1 / 41

Qawaid Fiqhiyyah

Sessi 5. Qawaid Fiqhiyyah. Ahad 13 June 2010. Kaedah 4. الضرار يزال. Bahaya mesti di hapuskan.

aelwen
Download Presentation

Qawaid Fiqhiyyah

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Sessi 5 QawaidFiqhiyyah Ahad 13 June 2010

  2. Kaedah 4 الضرار يزال Bahaya mesti di hapuskan

  3. Tidak boleh sama sekali melakukan atau membuat kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri lebih-lebih lagi pada orang lain. Lantaran itulah,dalam keadaan tersebut ia wajib dihindarkan atau dihilangkan sama ada ia berkaitan dengan hak umum atau dengan hak khas.

  4. Sumber asal kaedah Firman Allah : “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya” “Sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan” “…dan jgnlah kamu pegang mereka(rujuk semula) dgn maksud memberi mudarat,kerana kamu hendak melakukan kezaliman(terhadap mereka)…”

  5. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidak ada bahaya dan tidak membahayakan” “Rasulullah s.a.w. melarang jual beli berdasarkan tipu”

  6. Hukum Furu’ Diharuskan membunuh binatang yang membahayakan serta merosakkan

  7. Wajib menjaga diri daripada penyakit dan berubat apabila berpenyakit.

  8. Kaedah pecahan 1 الضرار لا يزال بالضرار Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.

  9. Hukum Furu’ Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk di tambah kepada pesakit yang perlukan darah jika darahnya diambil menyebabkan ia pula akan tenat atau menyebabkan kematian.

  10. Kaedah Pecahan 2 الضرار الأشد يزال بالضرار الأخف Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratab lebih ringan.

  11. Hukum Furu’ Memenjarakan suami atau bapa yang enggan menunaikan nafkah terhadap isterinya dan anak-anak. Jika enggan juga boleh di sebat.

  12. Kaedah pecahan 3 درء المفاسد مقدم على جلب المصالح Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan

  13. Hukum Furu’ Sembahyang tanpa menutup aurat sepenuhnya asalnya tidak boleh. Namun jika syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, harus mendirikan sembahyang dengan keadaan demikian demi mendahulukan kepentingan dan kemaslahatan sembahyang berbanding meninggalkan sembahyang.

  14. Kaedah pecahan 4 يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am.

  15. Hukum Furu’ Peniaga dilarang menaikkan harga barang sesuka hati ketika negara atau masyarakat menghadapi kekurangan barang keperluan asasi,ubatan serta pakaian.

  16. Kaedah pecahan 5 الضرر يدفع بقدر الإمكان Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat.

  17. Hukum Furu’ Umar mengambil tindakan membakar kedai arak supaya atau agar tidak timbul masaalah dan kemudaratan yang lebih besar.

  18. Kaedah pecahan 6 الضرر لا يكون قديما Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadinya.

  19. Hukum Furu’ Diharuskan menghalang doktor berpenyakit sawan merawat pesakit. Tegahan tersebut tidak seharusnya disanggah atas dasar doktor tersebut telah lama berkhidmat. Kerana ia boleh membahayakan orang ramai.

  20. Kaedah 5 العادة محكمة Adatdijadikanhukum

  21. Kaedah tersebut membawa maksud adat kebiasaan dapat ditetapkan sebagai hukum atau adat menentukan hukum. Namun jika ‘uruf atau adat kebiasaan itu bercanggah dengan nas,ia di tolak.

  22. Bukti perlaksanaan hukum adat. Sabda Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya unta betina milik Al-barra’ Bin ‘Azib memasuki pagar milik seorang lelaki dan merosakkan pagar dan pemilikan mereka. Nabi telah menjatuhkan hukuman dimana terhadap pemilik harta itu hendaklah menjaga harta mereka pada siang hari dan pemilik ternakan pula manjaga ternakan pula menjaga ternakan mereka waktu malam.”

  23. Pengertian adat • Iaitu apa yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau segolongan dari mereka • Perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan dan cara yang tertentu • Adat adalah satu perbuatan atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia.

  24. Pengertian ‘uruf • Perkara yang diterima dan disenangi dikalangan manusia. • Perkara yang tetap dalam diri manusia dari segi akal dan diterima oleh tabiat semula jadi yang sejahtera • Perbuatan atau perkataan yang telah diketahui oleh orang ramai dan dilakukan oleh mereka.

  25. Sumber asal kaedah Sabda Rasul S.A.W. “ Apa yang dinilai oleh kaum muslimin baik ia adalah baik disisi Allah,dan apa yang dinilai buruk oleh kaum muslimin, buruklah ia disisi Allah”

  26. “Dalam timbangan itu berdasarkan timbangan ahli Mekah, dan dalam sukatan berdasarkan sukatan Ahli Madinah” “Terimalah apa yang mudah dilakukan,dan suruhlah dengan perkara yang baik,serta berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)”

  27. Syarat adat diiktibarkan • Mestilah dilakukan secara meluas atau menyeluruh • Hendaklah umum disemua negara • Tidak bertentangan dengan hukum lain yang mempunyai hujah atau dalil nas. • Hendaklah adat dan ‘uruf yang ditangguhkan perkataan atau perbuatan orang yang melakukan tindakan memang ada ketika datangnya nas-nas syarak. • Hendaklah ia satu kepastian

  28. Kaedah pecahan 1 إنما تعتبر العادة إذا إطردت أو غلبت Sesungguhnya adat yang diiktibarkan apabila berlaku berterusan atau kebiasaan dan lebih banyak berlakunya.

  29. Hukum Furu’ Sesorang berlanggan majalah, kebiasaannya langganan tersebut dihantar ke rumah pelanggan, walaupun tanpa menyebut penghantaran,majalah tersebut secara langsungnya hendaklah di hantar. Jika tidak, pelanggan boleh menuntut.

  30. Kaedah pecahan 2 تعارض العرف مع الشارع Berlaku pertentangan diantara ‘uruf dengan syarak.

  31. Penjelasan : a) Adat didahulukan. Seseorang bersumpah tidak akan duduk di atas tikar. Ia tidak dikira melanggar sumpahnya sekiranya ia duduk di atas tanah, walaupun Allah menyebut bumi sebagai tikar atau hamparan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan”

  32. b) Syarak didahulukan. Sekiranya seseorang bersumpah tidak puasa, ia tidak dikira melanggar sumpahnya dengan semata-mata menahan diri daripada makan.

  33. Kaedah pecahan 3 تعارض العرف مع اللغة Berlaku pertentangan antara ‘uruf dengan bahasa.

  34. Kaedah pecahan 4 التعيين بالعرف كالتعيين بالنص Menentukan dengan dasar ‘uruf seperti menentukan berdasarkan nas.

  35. Hukum Furu’ Jika kebiasaan negeri tersebut sewa rumah yang dikenakan tidak termasuk bayaran air dan letrik. Ketetapan hukum tersebut mempunyai kekuatan yang sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas. Iaitu ketetapan hukum berdasarkan ‘uruf dan adat tersebut dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan dengan nas.

  36. Kaedah pecahan 5 المعروف بين التجار كالمشروط بينهم Sesuatu yang terkenal di kalangan peniaga seperti syarat yang berlaku dikalangan mereka.

  37. Sekiranya seseorang penjual membeli sesuatu barang di pasar dengan harga tertentu. Namun ketika akad tidak dinyatakan secara jelas samada bayar secara tunai atau bertangguh. Justeru itu pembayaran itu mengikut adat kebiasaan yang berlaku di kalangan peniaga. Seandainya bayaran bertangguh menurut adat kebiasaan, penjual mengambil bayaran setiap bulan atau setiap minggu,ia berlaku mengikut adat tersebut kerana apabila ia menjadi perkara kebiasaan dikalangan pedagang,adat itu dikira berada pada kedudukan yang disepakati secara jelas.

  38. Kaedah pecahan 6 لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان Tidak diingkari ada perubahan hukum ekoran perubahan masa.

  39. Hukum Furu’ Disebabkan sukar mencari saksi yang benar-benar adil pada zaman mutakhir,ulama berpendapat,diterima penyaksian saksi yang tidak sampai kepada keadilan sempurna. Namun dengan syarat dicari orang yang paling adil dikalangan mereka.

  40. Zaman meluas pelacuran,kekejian dan hilang sifat amanah, diwajibkan ada kursus perkahwinan, penjamin serta pemeriksaan kesihatan terhadap pasangan yang ingin berkahwin. Walau pun sebelumnya ia tidak diwajibkan.

  41. S e K I A n WaSSalaMualaiKum wR. Wb …

More Related