E N D
1. GEOGRAFI TINGKATAN 2BAB 1: KEDUDUKAN Pengenalan
Garisan bayangan pada permukaan bumi dicipta oleh manusiauntuk memudahkan mereka yang menggunakan peta dan atlas untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
Garisan bayangan ini ialah garis lintang(latitud),iaitu garisan yang dilukis secara mendatar dan garis bujur(longitud),iaitu garisan yang dilukis secara menegak.
2. Latitud Garis lintang juga dikenali sebagai latitud.
Latitud dilukis secara melintang di atas glob dan peta dari timur ke barat.
Garis-garis lintang ini mengelilingi glob dan selari antara satu sama lain.
Garis lintang yang terpanjang ialah Khatulistiwa(0�).
Garisan Khatuistiwa membahagikan bumi kepada dua hemisfera,iaitu:
a. Hemisfera Utara
b. Hemisfera Selatan
3. LATITUD
Kutub Utara (90�U)
Garisan Artik(66 1/2�U)
Garisan Sartan(23 1/2�U)
Garisan Khatulistiwa(0 �)
Garisan Jadi(23 1/2 �S)
Garisan Antartik(66 1/2 �S)
Kutub Selatan (90�S)
4. Longitud Longitud 0 � dilukis melalui Greenwich dekat London.
Longitud ini dikenali sebagai Garisan Meridian Pangkal (GMP)
Logitud-longitud di timur GMP ini diberi nilai 1 � T sehingga 180 � T.
Longitud-longitud dibarat GMP diberi nilai 1 � B hingga 180 � B.
Longitud 180 � B bertindih dengan dengan 180 � T. Longitud ini dikenali sbagai Garisan Tarikh Antarabangsa(GTA).
GTA menandakan perubahan tarikh diantara zon waktu barat dengan zon waktu timur
5. LONGITUD
6. GARISAN TARIKH ANTARABANGSA
7. Kedudukan Sesuatu Tempat Berdasarkan Latitud dan Longitud. Kedudukan sesuatu tempat ditentukan berpandukan titik persilangan antara latitud dan longitud.
Semasa memberi kedudukan sesuatu tempat, latitud disebut dahulu sebelum longitud dinyatakan.
Kedudukan sesuatu tempat boleh ditentukan secara tepat dengan menyatakan latitud dan longitud dalam darjah(�) dan minit (`).Maklumat ini boleh didapati dalam indeks atlas seperti berikut:
Indeks Atlas
Kuching,Malaysia
36 B1 1.32� U 110.21� T
muka surat
koordinat
latitud
longitud
Daripada Kuching terletak pada latitud 1�32�U, dan longitud 110 �21�T.
10. Mengenal Waktu Tempatan, Zon Waktu dan Waktu Piawai 1.Bumi kita berputar dari Barat ke Timur. Bumi melengkapkan satu putaran dalam masa 24 jam. Oleh itu, bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu.
2. Waktu Tempatan � waktu sesuatu tempat yang dikira berdasarkan perbezaan longitud antara tempat itu dengan tempat lain.
3.Zon Waktu � bahagian waktu berdasarkan longitud 15�. Setiap 15� bersamaan satu jam atau mewakili satu zon waktu.
11. ZON-ZON WAKTU PIAWAI
12. Mengira Waktu tempatan Berdasarkan Longitud Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran sebanyak 360�. Ini bererti bumi bergerak 15�setiap jam, atau 1� setiap 4 minit, mengikut kiraan seperti di bawah:
Bumimengambil masa:
24 jam untuk melengkapkan 360�
Untuk 1 jam bumi berputar:
360� � 24 = 15�
atau (60 minit � 15) = 4 minit untuk bumi berputar 1�
13. Dengan merujuk kepada longitud, kita boleh mengira waktu tempatan berdasarkan Waktu Min Greenwich. Sebagai contoh, waktu di London ialah 10.00 pagi. Apakah waktu tempatan di Kuala Lumpur?
Untuk mengira waktu tempatan, ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1 Mencari perbezaan longitud antara Kuala Lumpur dengan
London.
102� - 0� = 102�
Langkah 2 Mencari perbezaan waktu antara Kuala Lumpur dengan
London.
102� � 4 minit = 408 minit
= 408 � 60
= 6 jam 48 minit
14. Langkah 3 Oleh sebab Kuala lumpur terletak di sebelah timur London,
waktu tempatan di Kuala Lumpur ialah:
10.00 pagi + 6 jam 48 minit = 4.48 petang
0� 102�T
London Kuala Lumpur
10.00 pagi
Barat Timur
waktu (+)
15. Jika sebuah bandar itu treletak di sebelah Barat London, perbezaan waktu itu akan ditolak daripada waktu di London.
Waktu tempatan di Miami jika waktu di London ialah 10.00 pagi ialah:
Langkah 1 Mencari perbezaan longitud antara Miami dengan London.
81� - 0� = 81�
Langkah 2 Mencari perbezaan waktu antara Miami dan London.
81� � 4 minit = 324 minit
= 324 � 60
= 5 jam 24 minit
16. Langkah 3 Oleh sebab Miami terletak di barat London, waktu tempatan di Miami ialah:
10.00 pagi � 5 jam 24 minit = 4.36 pagi
81�B 0�
London
Miami
Barat Timur
waktu (-)
17. Waktu tempatan di Sydney, jika waktu di Kuala Lumpur ialah 5.00 petang.
Langkah 1 Mencari perbezaan longitud antara Sydney dengan Kuala Lumpur.
151� - 102� = 49�
Langkah 2 Mencari perbezaan waktu antara Sydney dengan Kuala Lumpur.
49� � 4 minit = 196 minit
= 196 � 60
= 3 jam 16 minit
18. Langkah 3 Oleh sebab Sydney terletak di sebelah timur Kuala Lumpur, waktu tempatan di Sydney ialah:
5.00 petang + 3 jam 16 minit = 8.16 malam
102�T 151�T
Kuala Lumpur Sydney
Barat Timur
waktu (+)
19. BAB 2: ARAH Menyatakan Bearing Sudutan
Arah sesuatu tempat boleh ditunjukkan berdasarkan bearing.
Bearing merujuk kepada arah sesuatu objek atau tempat dari titik rujukan dalam nilai (�).
Ukuran sudut bearing dikira mengikut arah pusingan jam dari utara (�) dengan menggunakan jangka sudut. Ukuran sudut bearing ini dikenali sebagai bearing sudutan.
Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan arah objek atau tempt lain.
20. Berdasarkan rajah disebelah,Kota Kinabalu digunakan sebagai titik rujukan. Garisan yang mewakili arah utara (�) dan garisan yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Keningau membentuk satu sudut. Sudut ini dikira mengikut arah pusingan jam, iaitu 170�. Ini bererti bahawa bearing Keningau dari Kota Kinabalu ialah 170�.
21. Mengukur Bearing Sudutan Mengukur Bearing Sudutan Yang Kurang Daripada 180�
Untuk mengukur bearing sudutan B dari titik A, ikut langkah-langkah yang berikut.
Langkah 1 Lukis garisan lurus dari titik A ke titik B.
Langkah 2 Lukis garisan lurus utara � selatan di titik rujukan A
Langkah 3 Letakkan jangka sudut tepat digarisan utara � selatan. Pastikan titik tengah sudut bertindih dengan titik A.
Langkah 4 Ukur sudut mengikut arah pusingan jam. Bacaan pada jangka sudut ialah 153�. Oleh itu, bearing sudutan B dari titik A ialah 153�.
22.
23. Mengukur Bearing Sudutan Yang Lebih Daripada 180�
Untuk mengukur bearing sudutan X dari titik Y, ikut langkah-langkah yang berikut.
Langkah 1 Lukis garisan lurus dari titik X ke titik Y.
Langkah 2 Lukis garisan lurus utara � selatan di titik rujukan Y.
Langkah 3 Letakkan jangka sudut tepat digarisan utara � selatan. Pastikan titik tengah sudut bertindih dengan titik Y.
Langkah 4 Bagi mengukur sudut yang melebihi 180�, jangka sudut diletakkan di sebelah kiri titik Y.
24. Langkah 5 Dari garisan utara � selatan, ukur sudut XYS, iaitu sudut yang ditandakan Z. Sudut Z ialah 30�.
Langkah 6 Untuk memperoleh bearing sudutan X dari titik Y, campurkan 180� dengan 30� iaitu
180� + 30� = 210�
Didapati bearing sudutan X dari titik Y ialah 210�.
26. UJI MINDA
27. Soalan 1 dan 2 berdasarkan rajah di atas.
Kedudukan Baghdad pada peta di atas ialah
A 35�U 43�T
B 25�U 68�T
C 6�U 78�T
D 22�U 91�T
Bandar manakah yang terletak pada kedudukan 8�U 104�T?
A Palembang
B Bangkok
C Kuala Lumpur
D Colombo
28.
Soalan 3 dan 4 berdasarkan rajah di atas.
3. Berdasarkan rajah di sebelah yang manakah merupakan lokasibandar P? A 70�U 70�T C 70�U 35�B
B 70�U 65�T D 70�U 65�B
29. 4. Berdasarkan rajah di atas, nyatakan kedudukan bandar Q.
A 0� 65�S
B 65�S 35�T
C 65�S 35�B
D 35�T 65�S
5. Berapakah zon waktu piawai yang terdapat di bumi?
A 20 C 30
B 24 D 36
6. Bearing merujuk kepada
A lokasi mutlak sesuatu tempat
B ukuran jarak relatif dua titik
C arah tiupan mata angin utama
D arah sesuatu titik dari titik rujukan
30. 7. Encik Tan sedang memandu mengikut bearing 45�. Kemudian dia
membelok 45� kiri. Apakah arah baru yang dituj oleh Encik Tan?
A Barat C Barat Laut
B Timur D Barat Daya
Soalan 8 dan 9
berdasarkan rajah
di sebelah.
31. 8. Antara longitud berikut, titik manakah terletak pada longitud 30�T
A E C G
B G D H
9. Apakah kedudukan longitud H?
A 45�B C 30�T
B 0� D 60�T
10. Garisan bujur utama yang dijadikan rujukan pengiraan waktu ialah
A Latitud C Garisan Meridian Greenwich
B Longitud D Garisan Tarikh Antarabangsa
11. Garisan Tarikh Antarabangsa
32. Bandar N terletak di
A Hemisfera Utara
B Hemisfera Selatan
C Barat Garisan Tarikh Antarabangsa
D Timur Garisan Tarikh Antarabangsa
12. Cari waktu dan tarikh di W (60�B) jika waktu tempatan di M(30�T) ialah
2.00 pagi 6 September.
A 8.00 malam, 5 September
B 8.00 pagi, 5 September
C 12 malam, 6 September
D 8.00 pagi, 6 September
33.
Soalan 13 hingga 15 berdasarkan peta di atas.
13. Sungai Kuala mengalir ke arah
A barat C barat daya
B timur D timur laut
34. 14. Apakah bearing simpang jalan Kg. Sawah dari Bukit Piatu?
A 85� C 230�
B 110� D 295�
15. Bearing Bt. Piatu dari sekolah
A 45� C 280�
B 217� D 315�
16. Pilih pernyataan yang benar.
i. Semua garisan latitud ialah selari dan tidak sama panjang
ii. Semua garisan longitud adalah sama panjang
iii. Kedudukan sesuatu tempat ditentukan oleh persilangan
garisan longitud dan latitud
iv. Garisan Meridian Greenwich ialah Garisan Tarikh Antarabangsa
A i, ii dan iii C i, ii dan iv
B i, ii dan iv D ii, iii dan iv
35. 17. Alatan yang digunakan untuk mencari bearing ialah
A jangka tolok C jangka lukis
B jangka suhu D jangka sudut
18. Diukur ikut arah pusingan jam dari utara dengan jangka sudut
Maklumat di atas dikaitkan dengan bearing
A kompas C magnet
B sudutan D sukuan
19. Pilih susunan langkah-langkah mengira waktu tempatan antara dua tempat dalam turutan yang betul.
i. Cari perbezaan longitud
ii. Mengira waktu sebenar
iii.cari perbezaan waktu
A i ii iii C i iii ii
B iii i ii D ii iii i
36. 20. Garisan latitud yang membahagikan dunia kepada dua hemisfera ialah
A Garisan Jadi C Garisan Antartika
B Garisan Sartan D Garisan Khatulistiwa
TAMAT