270 likes | 604 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 2 AKHLAK ISLAMIAH. BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH. MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI.
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 AKHLAK ISLAMIAH BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH
MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH • TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU • TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT • TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT • TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI KBM 2 AKHLAK BAB 3
1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU • Solat sebagai Ibadah terpenting • Solat merupakan ibadah penting yang melibatkan perhubungan langsung di antara hamba dengan Allah s.w.t. • Dengan memahami dan menghayati bacaan solat akan menghasilkan ketenangan kepada jiwa orang yang mengerjakannya. KBM 2 AKHLAK BAB 3
1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU • Solat adalah ibadah yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. • Lafaz takbir menggambarkan keyakinan seorang Muslim bahawa kebesaran dan keagungan itu adalah milik Allah s.w.t. • Surah al-fatihah yang dibaca sebanyak 17 kali dalam solat fardhu merupakan ikrar bahawa segala amalan adalah untuk Allah. KBM 2 AKHLAK BAB 3
1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU • Prinsip solat adalah mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. • Seseorang yang baik solatnya diibaratkan seperti cahaya yang menerangi orang di sekitarnya dengan sikap, tingkah laku dan percakapannya yang mulia. KBM 2 AKHLAK BAB 3
1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU • Dosa Meninggalkan Solat • Hukum meninggalkan solat tanpa sebab yang dapat diterima ialah berdosa besar. • Akibatnya: • Dimasukkan ke dalam neraka Saqar • Dijauhkan dari naungan dan penjagaan Allah • Dijatuhkan dalam kekufuran • Membuat kebaikan yang lain mejadi sia-sia KBM 2 AKHLAK BAB 3
2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT • Hari Jumaat adalah hari yang ditetapkan oleh Allah s.w.t bagi umat Islam untuk berjumpa dan beribadah bersama. • Dikerjakan secara berjemaah seminggu sekali. • Dikecualikan dari solat jumaat: • hamba, wanita, kanak-kanak dan orang sakit KBM 2 AKHLAK BAB 3
2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT • Hikmah Solat Jumaat: • pertemuan orang Islam keseluruhan pada satu tempat. • dapat saling memberi nasihat. • menguatkan persaudaraan. • menambahkan semangat perpaduan. • Menambahkan perasaan kasih sayang dan sifat tolong menolong. KBM 2 AKHLAK BAB 3
2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT • khutbah jumaat membuatkan mereka peka dan mengambil berat tentang perkara yang berlaku disekeliling. • isi khutbah dapat dijadikan pegangan untuk keselamatan hidup dunia dan akhirat. • merupakan keuntungan yang dapat diraih oleh mereka yang hadir untuk solat jumaat. KBM 2 AKHLAK BAB 3
2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT • Bahaya meninggalkan Solat Jumaat • Hati mereka akan dikunci • Mereka akan menjadi orang yang lalai • Mereka termasuk dalam golongan munafik KBM 2 AKHLAK BAB 3
3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • Puasa merupakan kewajipan yang difardukan. • Dari segi bahasa – menahan daripada sesuatu samada kata-kata atau makanan • Dari segi syarak – menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan disertai niat. KBM 2 AKHLAK BAB 3
3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • Tujuan utama berpuasa adalah untuk mencapai ketakwaan. • Ketakwaan adalah penjagaan diri dari segala yang menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t dan azab-Nya. KBM 2 AKHLAK BAB 3
3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • Faedah berpuasa: • Mendapat balasan pahala yang melimpah-ruah dan baginya hak memasuki syurga melalui pintu khusus yang bernama ‘al-Rayyan’. • Dijauhi dari azab serta dihapuskan dosa-dosa terdahulu KBM 2 AKHLAK BAB 3
3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • Dapat memperolehi kesihatan dari segi jasmani dan rohani. • memberi ketenangan jiwa dan menerapkan dalam hati rasa syukur terhadap Allah s.w.t. atas segala nikmat-Nya • mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas dan kasih terhadap orang yang menderita kelaparan dan kurang bernasib baik. KBM 2 AKHLAK BAB 3
3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • Membersihkan diri dari sifat mazmumah (akhlak yang tercela) seperti tamak, sombong, dengki dan sebagainya. • Melatih jiwa supaya sabar dalam menghadapi pelbagai kesusahan, masalah dan cabaran dalam kehidupan. • Menyempitkan jalan aliran darah yang merupakan jalan syaitan pada diri manusia. KBM 2 AKHLAK BAB 3
3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • Merehatkan serta membersihkan sistem pencernaan dalam tubuh. • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran • Melatih hidup secara teratur dan berdisplin • Menunjukkan prinsip kesatuan umat Islam kerana berpuasa dan berbuka pada waktu dan bulan yang sama. KBM 2 AKHLAK BAB 3
3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN • Meninggalkan puasa merupakan dosa besar seperti sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesiapa yang berbuka satu hari saja di bulan Ramadan dengan tanpa sebarang kelonggaran yang dibenarkan oleh Allah kepadanya, puasa itu tidak dapat digantikan itu dengan puasa satu masa, andaikan dipuasakannya.” (HR. Bukhari dan Tirmidzi) KBM 2 AKHLAK BAB 3
4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT • Anjuran Menunaikan Zakat • Rukun Islam yang keempat • Wajib bagi orang-orang yang hartanya telah mencapai nisab. • Tujuannya untuk mensucikan diri setiap Muslim dari harta yang diperolehinya serta penyucian diri dari sifat kedekut dan tamak. KBM 2 AKHLAK BAB 3
4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT • Mempunyai kaitan yang rapat dengan keimanan. • Merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kemiskinan, jenayah dan masalah sosial yang lain. KBM 2 AKHLAK BAB 3
4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT • Ancaman terhadap orang yang meninggalkan kewajipan Zakat. • Orang yang tahu akan kewajipan berzakat tetapi enggan melakukannya termasuk ke dalam golongan orang yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah. • Mereka ini diancam oleh Allah dengan siksa yang pedih dan akan menyesal di hari kiamat. KBM 2 AKHLAK BAB 3
4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT • Hukum orang yang enggan membayar Zakat. • Orang yang mengingkari kewajipan membayar zakat hukumnya murtad (keluar dari agama Islam). • Orang yang tidak mengeluarkan zakat tetapi masih mengaku akan kewajipannya, maka hukumnya berdosa. KBM 2 AKHLAK BAB 3
5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI • Kewajipan Menunaikan Haji • Haji ertinya berziarah atau mengunjungi • Dari segi syarak ialah menziarahi atau mengunjungi Kaabah di Mekah untuk beribadah dengan niat yang tertentu, pada waktu tertentu dan dengan cara-cara yang tertentu. KBM 2 AKHLAK BAB 3
5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI • Rukun Islam yang kelima. • Wajib seumur hidup sekali dan cukup syarat. • Syarat wajib haji: - Islam - Baligh - Berakal - Mampu (kekuatan tubuh dan wang) KBM 2 AKHLAK BAB 3
5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI • Manfaat Ibadah Haji • Dapat membersihkan seseorang dari dosa-dosanya sehingga ibadah hajinya menjadi mabrur dan diterima oleh Allah s.w.t • Mendorong umat Islam supaya hidup bersatu dalam rukun dan damai serta tolong menolong diantara satu sama lain. • Perhimpunan umat Islam atas dasar ketaatan kepada Allah akan mendapat keberkatan. KBM 2 AKHLAK BAB 3
5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI • Mengukuhkan tali persaudaraan • Mengingatkan umat Islam tentang kewajipan mereka terhadap negara Islam yang lain. • Meningkatkan kepekaan terhadap masalah yang melanda umat Islam. • Saling membantu kerana mereka disatukan dengan nilai dan satu keyakinan iaitu Islam. KBM 2 AKHLAK BAB 3
5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI • Ancaman terhadap orang yang tidak melakukan Haji seperti sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang tidak menghalanginya dari melaksanakan ibadah haji: kepentingan yang mendesak atau sakit parah atau larangan dari seorang pemimpin yang zalim dan kemudian dia tidak haji (tanpa ada pengecualian tersebut diatas) maka hendaklah ia pilih mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani.” (HR. Ahmad, Baihaqi dan dihasankan oleh Syaukani) KBM 2 AKHLAK BAB 3
5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI • Ada 3 pengecualian yang diberi oleh Rasulullah kepada umatnya: • Adanya kepentingan yang sangat mendesak dan tidak boleh ditunda. • Sakit yang sangat parah yang menghalangi dari melaksanakan semua kewajipan dalam syariat haji. • Larangan dari seorang pemimpin yang zalim di negaranya untuk melaksanakan haji. KBM 2 AKHLAK BAB 3