270 likes | 536 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 2 SEJARAH ISLAM. BAB 2 : KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A. RIWAYAT HIDUP. Nama sebenar; Abdullah bin Abu Qahafah, keturunan Bani Tamim Budi pekertinya tinggi dan sifat yang terpuji Telah bersahabat dengan Rasulullah sebelum kerasulan
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2 : KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A.
RIWAYAT HIDUP • Nama sebenar; Abdullah bin Abu Qahafah, keturunan Bani Tamim • Budi pekertinya tinggi dan sifat yang terpuji • Telah bersahabat dengan Rasulullah sebelum kerasulan • Orang pertama memeluk Islam KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
RIWAYAT HIDUP • Sentiasa bersama dan membantu Rasulullah dengan mengorbankan segala hartanya dan tenaga • Turut serta dalam hampir semua peperangan bersama Rasulullah • Dipilih menjadi khalifah setelah wafatnya Rasulullah KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PERLANTIKAN SEBAGAI KHALIFAH • Rasulullah s.a.w. wafat pada 12 Rabiul Awal 12H/ 3 Jun 632M • Berlaku pemilihan ketua di Saqifah Bani Sa’idah • Abu Bakar mencadangkan ketua dari kalangan Muhajirin KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PERLANTIKAN SEBAGAI KHALIFAH • Umar mengangkat tangan Abu Bakar dan mencalonkan beliau sebagai khalifah • Kaum Muhajirin dan Ansar yang hadir setuju dengan cadangan tersebut KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
KERJA-KERJA YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH ABU BAKAR KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
MENYELESAIKAN MASALAH PERLANTIKAN KHALIFAH 1 • Perbalahan kepemimpinan boleh menggugat perpaduan umat Islam • Berdasarkan prasyarat seorang pemimpin, Abu Bakar telah mengutarakan hadis Rasulullah • Beliau dipilih kerana memenuhi kriteria seorang pemimpin KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
MENERUSKAN KERAHAN KETENTERAAN USAMAH BIN ZAID 2 • Dilema untuk membuat pilihan antara menghantar tentera yang dibentuk oleh Rasulullah dengan menugaskan mereka mempertahankan Madinah • Abu Bakar membuat keputusan tepat yang dapat menyelesaikan masalah-masalah lain di Madinah KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PENGUMPULAN AL-QURAN 3 • Bimbang akan terjejasnya kedudukan al-Quran, Umar menyarankan agar ia dikumpul • Pada awalnya Abu Bakar keberatan kerana ia tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PENGUMPULAN AL-QURAN 3 • Beliau akhirnya mengarahkan Zaid bin Thabit untuk mengetuai usaha pengumpulan tersebut • Ayat-ayat al-Quran yang tertulis di lembaran, tulang-tulang, pelepah tamar dan dari hafalan sahabat-sahabat dikumpul KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
MEMERANGI GOLONGAN AL-RIDDAH 4 • Golongan ini timbul selepas kewafatan Rasulullah • Mereka telah murtad dan mengingkari ajaran Islam • Abu Bakar perlu bertindak atau ia akan menjadi fitnah dan ancaman kepada umat Islam KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
MEMERANGI GOLONGAN AL-RIDDAH 4 • 3 golongan yang menentang Islam • pengikut nabi palsu • golongan yang enggan membayar zakat • murtad (keluar terus dari agama Islam) KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
MEMERANGI GOLONGAN AL-RIDDAH 4 • Pengikut nabi palsu; ketua mereka mengaku sebagai nabi dan menerima wahyu, antaranya:- • Tulaihah bin Khuwailid dari Najd • Al-Aswad al-Ansi dari Yaman • Sajjah al-Harith, nabi wanita dari Yamamah KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
MEMERANGI GOLONGAN AL-RIDDAH 4 • Golongan yang enggan membayar zakat • Terdapat golongan yang enggan membayar zakat dari Oman, Hadramaut dan Kindah • Helah mereka untuk menguji kekuatan Islam KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
MEMERANGI GOLONGAN AL-RIDDAH 4 • Murtad (keluar terus dari agama Islam) • Bani Qais dan Bani Bakar; Bahrain • Bani Muharrab; Mekah • Bani Kindah; Hadramaut dan Yaman Selatan KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembebasan Iraq • Al-Muthanna bin Harithah al-Syaibani berjaya mengalahkan tentera Parsi di Delta Furat • Khalid al-Walid mengalahkan tentera Parsi yang diketuai Ormidz KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembukaan Syam • Khalid bin Sa’id bin al-’As dihantar ke Syam pada awal tahun 13H • Tentera Byzantine pimpinan Patriach Ghazzah telah menyerang sebelum bantuan untuk Khalid sampai KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembukaan Syam • Khalid bin Sa’id dan ramai orangnya telah syahid • Ikrimah dihantar namun tentera Byzantine tak dapat ditewaskan • Khalifah Abu Bakar membentuk angkatan yang lebih besar KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembukaan Syam • Yazid bin Abi Sufyan dihantar bersama 7,500 orang • Beliau telah mengalahkan tentera Byzantine di Dathin • Amru bin al-’As diarahkan ke Palestin (Syam) melalui pantai Aqabah KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembukaan Syam • Syurahbil bin Hasanah diarahkan ke Jordan (Syam) menerusi Tabuk • Abu Ubaidah bin al-Jarrah diarahkan pula ke Hims • Jumlah tentera Islam di Syam seramai 24,000 – 30,000 orang KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembukaan Syam • Berbanding tentera Byzantine seramai 90,000 – 240,000 orang • Tentera Byzantine yang lengkap mendapat bantuan daripada Theodorus KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembukaan Syam • Khalifah Abu Bakar mengarahkan Khalid bin al-Walid di Iraq untuk membantu tentera Islam di Syam • Beliau mengetuai semua angkatan tentera Islam dan berjaya menawan Basra KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI (FUTUHAT) • Pembukaan Syam • Kemudian beliau ke Palestin untuk membantu Amru bin al-’As • Pihak Byzantine berkumpul di Ajnadain, selatan Palestin • Bersatu di bawah pimpinan Khalid, Byzantine berjaya dikalahkan KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2
KEWAFATANNYA • Khalifah Abu Bakar al-Siddiq meninggal pada Selasa, 22 Jamadil Akhir 13 H pada umur 61 tahun • Bertugas sebagai khalifah selama 2 tahun, 3 bulan dan 10 hari KBM 2 SEJARAH ISLAM BAB 2