290 likes | 722 Views
BAB 7 PENUBUHAN MALAYSIA. PENGENALAN Ditubuhkan pada 16 September 1963. Sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu. Semasa pentadbiran British Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
E N D
PENGENALAN • Ditubuhkan pada 16 September 1963. • Sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu. • Semasa pentadbiran British • Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
FAKTOR PENDORONG PENUBUHAN MALAYSIA • Empat faktor utama • Imbangan kaum, • kemerdekaan bagi negara-negara baru, • meningkatkan taraf hidup bumiputera, Sabah dan Sarawak, • mengeratkan hubungan yang sedia ada.
Imbangan Kaum • Dato’ Senu Abdul Rahman; • Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh dikelaskan sebagai Melayu. • Penduduk Borneo dan Tanah Melayu merupakan sebahagian rumpun Melayu yang mendiami Nusantara yang sama dari segi ras dan kebudayaan.
Kemasukan Singapura; • Lee Kuan Yew memujuk Tunku; • Penyatuan dapat mengawal keselamatan Singapura dan juga untuk kepentingan ekonomi bersama • Singapura dipengaruhi oleh parti Barisan Sosialis. • 1961, People’s Action Party (PAP) kalah di kubu kuat parti. • Tanah Melayu bersifat anti-Komunis dan pro-Barat.
Kemerdekaan Bagi Negara-Negara Baru • Membantu negara-negara yang masih dijajah untuk mencapai kemerdekaan. • selaras dengan prinsip Persekutuan Tanah Melayu. • selaras dengan Resolusi 1514 Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1960.
Meningkat Taraf Bumiputera Sabah dan Sarawak • Bumiputera Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan. • Tidak ada hak keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan Bumiputera tempatan. • Sektor ekonomi dan sosial dimonopoli golongan pendatang. • Golongan pendatang lebih berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri.
Mengeratkan Hubungan yang Sedia Ada • Mengeratkan hubungan baik yang telah sedia terjalin. • Penjawat awam mendapatkan latihan di Kuala Lumpur. • Penggunaan satu mata wang yang sama telah wujud di antara Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak.
REAKSI-REAKSI AWAL PENUBUHAN MALAYSIA Parti-Parti Politik • Parti Rakyat Singapura - neo-kolonialisme. • Sabah - Donald Stephen, pengarang Borneo Times telah mengecam Tunku Abdul Rahman. • Sarawak - semua parti politik telah menentang diketuai oleh Stephen Yong. • Brunei - Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Hafiz Laksamana.
Julai 1961 - membentuk Barisan Bersatu (United Front) untuk mencabar Malaysia • dianggotai oleh • Ong Kee Hui - Pengerusi SUPP, • A.M. Azahari - Parti Rakyat Brunei, • Donald Stephens - United National Kadazan Organization (UNKO). • kerana • Ingin merdeka secara bersendirian • Tanah Melayu ingin meluaskan kuasa.
Pemimpin-Pemimpin Barat • Australia menyokong penubuhan Malaysia. • Britain dan Amerika Syarikat tidak menyatakan sokongan mereka lebih awal. • Jun 1961, Perdana Menteri Britain, Mc Millan menyatakan idea penubuhan Malaysia merupakan sesuatu yang menarik.
LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysian Solidarity Council Comitee – JPPM); • dibentuk pada 23 Julai 1961 • dipengerusikan oleh Donald Stephen. • mendapatkan persetujuan dari pemimpin Singapura, Sabah, dan Sarawak. • mendapatkanpandanganberkesan • memberipenerangan
Empat rundingan telah dijalankan; • (i) 21 Ogos 1961 di Jeselton; • (ii) 18 Disember 1961 di Kucing; • (iii) 6 Januari 1962 di Kuala Lumpur; • (iv) 1 Februari 1962 di Singapura. • 1962 – Brunei menyatakan pendirian tidak berminat
wakil-wakil ; • Tanah Melayu - Ismail Yusof dan Datuk Ong Yoke Lim • Singapura - Lee Kuan Yew • memberikan maklumat kepada pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan menyertai penubuhan Malaysia. • lawatan-lawatan muhibah ke Kuala Lumpur dan diberikan penerangan mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Tanah Melayu sepanjang tempoh kemerdekaannya
2. Suruhanjaya Cobbold • Dibentuk pada 16 Januari 1962 untuk mengkaji pandangan penduduk Sabah dan Sarawak. • Pengerusi - Lord Cobbold, • Ahli; • Britain - Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston • Persekutuan Tanah Melayu - Ghazali Shafie dan Datuk Wong Pow Nee
81 peratus penduduk Sabah dan Sarawak menyokong. • Sabah dan Sarawak akan mencapai kemerdekaan lebih awal dari Britain. • Ancaman komunis lebih mudah diatasi dengan bantuan Kuala Lumpur. • Kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak mencapai kemerdekaan.
Suruhanjaya telah mencapai satu persetujuan; • Nama – Malaysia • Perlembagaan - berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. (iii) Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa dalam menentukan kemasukan orang luar. (iv) Majlis Undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak diberi hak untuk menentukan hal-ehwal yang berkaitan dengan agama. (v) Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di kedua-dua negeri.
3. Pungutan Suara Singapura • Taraf berkerajaan sendiri. • Di luar bidang penyiasatan Suruhanjaya Cobbold. • Kumpulan kiri dan Parti Barisan Sosialis menentang. • Satu pungutan suara telah dibuat dan 71 peratus penduduk Singapura memilih untuk menyertai Malaysia.
4. Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) • Di bentuk pada Ogos 1962. • Pengerusi - Lord Landsdowne • Anggota; • Tun Abdul Razak, • Donald Stephen, • Abang Haji Mustapha, • Temenggung Jugah, • seorang wakil Britain, • seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu.
Sabah mahukan masalah rakyat Sabah diberi perhatian dan Tuntutan 20 dipertimbangkan • Tubuh 5 jawatankuasa kecil untuk meneliti aspek perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman, dan organisasi jabatan. • Satu laporan dikeluarkan yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia. • 16 September 1963 - Penubuhan Persekutuan Malaysia diisytiharkan di Stadium Negara.
REAKSI-REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA • Tentangan selepas pengisytiharan • Dalam negara • Kerajaan Brunei • Kerajaan Filipina • Kerajaan Indonesia
Dalaman Negara • Kerajaan Kelantan telah mengambil tindakan mahkamah • mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak sah ke atas Kelantan. • Saman bertarikh 10 September 1963, gagal.
Kerajaan Brunei • Rakyat Brunei - Parti Rakyat Brunei dengan sokongan Partai Komunis Indonesia. • Menentang mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan Malaysia. • Pemberontakan ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan Britain. • Sultan Brunei • enggan membayar cukai ke atas petroleum. • menolak kedudukannya dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong.
Kerajaan Filipina • Tuntutan ke atas Sabah. • Presiden Machapagal – Sabah sebahagian dari wilayah Filipina. • Menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan Sulu • Sabah telah diserahkan kepada pedagang Austria dan kemudiannya telah berpindah milik kepada British. • Kerajaan Filipina telah menolak hasil laporan majoriti rakyat negeri Sabah memilih untuk berada di bawah kerajaan Malaysia.
Kerajaan Indonesia • 20 November 1961 - Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu, Menteri Indonesia Luar, Dr. Subandrio mendoakan selamat maju jaya. • Menukar pendirian - penubuhan Malaysia dan sebagai neo-kolonialisme yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia. • 20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio mengumumkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia!”. • Tentera Indonesia menyusup masuk ke wilayah Malaysia melalui pantai Pontian dan Muar di Johor.
Sidang Puncak di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 - gagal • Rundingan ketiga-tiga pemimpin di Tokyo pada 20 Jun 1964 - buntu. • Konfrotasi tamat dengan kejatuhan Sukarno akibat kegagalan cubaan coup-de-tet dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia pada 30 September 1965 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai G30S/PKI. • 1966 Bangkok rundingan damai Indonesia Malaysia.
7.6 KESIMPULAN • Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapaian kemerdekaan melalui Malaysia. • Penubuhkan Malaysia menghadapi banyak halangan, namun penggabungan wilayah-wilayah ini adalah secara demokratik, iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. • Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.