120 likes | 712 Views
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan. Nama Betul
E N D
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan
Nama Betul Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama • yang: • konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, • atau dapat dirasa, atau dapat dilihat • abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat • dibayangkan atau dikhayalkan. • Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada • kata asal dan kata nama terbitan. • Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: • buai ‑ buaian • tua ‑ ketua • raja ‑ kerajaan • tahu ‑ pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:
* Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. * Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut • sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. • benda; misalnya : • Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang • Tuah, dll • b) orang; misalnya : • Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll • c) binatang ; misalnya : • Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll • d) tempat ; misalnya : • Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala • Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.