1 / 11

Dialog

Dialog. 1.Rahsia Kejayaan 2.Tokoh Kanak-Kanak 3.Dorongan Ibu 4.Berbudi Kepada Tanah 5.Menyimpan Wang. 1.Dialog. Saiful :Selamat pagi Halim. Halim :Selamat pagi. Saiful :Saya ucapkan tahniah kerana Halim menjadi murid terbaik dalam peperiksaan UPSR di sekolah kita.

aloha
Download Presentation

Dialog

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Dialog 1.Rahsia Kejayaan 2.Tokoh Kanak-Kanak 3.Dorongan Ibu 4.Berbudi Kepada Tanah 5.Menyimpan Wang

  2. 1.Dialog Saiful :Selamat pagi Halim. Halim :Selamat pagi. Saiful :Saya ucapkan tahniah kerana Halim menjadi murid terbaik dalam peperiksaan UPSR di sekolah kita. Halim :Terima kasih atas pujian itu. Saiful :Apakah rahsia Halim mendapat kejayaan itu? Halim :Untuk mencapai kejayaan ini bukannya mudah. Saya telah berusaha kuat untuk mencapainya. Setiap hari saya akan mengulang kaji pelajaran saya selama tiga jam.Saya juga akan menyiapkan semua kerja rumah saya.Semasa di dalam kelas,saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar.Jika saya tidak faham tentang sesuatu perkara,saya akan bertanya kepada guru. Saiful :Adakah sesiapa yang memberikan dorongan kepada Halim? Halim :Saya sentiasa menerima galakan daripada ibu bapa dan guru-guru saya. Saya juga tidak lupa berdoa kepada tuhan supaya memberikan kejayaan kepada saya. Saiful :Apakah cita-cita Halim? Halim :Saya mempunyai cita-cita yang tinggi.Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Saiful :Baiklah Halim.Saya ucapkan terima kasih kerana Halim sudi ditemu ramah. Halim :Sama-sama. Muka depan C Tamat Jawapan Teruskan

  3. 2. Dialog Haikal Nazmi adalah wartawan muda yang bertugas dengan Akhbar Pendidik. Haikal Nazmi telah bertemu bual dengan Tokoh Kanak-Kanak tahun 2006.Berikut adalah temu bual mereka. Haikal :Terlebih dahulu , saya mengucapkan tahniah kepada adik Nirwan kerana telah berjaya menggondol gelaran Tokoh Kanak-Kanak bagi tahun 2006. Nirwan :Terima kasih. Haikal :Saya ingin mengetahui,bagaimanakah adik dapat menyelamatkan rakan adik yang kelemasan itu? Nirwan :Kejadiannya berlaku sewaktu kami memancing di atas jambatan di sebatang sungai di hujung kampung kami. Sungai itu memang dalam. Tiba-tiba, kawan saya Remi terpijak lantai jambatan yang reput. Lantai itu patah dan Remi tidak dapat mengawal pergerakannya lalu terjatuh ke dalam sungai.Saya yang melihat kejadian agak terkejut sebentar. Kemudian, saya sedar Remi memerlukan bantuan.Saya menjerit meminta pertolongan. Haikal :Apakah yang berlaku seterusnya? Nirwan :Apabila melihat keadaan Remi yang tercungap-cungap,saya tidak berlengah lagi lalu terus terjun ke dalam sungai. Walaupun arus sungai yang dalam itu adak deras, namun nyawa Remi kawan baik saya itu amat penting bagi saya.Saya berusaha sedaya-upaya berenang dan menariknya ke tepi. Haikal :Kemudian, apakah yang adik Nirwan lakukan? Nirwan :Saya sangat bersyukur kerana ketika kejadian seorang pemuda lalu di situ dan membantu saya menarik Remi ke atas tebing. Saya memberikan bantuan pernafasan kepada Remi dan kami menghantar Remi ke klinik. Haikal :Wah,sungguh berani adik dalam kisah itu. Keberanian adik itu patut dicontohi oleh pelajar-pelajar lain. Nirwan :Terima kasih. Muka depan C Tamat Jawapan Teruskan

  4. 3.Dialog Mak Mah :Mengapakah wajah kamu nampak muram?Semalam ceria sahaja. Mira :Mak, Mira khuatir permohonan Mira ke universiti akan ditolak. Mak Mah :Janganlah begitu Mira, sepatutnya berdoa kepada tuhan.Jangan cepat berputus asa. Mira :Tapi mak, Hani sudah pun mendapat surat tawaran ke Universiti Malaya.Surat tawaran untuk saya ke universiti yang dipohon sampai sekarang masih belum tiba. Mak Mah :Emak percaya, Mira pasti berjaya mendapat tempat di universiti nanti.Mira sudah pun berusaha gigih dalam pelajaran dan keputusan Mira juga sebaik keputusan yang Hani peroleh.Tidak perlu bimbang, tetapi perlu banyak bersabar. Mira :Terima kasih emak kerana memberikan saya semangat dan dorongan. Mak Mah :Sama-sama.Selepas makan, tolong emak kemas dan bersihkan meja ya. Mira :Baiklah emak. Muka depan C Tamat Jawapan Teruskan

  5. 4.Dialog Razak : Selamat pagi, pak cik. Awal pak cik turun ke kebun hari ini? Haji Man : Selamat pagi.Ya, pagi ini awal sikit sebab pukul 11.00 pagi nanti pak cik hendak pergi ke pejabat pos. Razak : Boleh saya tanya pak cik beberapa soalan? Haji Man : Boleh. Razak : Sudah berapa lama pak cik berkebun? Haji Man : Pak cik telah berkebun dan bertani ini hampir 33 tahun. Razak : Selain pokok limau, apa lagi yang pak cik tanam? Haji Man : Pak cik juga ada tanam sayur-sayuran, jambu batu,jagung,tebu dan ubi kayu. Nanti bolehlah Razak rasa buah jambu dan tebu hasil kebun pak cik. Razak :Terima kasih, hebat ya banyak jenis tanaman yang dapat pak cik tanam.Siapa yang membantu pak cik mengusahakan ladang yang luas ini? Haji Man : Anak-anak pak cik yang membantu.Anak yang sulung menjadi pengurus pemasaran, Rashidah, anak perempuan pak cik menguruskan akaun,sementara dua orang lagi anak lelaki pak cik membantu pak cik menyelia dan menyelenggara kerja-kerja di ladang. Selain daripada itu,pak cik juga ada 15 orang pekerja yang membantu memetik dan memungut hasil, membaja dan menjaga kebun. Razak : Ke mana pak cik memasarkan tanaman pak cik? Haji Man : Pak cik memasarkan ke pasar borong,pasar malam, pasar di pekan dan pasar tani.Ada juga yang dibeli oleh FAMA. Razak : Adakah pak cik mendapat sebarang bantuan daripada pihak tertentu? Haji Man : Ya, ada. Pak cik mendapat bantuan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian. Razak : Terima kasih pakcik atas maklumat itu semua, saya mohon untuk pulang dahulu. Haji Man : Sama-sama, jikalau ada kelapangan singgahlah lagi ke ladang pak cik ya. Muka depan C Tamat Jawapan Teruskan

  6. 5.Dialog Laila : Assalamualaikum, cikgu.Maafkan saya sekiranya mengganggu. Puan Reena : Waalaikummusalam. Oh, Laila! Ada apa Laila? Laila : Cikgu, saya ada sedikit masalah.Saya ingin menambah wang dalam akaun simpanan saya, tetapi saya kurang arif bagaimana cara menambah wang ke dalam akaun simpanan saya itu. Puan Reena : Untuk menambah wang simpanan, awak mestilah mengisi borang terlebih dahulu. Laila : Di manakah boleh saya dapatkan borang itu? Berapakah pula harganya? Puan Reena : Kamu boleh dapatkan borang itu di kaunter bank dan borang itu percuma.Tapi ingat, isikan bahagian pelanggan sahaja, jangan isikan ruang pejabat pula. Ruangan itu hanya boleh diisi oleh pegawai bank yang bertugas sahaja.Setelah siap mengisi borang tersebut, ambillah nombor dan tunggu giliran nombor kamu dipanggil untuk berurusan. Laila : Baiklah, cikgu. Terima kasih kerana sudi memberikan maklumat berguna kepada saya. Puan Reena : Sama-sama dan selamat menyimpan wang. Tamat Muka depan C Jawapan Teruskan

  7. 1.Dialog 1.Mengucapkan selamat. 2.Mengucapkan tahniah-kejayaan. 3.Berterima kasih-ucapan yang baik. 4.Berusaha. 5.Mengulang kaji. 6.Memberikan tumpuan ketika guru mengajar. 7.Amanah/disiplin-menyiapkan kerja sekolah. 8.Bertanya jika tidak memahami sesuatu. 9.Berdoa. 10.Memberikan dorongan. 11. Bercita-cita tinggi. Usaha Kunci Kejayaan Muka depan C Tamat Dialog 1 Teruskan

  8. 2.Dialog • Semangat setia kawan. • Keberanian. • Berhati-hati. • Kasih-sayang. • Melakukan tindakan yang betul dan tepat pada waktunya. • Bersyukur. • Dapatkan rawatan di klinik. • Mengucapkan tahniah. • Berterima kasih Usaha Kunci Kejayaan Muka depan C Tamat Dialog 2 Teruskan

  9. 3.Dialog 1.Ambil berat/ prihatin masalah orang tersayang. 2.Berdoa. 3.Tidak berputus asa. 4. Berusaha gigih. 5.Bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam hidup. 6.Bersabar menghadapi dugaan. 7.Memberikan dorongan dan semangat. 8.Membantu ibu. 9. Berterima kasih. Usaha Kunci Kejayaan Muka depan C Tamat Dialog 3 Teruskan

  10. 4.Dialog 1.Mengucapkan selamat. 2.Bersedia awal untuk bekerja- Buat perancangan. 3.Berkebun/bertani/ mencari rezeki secara halal. 4.Bantu-membantu. 5.Mendapatkan khidmat nasihat. 6.Memberi kerjasama/ramah 7.Mempelawa. 8.Mengucapkan terima kasih Usaha Kunci Kejayaan Muka depan C Tamat Dialog 4 Teruskan

  11. 5.Dialog • Memberi salam • Berbudi bahasa,bertutur dengan sopan. • Bertanya perkara yang tidak difahami. • Memberi bantuan. • Menyimpan wang- masa hadapan. • Ikut giliran. • Mengisi borang lengkap. • Mengucapkan terima kasih. Usaha Kunci Kejayaan Muka depan C Tamat Dialog 5 Teruskan

More Related