2.49k likes | 5.72k Views
KATA NAMA AM, KATA NAMA KHAS & KATA NAMA GANTI DIRI. KATA NAMA AM. Merujuk kepada: Manusia Haiwan Benda Tumbuh-tumbuhan Tempat Sesuatu yang abstrak secara am. Huruf awal perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat. Contohnya: kerani jururawat ayah badak
E N D
KATA NAMA AM • Merujuk kepada: • Manusia • Haiwan • Benda • Tumbuh-tumbuhan • Tempat • Sesuatu yang abstrak secara am. • Huruf awal perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.
Contohnya: • kerani • jururawat • ayah • badak • bunga raya • klinik • universiti • pekerjaan
KATA NAMA KHAS • Merujuk kepada: • Orang • Haiwan • Tempat • Benda secara khusus • Huruf awalnya ditulis dengan huruf besar.
Contohnya: • Najihah • Encik Wong • Pak Cik Mail • Universiti Malaya • Sungai Pahang • Proton Persona
KATA GANTI NAMA • Digunakan untuk menjadi pengganti nama dan dibahagikan kepada: • Kata ganti nama diri pertama – saya, aku beta, hamba, daku, patik, kami dan kita. • Kata ganti nama diri kedua – awak, anda engkau, tuanku, kamu dan kalian. • Kata ganti nama diri ketiga – dia, ia, baginda, beliau dan mereka.
Kata ganti nama tunjuk – itu dan ini. • Kata ganti nama diri tak tentu - apa-apa, bila-bila, mana-mana dansiapa-siapa / sesiapa. • Kata ganti nama tanya – apa, siapa, bila dan mana • Kata ganti nama tempat – sini, sana dan situ.
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul • “Ada sesiapa di _______ yang kehilangan jam tangan?” tanya Syamsul. (sana, sini, situ) • Para pelajar itu didenda oleh guru disiplin kerana _______ kerap ponteng sekolah. (dia, mereka, kalian) • Ibu, _________ hendak ke sekolah,” kata Hisham kepada ibunya. (saya, aku, dia)
Abang meletakkan topi kaledar di ______ meja. (atas, dalam, luar). • “________ nama ibu negeri Kedah?” tanya Cikgu salmi kepada murid-muridnya. (Siapakah, Apakah, Manakah)
B. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama yang paling sesuai. patiknenek Palestin bunga mawar Sungai Pahang • “Ampun tuanku, ______ datang menghadap,” kata Datuk Bendahara kepada Sultan Mahmud. • ________ ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
Sudah seminggu ______ di hospital kerana mengalami sesak nafas. • Ayah menghadiahkan sejambak ________ bunga mawar kepada ibu bersempena hari lahir ibu. • Tindakan Israel yang melampaui batas menyebabkan rakyat ______ hidup menderita.
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. • Hadri datang lewat ke sekolah hari ini. ______ didenda oleh guru disiplin. • Ia • Dia • Beliau • Mereka
_______ terpeinci sedang dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti punca kemalangan yang berlaku. • Lawatan • Siasatan • Intipan • Risikan
Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada _______ masa sahaja. • apa-apa • bila-bila • mana-mana • siapa-siapa
Syarikat Suria menaglami ______ yang banyak akibat kemerosotan ekonomi. • penyusutan • pengecutan • kemunduran • kerugian
“Perlawanan petang ini penting untuk ______” kata jurulatih bola jaring itu kepada anak-anak buahnya. • kami • kita • mereka • aku
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin slah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. pilih jawapan yang paling sesuai. • Penduduk di taman Dahlia akan memulakan A memulakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahanmereka B C pada hari Ahad. Tiada kesalahan. D
Kegigihan Badrul dalam mengulang kaji pelajarannya membuahkan hasil apabila A beliau mendapat keputusan yang cemerlang B C dalam PMR. Tiada kesalahan. D
“Tuanku, tentera-tentera Kota Cendana akan menyerang negeri beta pada bila-bila masa A B masa sahaja” sembah Laksamana Arjuna C kepada Raja Indra. Tiada kesalahan. D
Sejak berkahwin dengan Dato’ Rahman, Liza A tidak pernah pulang ke kampung untuk B melawat ibunya yang menghidapi barah dan B sedang tenat. Tiada kesalahan. D
“Semua pelajar yang berada di dalam dewan A ini perlu berkumpul di dataran perhimpunan B sekarang,” kata guru disiplin itu. Tiada C D kesalahan.
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. • Kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas kerana mereka memandu dengan laju walaupun hujan lebat. • dia memandu dengan perlahan • beliau memandu dengan perlahan • dia memandu dengan laju • mereka memandu dengan laju
Siapa-siapa pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di hadapan hotel ini akan didenda. • Bila-bila pemilik kenderaan • Apa-apa pemilik kenderaan • Mana-mana pemilik kenderaan • Siapa-siapa pemilik
Aina dan keluarga beliau akan melancong ke Australia pada musim cuti sekolah ini. • Aina dan keluarga kalian • Aina dan keluarga dia • Aina dan keluarganya • Aina dan keluarga beliau
Pilih ayat yang betul • I “Petang ini saya ada latihan bola baling di sekolah,” kata Raju. II Kita harus membantu satu sama lain didalam menjayakan projek ini. III Mereka mencadangkan agar bangunan lama itu dibaiki untuk kepentingan bersama. IV Beberapa orang anak Mak Cik Esah menyambung pelajaran kalian di universiti.
I Hani masihbelummenerimatawarankerjadaripadamana-manasyarikat. II DiladanLinadidendakeranakitalambattibakesekolah. III KehidupanDatinJamilahsangatmewahapabiladiaberkahwindenganDato’ Azhar, seorangusahawan yang berjaya. IV “Bilanamakucingitu?” tanya Tina kepada Linda. A I dan II B I dan III C I, II dan III D I, III dan IV
I Beberapa orang peninjusedangmeningkatkan stamina merekauntukperlawanan yang akandatang. II Sesiapa yang berminatuntukmemasukiKelabTaekwandobolehmemberinamakepadaCikgu Ismail. III Tuankutidakmahudigangguapabiladiasedangberadu di kamar. IV Alinatidakpergikemana pun padahujungmingguini. A I dan II B II dan III C I, II dan III D II, III dan IV