250 likes | 908 Views
BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA. SEBAB-SEBAB PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH. JAJAHAN British mahu meluaskan jajahannya TERIKAT Kawasan taklukan akan terikat dengan peraturannya
E N D
BAB 2TINGKATAN 5NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
SEBAB-SEBAB PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH • JAJAHAN British mahu meluaskan jajahannya • TERIKAT Kawasan taklukan akan terikat dengan peraturannya • NANING Contohnya,Naning dipaksa membayar ufti kepadanya • EKONOMI British berusaha mengeksploitasi ekonomi tempatan • PERJANJIAN Menandatangani perjanjian dengan pembesar tempatan • KUASAI Saudagar Negeri Selat menguasai perlombongan dan perdagangan bijih timah • PENTADBIRAN British memaksa pentadbiran barat kepada penduduk tempatan • CUKAI Pengenalan sistem cukai,undang-undang dan peraturan tanah bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat • TERENGGANU Contohnya di Terengganu,tanah yang hendak dibuka mesti mendapat keizinan British dan dikenakan cukai • ADAT British mencampuri adat resam tempatan • PERAK Di Perak,British melarang amalan gunakan orang suruhan • PEMIMPIN Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh • PENDUDUK Penduduk tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British • SOKONG Mereka memberi sokongan kepada pembesar menentang British
MAT SALEH DI SABAH • DUDUKI SBUB menduduki Tambunan dan Sungai Sugut yang diperintah Mat Saleh • CUKAI SBUB memperkenalkan cukai kepala dan surat perahu • KASAR Pegawai SBUB bersikap kasar dengan penduduk tempatan • RUNDING Mat Saleh ke Sandakan untuk berunding tetapi tidak dilayan • BAKAR SBUB membakar kampung Mat Saleh menyebabkan beliau melarikan diri • BALAS Mat Saleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya • DAMAI SBUB mahu damai dengan menyerahkan Tambunan kepada Mat Saleh • MUNGKIR SBUB mungkir janji menyebabkan Mat Saleh menyerang semula • TEWAS SBUB menyerang balas menyebabkan Mat Saleh terkorban
PENGHULU DOL SAID • JAJAHAN British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya • ENGGAN Dol Said enggan membayar ufti kepada British di Melaka • TENTERA British menghantar tentera untuk menakluki Naning • BANTU Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau,Penghulu Remai,Dato’Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh mengalahkan tentera British • SERANG British menyerang Naning sekali lagi • SERAH Penghulu Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka
DATO’SYAHBANDAR ABDULLAH TUNGGAL DI SUNGAI UJONG • BEREBUT Dato’Syahbandar Abdullah Tunggal dan Dato’Kelana Syed Abdul Rahman berebut kawasan sempadan memungut cukai kepada pedagang Negeri Selat • ENGGAN Dato’Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British • TENTANG Beliau menentang Dato’Kelana yang mengundang British campur tangan dalam pertikaian antara mereka • KALAH Dato’Syahbandar dikalahkan oleh Dato’Kelana yang bekerjasama dengan British • UNDUR Dato’Syahbandar berundur ke Selangor • TANDATANGANBeliau kembali ke Sungai Ujong untuk menandatangani perjanjian dengan British • HIJRAH Dato’Syahbandar meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura • KUASAI Sungai Ujong dikuasai oleh Dato’Kelana di bawah penguasaan British
DATO’BAHAMAN DI PAHANG • HAKIS Dato’ Bahaman menentang undang-undang British yang menghakis kuasanya sebagai pembesar Semantan • TENTANG Mereka menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua • SERANG Menyerang British yang menangkap anak buahnya • TAWAN Menyerang dan menawan balai polis Lubuk Terua • KUASAI Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai • UNDUR Diserang oleh British menyebabkan beliau berundur ke Kelantan • PERLINDUNGAN Dato’Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn • CHIENGMAI Menetap di Chiengmai dan meninggal dunia di sana
TOK JANGGUT DI KELANTAN • BANTAH Bantahan Tok Janggut terhadap pelaksanaan Sistem Penasihat dan cukai tidak dilayan • ARAH Arahan dikeluarkan supaya Tok Janggut ditangkap tetapi gagal • MENDUDUK Tok Jnggut bersama pengikutnya menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya • KERAJAAN Mereka membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut sebagai Perdan Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah • SERANG British menyerang Kampung Saring • TERKORBAN Tok Janggut terkorban dalam serangan itu.
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG • KECEWA Haji Abdul Rahman Limbong kecewa dengan sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British • TELEMONG Beliau mengetuai penduduk membersih tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah • MAIMUNAH Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British • SENJATA Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya • SULTAN Dengan menggunakan nama sultan,British menghantar pembesar dan berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong • BUANG Beliau dibuang negeri ke Makkah.
FAKTOR KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME DI KALANGAN PENDUDUK DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA • MUSNAH Sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tempatan • GANTI Pegawai British menggantikan pembesar tempatan dalam pentadbiran • MARUAH Perubahan menjatuhkan maruah mereka • PENDIDIKAN Sistem pendidikan melahirkan intelek Melayu • IDEA Mereka menggunakan idea memajukan bangsa dan menolak penjajahan Barat • PERSAINGAN Kemasukan orang asing menimbulkan persaingan kepada orang Melayu • JURANG Jurang ekonomi antara orang Melayu dengan orang asing • JEPUN Pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme • PERSAUDARAAN Jepun mengemukakan konsep ‘Kawasan Kesemakmuran Asia’ yang menggalakkan persaudaraan di kalangan negara Asia • JANJI Jepun berjanji memberi kemerdekaan kepada negara Asia • SENGSARA Kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun • PKM Parti Komunis Malaya memerintah dengan kejam • KONFLIK Kekejaman itu menimbulkan konflik perkauman • CETAK Kemunculan mesin cetak menyebabkan idea menentang penjajah boleh disebarkan melalui buku,majalah dan akhbar • PAN-ISLAM Gerakan Pan-Islamisme membangkitkan pemahaman terhadap Islam untuk menentang penjajahan • SERANTAU Keadaan politik serantau mendorong kebangkitan nasionalisme • BACAAN Karya Indonesia menjadi bacaan penduduk Tanah Melayu • MASUK Kemasukan orang Indonesia memudahkan penerimaan unsur nasionalisme
MESEJ-MESEJ BERKAITAN SEMANGAT KEBANGSAAN YANG DIBANGKITKAN MELALUI NOVEL-NOVEL MELAYU TAHUN 1930-AN • PERJUANGAN Semangat perjuangan menentang penjajah • CINTA Semangat cinta akan tanah air • TOKOH Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka • SEJARAH Menggunakan sejarah mendorong semangat perjuangan bangsa • WARISAN Menghargai warisan bangsa • TOLAK Menolak kesenangan demi maruah bangsa • MARUAH Semangat generasi muda menjaga maruah bangsa • KEBOLEHAN Berbangga dengan kebolehan sendiri • CINTA Menolak cinta pegawai penjajah demi menjaga maruah bangsa • WANITA Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya • PENDIDIKAN Mementingkan pendidikan untuk kebaikan diri • NEGATIF Mmebuang pandangan negatif untuk menghalang kemajuan
MAKSUD GERAKAN ISLAH • Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
IDEA-IDEA YANG DISAMPAIKAN MELALUI GERAKAN ISLAH OLEH KAUM MUDA • Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia • Gesaan memajukan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial orang Melayu • Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam • Mengkritik raja/pembesar Melayu yang tidak memejukan orang Melayu
SEBAB-SEBAB GERAKAN ISLAH OLEH KAUM MUDA TIDAK DAPAT DIGERAKKAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU KECUALI DI NEGERI-NEGERI SELAT SAHAJA • Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua • Undang-undang dikeluarkan untuk menghalang pengaruh Kaum Tua • Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan Sultan • Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kaum Muda ke negeri itu.
TUJUAN KAUM MUDA MENUBUHKAN BEBERAPA BUAH MADRASAH • Menjalankan pendidikan Islam • Memberi pendidikan yang meliputi dunia dan akhirat • Memberi peluang kepada pelajar wanita mendapat pendidikan • Membendung tekanan British dan Kaum Tua
AKHBAR-AKHBAR MELAYU YANG DITERBITKAN PADA TAHUN 1930-AN • Warta Malaya • Lembaga Malaya • Majlis • Utusan Melayu • Warta Negara • Fajar Sarawak
ISU-ISU EKONOMI YANG DIBANGKITKAN OLEH AKHBAR-AKHBAR MELAYU • Menggalakkan syarikat bekerjasama • Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang • Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu • Melarang orang Melayu menjual tanah mereka • Menyeru orang Melayu berjimat-cermat • Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN SOSIAL DAN PENDIDIKAN YANG DIBANGKITKAN OLEH AKHBAR MELAYU PADA TAHUN 1930-AN • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan • Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas • Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak • Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberi nilai ekonomi • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran • Menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan Islam • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
ISU POLITIK YANG DIBANGKITKAN AKHBAR MELAYU PADA TAHUN 1930-AN • Mengkritik British yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu • Mengkritik pembesar dan raja-raja Melayu yang tidak melaksanakan kepimpinan untuk rakyat • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran • Menuntut diadakan Malay Administrative Service (MAS) • Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan • Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
PERANAN AKHBAR-AKHBAR MELAYU TAHUN 1930-AN SEBAGAI AGEN GERAKAN NASIONALISME • MAJU Membangkitkankesedaranuntukmemejukandiri/bangsa • KRITIK Mengkritikdasar British yang menekanorangMelayu • PENDIDIKAN MenggesasupayamemajukanpendidikantinggiorangMelayu • PEREMPUAN Menggalakkanpendidikanuntukanakperempuan • SIKAP MenyeruorangMelayumeninggalkansikapmemilihkerja/malas • KEMAHIRAN Mementingkankemahiranpertukangandankerjatangan • BI MengutamakanpendidikanbahasaInggerisuntukkemajuandiri • SEKOLAH MemintasekolahMelayudiberikannilaiekonomi • BM MemartabatkanBahasaMelayudalampentadbiran British • ISLAM Menyerusupayatidakmeninggalkanpendidikan Islam • NILAI Menyerusupayamengekalkannilai-nilaibaikmasyarakatMelayu • SYARIKAT Menggalakkanpenubuhansyarikatbersama • DAGANG Meminta British mengurangkankemasukanorangdagang • PERNIAGAAN MenggalakkanperniagaandikalanganorangMelayu • TANAH MelarangorangMelayumenjualtanahmereka • JIMAT MenyeruorangMelayuberjimatcermat • KAMPUNG Memintaorang British adakankampungkhasMelayudi Kuala Lumpur • RAJA Mengkritik British yang mengurangkankuasa raja-raja Melayu • LAKSANA Mengkritik raja danpembesar yang tidakmelaksanakankepimpinansewajarnyauntukrakyat • PILIH Menolakdasarpilihkasih British dalampentadbirankerajaan • MAS Menuntutdiadakan Malay Administrative Service (MAS) untukmelindungiorangMelayudalamperkhidmatankerajaan • BERSATU MenyeruorangMelayubersatudalampertubuhankebangsaan • TUNTUTAN Menentangtuntutanorangdagangterhadappolitiktempatan
ISU-ISU BERKAITAN WANITA YANG DIBANGKITKAN DALAM AKHBAR,MAJALAH DAN NOVEL MELAYU PADA TAHUN 1930-AN • ANAK Pendidikan untuk anak perempuan • PENDIDIKAN Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan • KESOPANAN Mendorong wanita menjaga nilai-nilai Islam dan budaya Timur • OBOR Menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa • KEBEBASAN Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya • NEGATIF Membuang pandangan negatif yang halang kemajuan • PERPADUAN Perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor
PERANAN YANG DIMAINKAN OLEN MOHAMMAD EUNOS ABDULLAH MELALUI KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS) • Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British • Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat • Mendesak British memberi perhatian terhadap kebajikan orang Melayu • Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura • Mendorong penubuhan cawangan khas di Melaka,Pulau Pinang dan di Negeri-negeri Melayu
TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM) • Menggalakkan ahli berkenal-kenal • \Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memejukan diri dan bangsa • Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
TINDAKAN-TINDAKAN OLEH KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) YANG MENUNJUKKAN KESATUAN INI BERSIFAT POLITIK • Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu • Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun • Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British • Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan • Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif • Menubuhkan tentera semut untuk menentang British
KEPENTINGAN KONGRES MELAYU YANG DIADAKAN PADA TAHUN 1939 DAN 1940 • Kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu • Membincang kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan • Mendedahkan layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan • Menunjukkan perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu • Mewujudkan perpaduan orang Melayu untuk mengatasi permasaalahan sosioekonomi dan politik • Mengatasi perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu • Menunjukkan kesepakatan orang Melayu di seluruh semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme
DISEDIAKAN OLEH:-mahfuzahmohdnohguru sejarahsmksr…………………….