150 likes | 465 Views
BAB 7. ISLAM DI ASIA TENGGARA. KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA. (b) Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh sejarawan bagi menyokong teori mereka itu. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.174-178)
E N D
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA
(b) Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh sejarawan bagi menyokong teori mereka itu. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.174-178) (1) Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab Arab - Islam berkembang di Asia Tenggara dari Semenanjung Arab Crawford - Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Canton - Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai penempatan di Canton. Perdagangan – Sejak awal lagi pedagang Arab menguasai perdagangan dari Mesir hingga ke China. Singgah - Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara.
Kampung - Wujud sebuah perkampungan Islam di Utara Sumatera pada 650 M. Kesusasteraan -Wujud persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab. Sheikh -Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh sheikh dari Semenanjung Tanah Arab.
(ii) Teori Islam dari China China - Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi China Eridia - Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eridia dan S.Q.Fatimi. Peniaga - Bukti yang dikemukakan ialah peniaga Arab mengembangkan Islam di kalangan peniaga China di Canton. Sebar - Apabila peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara,mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat di Asia Tenggara. Pindah - Berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M. Batu - Penemuan Batu Tersurat Terengganu yang ditemui di Sg. Tersat di Kuala Berang mencatatkan wujudnya hubungan perdagangan antara Terengganu dengan China. Seni bina- Unsur-unsur seni bina masjid di nusantara ada persamaan dgn unsur seni bina China.
(iii) Teori Islam datang dari India India - Islam dikemukakan di Asia Tenggara menerusi India. Hungronje - Dikemukakan oleh Snouck Hungronje. Hubungan - Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dgn Asia Tenggara. Nisan - Batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik,Jawa dan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India. Kebudayaan- Wujudnya unsur kebudayaan India di Asia Tenggara.
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA • Apakah faktor-faktor yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara • ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.179 ) • Perdagangan - Disebarkan oleh pedagang-pedagang yang datang • berdagang. • Sikap - Sikap terbuka dan kesediaan masyarakat Asia Tenggara. • Perkahwinan - Melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa. • Raja - Pengislaman raja dan golongan bangsawan menjadi ikutan • rakyat. • Kerajaan - Kerajaan Islam menyebarkan Islam ke tanah jajahan dan • negeri naungan. • Intelek - Kerajaan islam juga berperanan sebagai pusat kebudayaan • dan keintelektualan Islam. • Pendakwah - Pendakwah dihantar ke kawasan tertentu menyebarkan • Islam. • Istimewa - Keistimewaan Islam menarik minat masyarakat.
(b) Bagaimanakah Islam boleh tersebar di Asia Tenggara melalui perdagangan ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.175-176 & 179-180) Pedagang – Dakwah islamiah disebarkan oleh pedagang Islam berketurunan Arab,China dan India yang berdagang ke Asia Tenggara. Singgah - Mereka singgah di pelabuhan Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun. Bual - Menjadikan kepercayaan dan agama Islam sebagai tajuk perbualan dengan pedagang tempatan. Bawa - Pedagang Islam membawa ulama bersama-sama mereka untuk menyebarkan Islam. Menetap - Mereka menetap dan membina perkampungan. Kampung - Perkampungan Islam menjadi pusat perbincangan agama Islam. Kahwin - Ada di antara mereka yang mengahwini wanita tempatan. Nilai - Nilai-nilai Islam yang yang diperlihat menarik minat penduduk tempatan mendalami Islam. Terpuji - Sifat terpuji yang dimiliki oleh pedagang Islam menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam.
Baik - Pedagang Islam mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah tempatan. Istimewa - Pedagang Islam menggunakan keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah untuk berdakwah. Syahbandar - Mereka menggunakan jawatan syahbandar yang dianugerah oleh pemerintah untuk menyebarkan Islam. [14 x 2m = Mak.12 markah ]
PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA • Apakah unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam dalam bidang • pemerintahan dan pentadbiran kerajaan di Asia Tenggara? • ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.185-187) • Institusi - Institusi kesultanan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah • dan kerajaan Turki Uthmaniyah diperkenalkan. • Ketua - Sultan diletakkan sebagai ketua negara. • Mufti - Mufti dilantik sebagai penasihat sultan. • Pegawai - Pegawai dan petugas seperti kadi,khatib,bilal,pemungut zakat, • penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf diwujudkan. • Sultan - Pemerintah menggunakan gelaran Sultan. • Gelaran - Raja-raja diberi gelaran Khalifatul Mukminin dan Zilullah fil Alam • Agama - Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam. • Khalifah - Sultan dianggap khalifah Allah dan harus adil. • Pentadbiran - Sultan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. • Nama - Nama raja juga menggunakan nama Islam. • Syariah - Kerajaan Islam memperkenal undang-undang syariah. • Praktik - Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas. • Jihad - Islam menggerakkan semangat jihad menentang penjajah.
(b) Berikan kegunaan tulisan jawi • ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.188-189 ) • Tulisan rasmi dalam pentadbiran • Untuk membaca dan menulis bahan kesusasteraan • Menjadi bahasa lingua franca / bahasa perantaraan antara pedagang • Bahasa ilmu • Tulisan dalam seni khat dan seni ukir [5 x 1m = Mak. 2 markah ]
(c) Nyatakan perubahan-perubahan dalam cara hidup masyarakat selepas • kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara. • ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.189-190 ) • Kepercayaan animisme berubah kepada kepercayaan kepada Allah • Cara hidup Islam diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat • Islam dijadikan ad-din • Cara berpakaian berorientasikan Islam • Sistem sosial berkonsepkan persaudaraan dan persamaan taraf • Nilai akhlak Islam menjadi panduan dalam kehidupan harian • Amalan bersatu-padu digalakkan dalam masyarakat [7 x 1m = Mak.3 markah ]
(d) Apakah perubahan yang dibawa oleh islam dalam bidang ekonomi • masyarakat Asia Tenggara? • ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.190 ) • Institusi Baitulmal diperkenalkan • Konsep mencari rezeki yang halal • Galakan menceburi bidang perniagaan • Amalan riba,penindasan dan penipuan adalah satu kesalahan • Nilai-nilai murni dalam ekonomi digalakkan [5 x 1m = Mak. 2 markah ]
(b) Bagaimanakah pengaruh Islam memberi kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan di Asia Tenggara ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.187-188 ) Peluang - Peluang mendapatkan pendidikan terbuka kepada golongan awam Sikap - Sikap mementingkan ilmu pengetahuan dapat ditanam ke dalam jiwa masyarakat. Formal - Wujudnya institusi pendidikan formal seperti istana,pondok, pesantren,madrasah dan surau. Terjemah - Munculnya pusat penterjemahan karya agama. Pondok - Pendidikan pondok meluas di negara-negara Asia Tenggara. Sistematik - Wujudnya sistem pendidikan yang lebih sistematik yang berasaskan peringkat pendidikan. Luar - Institusi pendidikan di Asia Tenggara menerima pelajar dari luar. Wanita - Wanita mendapat peluang belajar dan memegang jawatan. [8 x 2m = Mak.8 markah ]
PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA • Nyatakan kesan-kesan kedatangan Islam terhadap perkembangan • bahasa dan kesusasteraan Melayu di Nusantara. • ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.188-189 ) • Kewujudan tulisan jawi • Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran • Bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran dan perdagangan • Bahasa Melayu menjadi lingua franca • Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu • Bahasa Melayu meminjam istilah bahasa Arab • Gaya bahasa Melayu dipengaruhi gaya dan tatabahasa Arab • Kesusasteraan melayu dipengaruhi bentuk sastera Islam • Fungsi sastera sudah berubah daripada hiburan kepada tujuan mengkritik [9 x 1m = Mak.3 markah ]