520 likes | 1.35k Views
Sessi 3. Qawaid Fiqhiyyah. Ahad 23 May 2010. Kaedah 2 اليقين لا يزال يالشك Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan Maksudnya sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Makna yakin:
E N D
Sessi 3 QawaidFiqhiyyah Ahad 23 May 2010
Kaedah 2 اليقين لا يزال يالشك Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan Maksudnya sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Qawaid Fiqhiyyah
Makna yakin: ilmu dan lenyapnya syak Hakikat sesuatu perkara Lawan kepada syak Wajib diterima sebagai hukum Qawaid Fiqhiyyah
Makna Ghalaba Al-Zann Penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zann. Harus diterima sebagai hukum Qawaid Fiqhiyyah
Makna Zann: Seseorang yang berada dan berhenti di antara dua perkara. Dia dapat mentarjihkan salah satu daripadanya, akan tetapi tidak dapat dibuang dalam hati dan perasaan. Sangkaan yang lebih hampir kepada keyakinan tetapi tidak sampai ke tahap keyakinan. Harus diterima sebagai hukum Qawaid Fiqhiyyah
Makna Shak: Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara. Tidak diterima sebagai hukum Qawaid Fiqhiyyah
Makna Wahm: Keraguan yang dialami yang mana keduanya lebih mirip kepada yang lemah atau tidak kukuh. Tidak diterima sebagai hukum Qawaid Fiqhiyyah
Sumber asal kaedah (dalil) “Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan sama ada telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau”. (HR Muslim) Qawaid Fiqhiyyah
“Apabila seseorang daripada kamu ragu-ragu ketika solat, dan dia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya, sama ada tiga atau empat. Hendaklah dia ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan” (HR Muslim) Qawaid Fiqhiyyah
Hadis Adi bin Haatim ketika beliau bertanya Rasulullah s.a.w tentang hukum memburu, di antara apa yang diberitahu Rasulullah s.a.w: Jika kamu memanah buruan lalu kamu mendapati buruan tersebut setelah sehari atau dua dan tiada padanya melainkan kesan panah kamu maka makanlah Qawaid Fiqhiyyah
Hukum Furu’ Contoh 1: Seandainya seseorang itu ragu yang mirip kepada syak berkaitan dengan yang dia sembelih iaitu apakah binatang tersebut masih ada tempoh hidup yang berterusan atau sudah tidak ada, maka sembelihan tersebut haram dimakan. Jika keraguan mirip kepada zann maka ia halal dimakan. Qawaid Fiqhiyyah
Contoh 2: Seseorang yang menggunakan barang milik orang lain dan dia syak sama ada pemiliknya merelakan atau tidak maka hukumnya haram digunakan barang tersebut. Sekiranya dia zann maka harus menggunakan barang tersebut. Qawaid Fiqhiyyah
Contoh 3: Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan haji, namun ia syak sama ada selamat atau tidak di perjalanan maka tidak wajib dia menunaikan haji pada tahun tersebut. Sekiranya dia zann selamat dalam perjalanan maka wajib baginya haji pada tahun tersebut. Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 1: Ahmad bermusafir lalu menunaikan solat dengan imam yang tidak diketahui sama ada imam tersebut musafir atau mukim. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 2: Rahmat yakin bahawa badannya terkena najis, tetapi beliau tidak pasti bahagian manakah yang terkena najis. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 3: Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai 2 kullah. Lalu Ahmad mendapati air tersebut berubah warna tetapi tidak pasti apakah yang menyebabkan air tersebut berubah warna, sama ada kencing kucing atau benda lain. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 4: Sufyan memburu binatang dan melepaskan anak panahnya dan terkena pada seekor kijang. Kijang tersebut melarikan diri ke kawasan curam. Sufyan syak sama ada binatang tersebut kerana anak panahnya atau kerana terjatuh dari bukit. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 5: Zaki mengangkat wuduk namun dia yakin bahawa dia belum mencuci telinga. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 6: Zaki mengangkat wuduk namun dia yakin bahawa dia belum mencuci telinga. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 7: Zaid solat zohor. Setelah memberi salam lalu dia syak sama ada dia telah mendirikan solat 3 atau 4 rakaat. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 8: Samad tinggal di negara yang mana penduduknya bercampur di antara Islam, Majusi dan Budha. Apakah hukum memakan sembelihan di negara tersebut? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 9: Zahid belayar selama sebulan dan meninggalkan rumahnya tanpa dihuni. Sekembalinya beliau ke rumah tersebut didapati air di dalam kolamnya telah berubah. Boleh kah beliau mengambil wuduk dari air tersebut? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 1 الأصل بقاء ما كان على ما كان Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada pada sebelumnya Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Salman yakin telah berwuduk dan mengerjakan solat, kemudian datang padanya keraguan selepasnya sama ada dia masih berwuduk atau sudah berhadas.. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Kaki Siti dijilat oleh seekor anjing. Keesokan harinya Siti syak sama ada dia telah mencuci kakinya dengan tanah atau belum. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 2 القديم يترك على قدمه Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas dahulunya. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Siti telah sekian lama dibenarkan untuk menggunakan perigi jirannya. Setelah jirannya berpindah dan diganti dengan jiran yang baru, Siti dituduh telah mencuri air dari perigi tersebut. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 3 الأصل برأة الذمة Asalnya seseorang bebas dari tanggungjawab. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Zaman menuduh Said di mahkamah dengan mencuri. Bayangkan kamu seorang hakim. Apa yang harus kamu lakukan? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 4 الأصل العدم Asal segala sesuatu itu tiada. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Said berhutang dengan Samad dan mengaku telah melunaskannya. Akan tetapi Samad mengingkarinya. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 5 الأصل في كل حادث تقديره بأقرب زمن Asal setiap sesuatu yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Khairi solat subuh dan zohor. Lalu dia terlihat wujudnya air mani di baju yang dipakainya sewaktu tidur semalam. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 6 الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamnnya. Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 7 الأصل في الأشياء التحريم حتى يدل الدليل على التحريم الإباحة Asal sesuatu adalah haram, hinggalah ada dalil menunjukkan halalnya. Qawaid Fiqhiyyah
Untuk urusan muamalat, sesuai menggunakan kaedah “Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamnnya”. Manakala kaedah “Asal sesuatu adalah haram, hinggalah ada dalil menunjukkan halalnya” sesuai digunakan untuk bab ibadah. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Anda diutus untuk menjadi seorang pendakwah di sebuah kampung. Anda ingin mengumpulkan penduduk kampung untuk berzikir ramai2 dengan cara yang tidak diajarkan oleh Rasulullah saw dengan alasan ia boleh mengundang kepada banyak pengikut. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 8 الأصل في الإبضاع التحريم Hukum asal dalam masalah hubungan sex adalah haram. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Salman mengadakan hubungan sex dengan Fatimah yang didakwa adalah isterinya. Tetapi Fatimah tidak mengakui beliau sebagai suami. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 9 الأصل في الكلام الحقيقة Hukum asal pada sesuatu ucapan dikira pada maknanya yang hakiki. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Salman bersumpah tidak akan masuk ke rumah Zaid. Pada keesokan harinya Salman memasuki rumah yang disewa Zaid. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah