390 likes | 1.49k Views
Sessi 2. Qawaid Fiqhiyyah. Ahad 16 May 2010. Kaedah 1 الأمور بمقاصدها Setiap perkara dinilai berdasarkan niat. Maksudnya setiap perbuatan manusia samada dalam ibadah , muamalah dan sebagainya bergantung pada niat untuk mendapatkan ganjaran dan untuk diambilkira.
E N D
Sessi 2 QawaidFiqhiyyah Ahad 16 May 2010
Kaedah 1 الأمور بمقاصدها Setiap perkara dinilai berdasarkan niat. Maksudnya setiap perbuatan manusia samada dalam ibadah , muamalah dan sebagainya bergantung pada niat untuk mendapatkan ganjaran dan untuk diambilkira Qawaid Fiqhiyyah
Sumber asal kaedah (dalil) 1) Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. (An-Nahl 106) Qawaid Fiqhiyyah
2) Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. (Al-Ahzab 5) 3) Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (Al-Baqarah 286) Qawaid Fiqhiyyah
4) Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (Al-Baqarah 225) 5) Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (An-Nisa’ 29) Qawaid Fiqhiyyah
Dalil dari As-Sunnah 1) Sesungguhnya setiap pekerjaan itu bergantung pada niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya berdasarkan apa yang dia hijrahkannya. (MuttafaqAlaih) Qawaid Fiqhiyyah
2) Hadis Abu Musa Al-Asyaari: Telah datang lelaki kepada nabi s.a.w lalu dia berkata: Ada lelaki yang berjihad kerana harta rampasan, dan ada lelaki yang berjihad kerana kelelakian, dan lelaki berjihad kerana kedudukannya. Mana satukah pada jalan Allah? Berkata Rasulullah s.a.w: Barangsiapa berjihad untuk menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi maka dia pada jalan Allah. (MuttafaqAlaih) Qawaid Fiqhiyyah
Hukum Furu’ Contoh 1: Seseorang yang mencuri alat muzik dgn niat untuk menghapuskannya, maka dia tidak akan dikenakan hukuman hudud. Qawaid Fiqhiyyah
Contoh 2: Menyetubuhi isteri harus hukumnya. Akan tetapi jika si suami yakin bahawa perempuan yang ingin disetubuhi bukan isterinya maka hukumnya haram walau pada hakikat wanita tersebut adalah isterinya Qawaid Fiqhiyyah
Contoh 3: Seseorang yang meyakini bahawa wanita yang ingin disetubuhi adalah isterinya maka dia tidak akan dikenakan hukuman hudud walaupun pada hakikat wanita itu bukan isterinya. Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 1: Ahmad memerah anggur dengan niat untuk membuat cuka, lalu ia menjadi arak tanpa disedari lalu dimakannya. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 2: Fatimah berkabung disebabkan kematian suami teman rapatnya Aishah. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 3: Sufyan enggan membayar zakat, lalu dia dipaksa oleh pemerintah untuk mengeluarkan zakat. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Latihan 4: Zahir menziarahi kubur para solihin kerana ingin beribadah dan melakukan ketaatan. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 1 الإشتغال بغير المقصود إعراض عن المقصود Melakukan apa yang tidak dimaksudkan, bererti berpaling daripada apa yang dimaksudkan Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Zaki bersumpah tidak akan tinggal di rumah orang abangnya. Lalu pada keesokan harinya dia masuk ke rumah tersebut untuk mengambil barang-barangnya. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 2 النية في اليمين تخصص لفظ العام ولا تعمم الخاص Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak mengumumkan lafaz khusus. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Siti bersumpah tidak akan bercakap dengan manusia. Lalu pada satu ketika anda melihatnya bercakap dengan beberapa orang. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 3 مقاصد اللفظ على نية الافظ Sesuatu lafaz berdasarkan niat lafaz orang yang mengucapkannya. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Seseorang tuan yang mempunyai ramai hamba melafazkan perkataan “aku akan memerdekakan hambaku”. Tetapi pada keesokan harinya dapat dilihat hanya seorang hamba sahaja yang merdeka. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 4 اليمين على نية امستحلف Sumpah berdasarkan niat orang yang bersumpah. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Said bersumpah tidak akan makan daging. Tetap kamu melihatnya memakan daging di kantin. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pengecualian dari kaedah Sumpah di mahkamah atau di hadapan qadi berdasarkan kehendak qadi atau hakim Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 5 الفرض يتأدى بنية النفل Amalan fardhu terlaksana dengan niat sunat Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Siti berniat melakukan haji sunat pada tahun ini. Tetapi pada hakikatnya dia belum melakukan haji sebelum ini. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 6 العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني Apa yang dipegang dalam akad ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan bentuk perkataan. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Fazli pergi ke hospital lalu mengatakan kepada doktor “saya ingin menderma darah”. Tetapi Fazli meletakkan syarat iaitu hospital haruslah memberikannya sedikit wang. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah
Kaedah pecahan 7 كل عقد لا يفيد مقصوده يبطل Segala akad yang maksudnya membawa faedah terbatal. Qawaid Fiqhiyyah
Hukum pecahan Samad bersetuju melakukan akad untuk menyewa kereta Farid dengan syarat yang diletakkan oleh Farid iaitu tidak boleh memandunya. Hukumnya? Qawaid Fiqhiyyah