250 likes | 948 Views
FARMAKOLOGI KAUNSELING DALAM RAWATAN PENYAKIT ASTHMA DAN COPD. PENGENALAN. Definisi asthma – penyakit yang dicirikan oleh peningkatan tindak balas trakea dan bronki kepada pelbagai jenis perangsang (stimuli) dan dimanifestasikan dengan penguncupan (penyempitan) saluran pernafasan.
E N D
FARMAKOLOGI KAUNSELING DALAM RAWATAN PENYAKIT ASTHMA DAN COPD
PENGENALAN Definisi asthma – penyakit yang dicirikan oleh peningkatan tindak balas trakea dan bronki kepada pelbagai jenis perangsang (stimuli) dan dimanifestasikan dengan penguncupan (penyempitan) saluran pernafasan.
Faktor pencenderung – • Allergen (debunga, habuk) • Jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) • Senaman • Perubahan emosi (tekanan) • Pendedahan pada agen (cat, asap, asbestos, sulfur dioksida, asap rokok dll) • Pendedahan persekitaran (cuaca sejuk, panas) • Drug (hipersensitiviti terhadap aspirin, kesan farmakologi berlebihan terhadap perencat beta eg: propranolol)
PENGENALAN Definisi COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) – penyakit yang dicirikan oleh halangan kronik saluran pernafasan bawah secara progresif yang menyebabkan penurunan inspiratori pulmonari dan kapasiti ekspiratori.
Jenis yang biasa berlaku: • Bronkitis kronik – inflamasi dan edema – pokok trakeobronkial mengeluarkan mukus secara berlebihan – penghalangan salur pernafasan. Kronik – sputum > 30ml/24jam selama sekurang-kurangnya 3 bulan setahun untuk 2 tahun berturut-turut. • Emphysema – keadaan dilatasi bronkiol dan sak alveolus. Kerosakan berlaku pada dinding alveolus.
RAWATAN ASTHMA TUJUAN IALAH MENGAWAL ASTHMA: • Simptom kronik yang minima, termasuk simptom nokturnal. • Episod serangan yang minima. • Tiada lawatan kecemasan (emergency visit). • Keperluan yang minima untuk agonis beta (prn) • Tiada had untuk melakukan aktiviti – senaman • Menghampiri nilai PEF normal • Kesan advers ubatan yang minima (tiada langsung).
PENDEKATAN RAWATAN • Mendidik pesakit dan keluarga – digalak untuk merawat asthma sendiri. Meningkatkan komplians pesakit. • Sifat asthma. • Langkah pencegahan. • Drug yang digunakan – kesan. • Penggunaan drug inhalasi dengan betul. • Penggunaan ‘peak flow meter’ dengan betul. • Perbezaan antara terapi ‘halangan’ dan terapi ‘mereda’. • Mengenalpasti bila asthma menjadi lebih teruk. • Bahaya membuat swapengubatan.
PENDEKATAN RAWATAN 2. Mengelak daripada faktor penyebab : • Allergen – debunga, habuk. • Asap rokok. • Persekitaran tempat kerja. • Drug – aspirin, perencat beta. 3. Guna drug yang mudah digunakan dengan dos berkesan terendah serta meminimakan kesan advers.
DRUG ANTIASTHMATIK 1. BRONKODILATOR • Agonis adrenoseptor • Antimuskarinik • Methylxanthene • Sediaan kombinasi 2. ANTIINFLAMMATORI • Kortikosteroid 3. Sodium Cromoglicate 4. Antagonis reseptor leukotriene
BRONKODILATOR • AGONIS ADRENOSEPTOR -Agonis beta2 selektif eg: • Salbutamol – tindakan pendek • Terbutaline – tindakan pendek • Formoterol – tindakan panjang • Salmeterol – tindakan panjang - Agonis adrenoseptor lain eg: Adrenaline (elakkan- aritmia)
FARMAKOLOGI AGONIS BETA2 • Bertindak secara selektif pada reseptor beta2 relaksasi otot licin bronkial. • Merencat pembebasan mediator oleh sel mast eg: histamin, prostaglandin, tromboxane, leukotriene. • Kesan advers – menggigil (tremor), takikardia, nausea, GI upset, insomnia. • dos dan frekuensi. • Kaunseling – relaks, jangan ambil hampir waktu tidur.
BRONKODILATOR 2. ANTIMUSKARINIK • Ipratropium, oxitropium. • Menghalang tindakan asetilkolin di otot licin bronkial bronkodilatasi • Onset perlahan tapi berpanjangan. • Asthma noktural. • Kesan advers – Mulut kering, nausea, dizziness, GI upset, lesu (fatigue). • Kaunseling – kumur, minum air / basahkan mulut bila rasa mulut kering.
BRONKODILATOR 3. Methylxanthene • Teofilin (IV aminofilin) • Merencat enzim fosfodiesterase kepekatan cAMP dalam otot licin bronkodilatasi. • Merencat pembebasaan mediator dari sel mast eg: histamin dan leukotriene. • Kesan advers – takikardia, nausea, GI upset, insomnia, nervousness. • Kaunseling – relaks, jangan ambil hampir waktu tidur.
BRONKODILATOR 4. Sediaan gabungan bronkodilator • Combivent – ipratropium bromide + salbutamol sulphate. • komplians. • Kesan advers adalah gabungan.
KORTIKOSTEROID • Prednisolone • Dexamethasone • Budesonide • Beclomethasone • Fluticasone
KORTIKOSTEROID • Tindakan antiinflammatori • sensitiviti tisu terhadap antigen • hiperaktiviti bronkial • Merencat fosfolipase A2 merencat penghasilan mediator.
INHALASI KORTIKOSTEROID • Rawatan mencegah serangan • Kurang toksisiti vs oral – ulser peptik, osteoporosis, Cushing syndrome, diabetes, adrenal supression, katarak. • Oral thrush – kumur selepas menggunakan inhaler.
SODIUM CROMOGLYCATE • Drug antialergik. • Profilaksis serangan asthma. • Tiada kesan untuk serangan asthma akut. • Route - inhalasi • Tindakan menghalang pembebasan mediator.
RAWATAN COPD OBJEKTIF RAWATAN: • Menyembuhkan simptom – hidup secara normal. • Membaiki fungsi pulmonari. • Mengawal serangan – boleh membawa maut. • Mendidik pesakit berkenaan penyakit dan ubat-ubatan – meningkatkan komplians.
RAWATAN COPD • Rawatan serupa dengan penyakit asthma cuma potensi yang kurang dalam memberi respon terhadap terapi. • Memerlukan masa yang lebih lama untuk menghasilkan respon terapi. • Ipratropium bromide – pilihan utama terapi COPD. • Agen adrenoseptor beta – mengawal dipsnea dan meningkatkan tolerans senaman. • Teofilin – kegunaan berkurang, sebagai aditif kepada terapi antimuskarinik dan beta adrenergik.
RAWATAN COPD • Kortikosteroid – peranan tidak begitu penting; aditif kepada terapi lain. IV metilprednisolone bagi keadaan akut yang tenat. • Antibiotik – rawatan jangkitan / profilaksis risiko jangkitan. • Terapi oksigen. • Fisioterapi dada – melonggarkan sekresi, membantu ‘re-expand’ paru-paru dan meningkatkan keberkesanan penggunaan otot pernafasan.
SENARAI TURBUHALER HOSPITAL SELAYANG • BUDESONIDE TURBUHALER 200MCG(PULMICORT TURBUHALER) • FORMOTEROL TURBUHALER 4.5MG,9MG(OXIS TURBUHALER)
SENARAI INHALER , HOSPITAL SELAYANG • BECLOMETHASONE DIPROPIONATE 100MCG (BECOTIDE INHALER) • BECLOMETHASONE DIPROPIONATE 250MCG (BECLOFORTE INHALER) • COMBIVENT MDI (IPRATROPIUM BROMIDE & SALBUTAMOL MDI) • SALMETEROL 25MG/DOSE (SEREVENT INHALER) • SODIUM CROMOGLYCATE 5MG INHALER(INTAL INHALER 5)