150 likes | 363 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 2 FIQH ISLAMI. BAB 9: HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN PADANYA BERPUASA. MAKSUD HADIS. Hari Jumaat merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam. Maka tidak disunatkan puasa pada Hari Jumaat.
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 FIQH ISLAMI BAB 9: HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN PADANYA BERPUASA
MAKSUD HADIS • Hari Jumaat merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam. • Maka tidak disunatkan puasa pada Hari Jumaat. • Jika mahu berpuasa pada Hari Jumaat, maka hendaklah berpuasa pada hari sebelumnya (khamis) atau hari sesudahnya (sabtu). KBM 2 FIQH BAB 9
HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN PADANYA BERPUASA • Di antara hari-hari yang dimakruhkan puasa: • Khusus puasa pada hari Jumaat sahaja • Khusus puasa pada hari Sabtu atau Ahad sahaja • Puasa pada pertengahan Sya’aban ke atas • Puasa yang berterusan siang dan malam tanpa berbuka • Puasa wishal KBM 2 FIQH BAB 9
KHUSUS JUMAAT • Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Islam. • Puasa dibolehkan jika kita berpuasa pada hari sebelumnya (khamis) atau sesudahnya (sabtu). • Khamis & Jumaat / Jumaat & Sabtu KBM 2 FIQH BAB 9
KHUSUS JUMAAT Ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w: “Tidak boleh bagi seseorang berpuasa pada hari Jumaat kecuali apabila dipuasakannya pula hari yang sebelumnya atau sesudahnya.” (HR. Muslim) KBM 2 FIQH BAB 9
KHUSUS SABTU ATAU AHAD • Sabtu merupakan hari kebesaran orang Yahudi. • Jika kita berpuasa pada hari Sabtu, seolah-olah kita menyambut hari kebesaran orang Yahudi. KBM 2 FIQH BAB 9
KHUSUS SABTU ATAU AHAD • Hari Ahad adalah hari yang diagungkan oleh orang Nasrani (Kristian). • Jika berpuasa, kita seakan-akan menyambut hari keagungan mereka. KBM 2 FIQH BAB 9
KHUSUS SABTU ATAU AHAD • Jika mahu, seseorang boleh berpuasa Sabtu dan Ahad secara berurutan. • Rasulullah pernah sengaja berpuasa pada kedua hari tersebut, kerana untuk menyalahi orang Yahudi dan Nasrani. KBM 2 FIQH BAB 9
KHUSUS SABTU ATAU AHAD Ummu Salamah berkata: “ Nabi s.a.w. lebih banyak melakukan puasa pada hari Sabtu dan hari Ahad dari hari-hari lainnya. Dan sabda beliau: “Kedua hari itu merupakan hari besar orang-orang musyrik, maka saya suka menyalahi mereka.” (HR. Ahmad, Baihaqi, Hakim dan Ibnu Khuzaimah) KBM 2 FIQH BAB 9
PUASA PADA PERTENGAHAN SYA’ABAN KE ATAS • Makruh berpuasa tanggal 15 Sya’ban hingga akhir (separuh kedua). • Namun, puasa dibolehkan (tidak makruh) bagi yang sudah terbiasa berpuasa Isnin & Khamis. • Hukum makruh ini berdasarkan hadith: “ Bila telah tinggal separuh dari bulan Sya’ban, maka janganlah kamu puasakan juga.” (HR. Tirmidzi) KBM 2 FIQH BAB 9
PUASA SETIAP HARI Puasa ini tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan diri seseorang. Puasa ini akan menjadi tidak beerti bagi mereka. KBM 2 FIQH BAB 9
PUASA SETIAP HARI Ini berdasarkan sebuah hadith: “Tiada puasa bagi seseorang yang berpuasa sepanjang masa.” Puasa yang lebih disukai Allah ialah puasa secara selang-seli (hari ini puasa, esok tidak) Supaya hak orang lain sekeliling kita tidak terabai. KBM 2 FIQH BAB 9
PUASA WISHAL Puasa wishal ialah puasa yang berterusan tanpa berbuka di antara hari-hari yang dipuasakannya itu dengan sebarang makanan ataupun minuman. Hukumnya makruh. KBM 2 FIQH BAB 9
PUASA WISHAL Nabi s.a.w. bersabda: “Janganlah (puasa) secara terus-menerus. Sesiapa di antara kamu yang hendak (berpuasa) terus-menerus, maka teruskanlah sampai waktu sahur.” Kata mereka, “Bukankah anda berpuasa secara terus-menerus, ya Rasulullah?” Sabda Nabi,”Aku tidak seperti kamu. Aku diberi makan dan minum oleh Tuhanku.” (HR. Bukhari) KBM 2 FIQH BAB 9
PUASA WISHAL Hikmah dilarang puasa wishal ialah Agar kaum muslimin tidak menjadi lemah dalam menjalankan ibadah puasa, solat dan ibadah-ibadah lain. Mengelakkan perasaan jemu dan bosan terhadap ibadah kerana tubuhnya lemah. KBM 2 FIQH BAB 9