jarak perjalanan - Perjalanan lebih selamat - Menjimatkan kos • Penciptaan Telegraf - Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat - Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur - Urusan perdagangan lebih mudah - Perdagangan antarabangsa lebih pesat
Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan persaingan antara mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara. • Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan • Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan • British dan Belanda berpegang kepada slogan “Beban Orang Putih” • British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun • Berasa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan • Perancisberpegang kepada slogan “Tugas menyebarkan tamadun” • Mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur • Menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan
Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara. • Penubuhan kerajaan pusat • Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir • Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) • Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro • Pengenalan undang-undang Barat
Nyatakan tugas-tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomiendero yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina. • Menjaga keamanan • Mengutip cukai • Menkristiankan penduduk barangay
Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia. • Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan • Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral • Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar dengan pengawasan Belanda • Penubuhan Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian • Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda • Dewan Tempatan tiada kuasa perundingan
Berikan tiga kesan akibat daripada penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris-Burma III. • Berakhirnya Dinasti Konbaung • Institusi raja tersingkir • Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di Burma • Pentadbiran tradisional lenyap • Sistem undang-undang Barat diperkenalkan • Majlis Perundanagn diperkenalkan • Beberapa jabatan ditubuhkan
Huraikan sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina. • Pusat Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat • G/Jeneral Gabenor Jeneral menjadi pemerintahan tertinggi • Datuk Bandar Melantik Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah • G/Kecil Gabenor Kecil menjadi pentadbir Bandar • Tempatan Pentadbiran peringkat btempatan di bawah Sistem Encomienda • Encomienda Barangay-barangay digabungkan membentuk Encomiendero • Encomiendero Encomienda diperintah oleh Encomiendero • Tugas Tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay
Huraikan sistem pemerintahan di IndoChina sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke negara tersebut. • Sebelum Kedatangan Perancis • Mutlak Ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak • Pembesar Memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan • Mandarin Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin • China Dipengaruhi sistem pentadbiran Tanah Besar China • Peperiksaan Dipilih melalui peperiksaan
Selepas Kedatangan Perancis • Gabenor Pentadbiran diketuai oleh gabenor Jeneral • Terus Gabenor Jeneral bertanggungjawab kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris • Leftenan Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor yang menjadi pemerintah wilayah jajahan/naungan • Residen Gabenor Jeneral dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah • Indochinoise Menubuhkan Union Indochinoise • Undang-undang Rang undang-undang diluluskan oleh kerajaan pusat • Tempatan Pentadbiran kerajaan tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat • Bayar Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga
Apakah perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan raja Chulalongkorn untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand. • Pembaharuan Raja Mongkut • Penasihat Melantik penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan • Britain Penasihat dari Britain menjadi penasihat kewangan dan pelabuhan • Amerika Penasihat dari Amerika untuk jabatan kastam • Perancis Penasihat Perancis dalam jabatan ketenteraan • Pembaharuan Raja Chulalongkorn • Majlis Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Negeri • Juruaudit Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara • Pentadbir Kedudukan pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap pendidikan • Raja Sistem raja berperlembagaan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak
Jelaskan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara. • Kuasa Raja kehilangan kuasa dalam pemerintahan • Penaung Fungsi raja sebagai penaung agama di Burma diambil alih oleh undang-undang • Hapus Terhapusnya institusi raja , contohnya Burma • Pemerintah Gabenor Jeneral /Pesuruhjaya Tinggi menggantikan raja sebagai pemerintahan tertinggi • Nasihat Raja menerima nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran • Pengaruh Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan • Pusat Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah • Bahagi Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan tempatan • Undang-undang Pengenalan sistem undang-undang Barat
Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? • Perasaan cinta akan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dalam segi politik, ekonomi,dan kebudayaan asing.
Nyatakan dasar-dasar penjajahan Barat yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara. • Sistem birokrasi tidak membuka peluang kepada rakyat tempatan • Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional • Dasar-dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi • Penjajah mewujudkan jurang sosial • Penjajah menganggap mereka bertaraf tinggi • Mereka dengan golongan elit tempatan sahaja • Dasar terbuka terhadap kemasukan imigran menimbulkan tidak puas hati • Golongan imigran menguasai ekonomi tempatan
Nyatakan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh penjajah hingga timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara. • Sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan • Mengutamakan sekolah yang berpenghantar bahasa penjajah • Memberikan pendidikan pada tahap rendah • Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar • Anak golongan bangsawan diberi pendidikan berasingan daripada anak orang kebanyakan • Lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan
Sebutkan akhbar-akhbar di negara-negara ASIA Tenggara yang memainkan peranan menanamkan perasaan antipenjajah. • Tribune Indigene • Cloche Felee • Al-Ikhwan • Saudara • Warta Malaya • Majlis
Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara • Birokrasi Penduduk tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat • Ekonomi Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas • Sosial Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat • Imigran Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka • Agama Agama menjadi alat penyatuan rakyat • Islah Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama • Kristian Penganut Kristian tempatan dinaggap golongan kelas kedua • Karya Karya-karya kesusasteraan membangkitkan kecintaan kepada negara • Mesej Karya-karya kesusasteraan menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat • Kemudahan Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah • Rendah Pendidikan diberikan di peringkat rendah sahaja
Elit Pendidikan diberikan kepada golongan elit sahaja • Bandar Pendidikan terhad di bandar sahaja • Asing Anak-anak bangsawan diasingkan daripada rakyat dalam pendidikan • Sekular Pendidikan sekular memberi ancaman kepada sekolah agama • Pekerjaan Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan • Intelek lahirnya golongan intelek terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam • Tuntut Menuntut memperbaiki taraf hidup dan membebaskan negara • Media Media seperti akhbar dan majalah menyemarakkan semangat nasionalisme • Bertemu Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis • Jepun Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis • Ghandi Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis
Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme tahap kedua. • Sifat Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat manakala gerakan nasionalisme tahap kedua bersifat nasional • Organisasi Gerakan nasionalisme tahap pertama tiada organisasi manakala gerakan nasionalisme tahap kedua mempunyai organisasi tersusun • Matlamat Gerakan nasionalisme tahap pertama menunutut pembaharuan kebudayaan, agama, dan hak peribumi manakala gerakan nasionalisme tahap kedua menuntut kemerdekaan • Pimpin Gerakan tahap pertama dipimpin oleh golongan pertengahan tetapi gerakan tahap kedua dipimpin oleh golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan • Kaedah Gerakan tahap pertama menggunakan kaedah memberi kesedaran tetapi gerakan tahap kedua bersifat radikal • Tuntut Gerakan tahap pertama tidak menuntutr kemerdekaan segera sebaliknya gerakan tahap kedua menuntut kemerdekaan dan berkerajaan sendiri
Sebutkan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara. • Bersifat setempat • Tidak berorganisasi • Berkisar tentang isu kebudayaan, agama, dan hak peribumi • Dipimpin oleh golongan orang prertengahan berpendidikan Barat dan di Asia Tenggara • Lebih menekankan kesedaran politik • Tidak menekankan tindakan politik • Menuntut hak mereka dikembalikan • Tidak menuntut kemerdekaan
Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalis pada tahap kedua di Asia Tenggara. • Gerakan bersifat radikal • Berorganisasi • Dipimpin oleh golongan berpendidikan dan berpengetahuan luas • Matlamat gerakan ialah menuntut kemerdekaan • Bermatlamat membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
Senaraikan tuntutan-tuntutan nasionalis Filipina pimpinan Jose Rizal. • Filipina dijadikan wilayah Sepanyol • Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol • Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara • Supaya Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
Apakah peranan Emilio Aguinaldo dalam gerakan nasionalisme di Filipina. • Membantu Andres Bonifacio memulkan penentangan secra radikal • Bersama-sama Andres melancarkan revolusi bersenjata • Menjadi Presiden Kerajaan Rvolusi Filipina pada 1897 • Menjatuhkan hukuman mati ke atas Andres Bonifacio • Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol • Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh Amerika • Meneruskan revolusi bersenjata menentang Amerika Syarikat
Galurkan perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia. • Pendidikan Gerakan nasionalisme tahap pertama menumpukan isu pendidikan • Ubah Berhasrat mengubah nasib rakyat melalui pendidikan • Adjeng Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan kaum wanita • Karya Beliau menghasilkan karya “Habis Gelap Terbitlah Terang” dan “Penulisan Seorang Puteri Jawa” • Dedah Mendedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda • Inspirasi Perjuangannya memberikan inspirasi untuk menubuhkan persatuan • Muhammadiyah Muhammadiyah ditubuhkan
Islam Matlamat Muhamadiyah untuk menyebarkanb Islam sebenar serta menghadapi ancaman sekularisme dan agama Kristian • Bina Muhamadiyah membina sekolah, klinik dan masjid • Radikal Tahap Kedua memperlihatkan perjuangan parti politik radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia • Merdeka Perjuangannya adalah menuntut kemerdekaan • Sokong PNI mendapat sokongan rakyat • Tangkap Belanda menangkap pemimpin-pemimpin radikal • Haram Belanda mengharamkan parti-parti politik radikal
Buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambi oleh kuasa Barat dalam menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara • Bunuh Menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pemimpin radikal seperti Nguyen Thai Hoc di IndoChina • Penjara Ditangkap dan dipenjarakan seperti yng dilakukan oleh Sepanyol terhadap Emilio Aguinaldo • Parti Membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Filipina • Haram Harmkan parti politik berbentuk radikal • Larang Larang pemerintah tempatan libatkan diri dalam gerakan nasionalisme • Kerajaan Beri peluang membentuk berkerajaan sendiri • Perlembagaan Memperkenelkan perlembagaan yang memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme diIndoChina • Vietnam Gerakan nasionalisme tertumpu di Vietnam • Pelopor Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai-pegawai mandarin • Pemulihan Memperjuangkan pemulihan sistem perintahan beraja • Pendidikan Golongan menengah memperjuangkan pendidikan Barat • Bol Chau Beliau menubuhkan Vietnam Quqng Pui Hou (VNQPH) • VNQPH VNQPH melancarkan pemberontakan dan gerakan dakyah • Penjara Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan • Radikal Kegagalan parti politik sederhana melahirkan gerakan radikal • Parti Gerakan radikal diperjuangkan oleh parti Vietnam Quoc Dang Dang dan Parti Komunis Vietnam • Tangkap Perancis menangkap pemimpin VNQDD • Bunuh Menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc • Lari Ho Chi Minh melarikan diri ke Hong Kong • Sederhana Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan kembali bercorak sederhana
Bandingkan gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand dengan yang berlaku di Indonesia • Penjajah Nasionalisme di Indonesia bersifat anti penjajah • Raja Nasionalisme Thailand ialah penentangan terhadap raja • Mundur Nasionalisme tahap pertama di Indonesia muncul kerana tidak puas hati terhadap kemunduran rakyat • Politik Nasionalisme Thailand disebabkan penguasaan politik oleh kerabat diraja dan sikap Raja Vajiravudh yang boros • Pendidikan Nasionalis Indonesia memberi tumpuan terhadap pendidikan wanita dan penyebaran Islam yang sebenar • Revolusi Nasionalis Thai melancarkan revolusi menamatkan sistem beraja mutlak • Radikal Nasionalisme tahap kedua di Indonesia dipelopori oleh parti politik radikal • Pemerintah Di Thailand, gerakan dilaksanakan oleh pemerintah • Merdeka Rakyat Indonesia menuntut kemerdekaan daripada Belanda • Ekonomi Di Thailand, rakyat berusaha menghapuskan cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang cina • Kekerasan Di Indonesia perjuangan dilakukan secara kekerasan • Pembaharuan Nasionalisme di Thailand dijalankan dengan melakukan pembaharuan
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Burma semasa penjajahan British. • Pertama Gerakan nasionalisme tahap pertama dipelopori oleh golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat • Belia Golongan sami menubuhkan Persatuan Belia Buddha • Tradisi Bertujuan mengekalkan tradisi Buddha danj memajukan pendidikan • Kasut Menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme • Radikal Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis radikal U Ba Pe • Majlis Pemimpin Persatuan Belia Buddha menubuhkan majlis • Montagu Gerakan nasionalisme tahap kedua muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri • Revolusi Pelajar melancarkan revolusi menuntut universiti ditubuhkan • Pemberontakan Golongan sami Buddha pimpinan Saya San mencetuskan pemberontakan melalui Majlis Am Sangha Sametggi • Thakin Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan • Ba Maw Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya 1937 dilantik menjadi Perdana Menteri Pertama
Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme negara lain di Asia Tenggara. • Sifat Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah • Kerabat Gerakan nasionalisme tahap pertamanya disebabkan rakyat menentang penguasaan politik oleh kerabat diraja • Mutlak Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak • Boros Tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros • Revolusi Revolusi dilancarkan untuk menggilingkan raja berkuasa mutlak • Ekonomi Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina • Sekat Mengadakan pembaharuan dan undang-undang untuk menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi • Bubar Membubarkan akhbar dan sekolah Cina