E N D
JAWATAN KOSONG Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut:- 1. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (N27) (a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (b) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan (c) Jadual Gaji : Gred N27 P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10 P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25 P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26 (d) Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00 sebulan Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 sebulan Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (ii) Diploma dalam bidang berkaitan dari UiTM dan Politeknik (Diploma in, Food Technology, Food Service Management, Culinary Arts, Hotel and Catering Management, Institutional and Catering Management) dan lain- lain diploma yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Taraf Jawatan : Tetap Lokasi : UTM International Campus Kuala Lumpur
2. JURURAWAT - GRED U29 (a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (b) Klasifikasi : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan (c) Jadual Gaji : Gred U29 P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39 P2T1 RM1231.78 - P2T27 RM3279.74 P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28 (d) Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00 sebulan Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 sebulan Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6); dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Taraf Jawatan : Tetap Lokasi : UTM International Campus Kuala Lumpur
3. JURUTEKNIK (LANDSKAP) - GRED J17 (a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (b) Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan (c) Jadual Gaji : Gred J17 P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37 P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46 P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95 (d) Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00 sebulan Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 sebulan Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji prmulaan ialah pada Gred J17 : PIT8) (ii) Sijil Senibina, Sijil Perancang Bandar dan Sijil Kejuruteraan Awam (Senibina) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9) dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. *Keutamaan adalah sijil dalam bidang landskap Taraf Jawatan : Tetap Lokasi : UTM International Campus Kuala Lumpur
4. JURUTEKNIK (ELEKTRIK) - GRED J17 (a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (b) Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan (c) Jadual Gaji : Gred J17 P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37 P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.45 P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95 (d) Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00 sebulan Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 sebulan Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9) dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. * Keutamaan adalah sijil dalam bidang Elektrik Taraf Jawatan : Tetap Lokasi : UTM International Campus Kuala Lumpur
5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM- GRED S17 (a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (b) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial (c) Jadual Gaji : Gred S17 P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35 P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50 P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95 (d) Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00 sebulan Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 sebulan Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau (ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan; dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Taraf Jawatan : Tetap Lokasi : UTM International Campus Kuala Lumpur
6. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11 (a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (b) Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (c) Jadual Gaji : Gred KP11 P1T1 RM740.62 - P1T21 RM1714.26 P2T1 RM783.09 - P2T21 RM1802.40 P3T1 RM827.19 - P3T21 RM1892.17 (d) Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00 sebulan Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 sebulan Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan Syarat Lantikan : (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (a) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; (d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:- (i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; (iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja); (iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketatapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan (v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat (e) Calon yang memiliki kelayakan di peranggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak Lokasi : UTM International Campus Kuala Lumpur
7. TUKANG K3 (PAIP) - GRED R9 (a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (b) Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (c) Jadual Gaji : Gred R9 P1T1 RM721.02 - P1T21 RM1626.04 P2T1 RM763.49 - P2T21 RM1708.28 P3T1 RM807.59 - P3T21 RM1794.23 (d) Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00 sebulan Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 sebulan Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Tamat Tingkat lll Sekolah Menengah Rendah bantuan penuh kerajaan; dan (ii) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan; (d) (i) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (ii) Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. (Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2); dan (e) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Taraf Jawatan : Tetap Lokasi : UTM International Campus Kuala Lumpur
CARA MEMOHON :- • (a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM dengan mengambilnya sendiri di Pejabat Pendaftar (Pengurusan Modal Insan), Universiti Teknologi Malaysia, International Campus Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi UTM iaitu www.utm.my • Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang kemaskini. Bagi pemohon dalam perkhidmatan yang masih ada ikatan kontrak hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan ikatan kontrak sebelum mengemukakan permohonan. • Salinan Sijil-Sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon. • (d) Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. • UMUR (PADA TARIKH TUTUP) • (a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan warganegara Malaysia. • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh tutup. • ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP • Permohonan hendaklah sampai kepada: • PENDAFTAR • PEJABAT PENDAFTAR (PENGURUSAN MODAL INSAN) • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA • INTERNATIONAL CAMPUS • 54100 JALAN SEMARAK • KUALA LUMPUR • TARIKH IKLAN : 30 April 2010 • TARIKH TUTUP : 14 Mei 2010
PENETAPAN GAJI PERMULAAN • Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 boleh ditetapkan berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja dan kemahiran berkaitan. • PERKARA AM • (a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. • Pejabat Pendaftar • (Pengurusan Modal Insan) • UTM International Campus Kuala Lumpur • April 2010 • KMY/fsab