1.16k likes | 1.71k Views
BBM 3103 : Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – Bersemuka Kedua 13 April 2013. PROF MADYA DR. ARBA’IE SUJUD JBM , FBMK,UPM . arbaie@fbmk.upm.edu.my 013-3641145, 03-89468662. Fokus Perbincangan. Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera Bahasa Dan Sastera: Dari Prespektif Kajian Bahasa
E N D
BBM 3103 : Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – Bersemuka Kedua 13 April 2013 PROF MADYA DR. ARBA’IE SUJUD JBM, FBMK,UPM. arbaie@fbmk.upm.edu.my 013-3641145, 03-89468662
Fokus Perbincangan • Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera • Bahasa Dan Sastera: Dari Prespektif Kajian Bahasa • Bahasa Sastera Cerminan Budaya Masyarakat • Teks Sastera Berdasarkan Penelitian Linguistik • Format Peperiksaan Akhir
Bahan Pembelajaran • Modul Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – BBM 3103 (Unit-unit tertentu) • Arba’ie Sujud.2010 . Apresiasi Bahasa: Interpretasi dan Ekspresi.Kuala Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.
Hubungan dan Sastera B A H A N S A S T E R A Bahasa Sastera KEHALUSAN
Hubungan Bahasa dan Sastera • Perkaitan Bahasa dan Sastera? • Komunikasi • Kesenian/Kehalusan • Kuasa Bahasa. • Berfungsinya bahasa, sehingga dapat merobah tanggapan, perasaan dan keperibadian seseorang. Bahasa mempunyai kuasa -Aristotle
Bahasa juga merupakan suatu seni. • Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. • Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’.
Deviasi dari Prespektif Stilistik • Deviasi bahasa semakin jelas dilihat jika sistem dalam sesuatu bahasa semakin terperinci. • Deviasi - penggunaan bahasa yang terkeluar daripada sistem peraturan tatabahasa. • Penyimpang diklasifikasikan mengikut bidang/disiplin bahasa.
Aspek Deviasi Bahasa • Penyimpangan Morfologi - Morfologi bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. • Penyimpangan Sintaksis- Ayat yang tidak selamanya mengikut rumus tatabahasa. • Penyimpangan Semantik - kata yang digunakan menyimpang daripada rumus tatabahasa tetapi sesuai digunakan untuk mendapatkan ketepatan dengan pernyataan perasaan serta pengalaman penulis.
Repitasi • Perulangan dilakukan dengan sengaja dan mempunyai tujuan tertentu. • Perulangan- rima, diksi, baris dan frasa, sintaksis dan rangkap. • Perulangan -rima adalah perulangan bunyi akan menghasilkan bentuk tertentu- bentuk konvensional, semi-konvensional atau bebas.
Perulangan Baris- bertujuan menambah keindahan, bentuk dan pola puisi. • Perulangan baris panjang, baris pendek dan baris seimbang. • Perulangan baris menghasilkan bentuk dan pola puisi tradisional / moden / bebas • Menghasilkan kebebasan & keterbukaan pemikiran idea yang digagaskan.
Penggabungan teknik perulangan baris dengan embjement dilakukan untuk menghasilkan bentuk visual sajak. • Perulangan baris - menghasilkan bentuk lihatan sajak bebas dengan baris-barisnya tidak seimbang. • Menghasilkan bentuk / pola sajak konkrit atau visual (RB&AS:101)
Pemilihan kata atau diksi menghasilkan bentuk lihatan.(RBAS:104). • Pemilihan diksi, penyusunan kalimat serta bentuk-bentuk ada kaitan dengan makna. • Perulangan kata sama ada di awal, di tengah atau di akhir sesebuah sajak bertujuan tertentu. • Perulangan merupakan teknik -menerapkan elemen bahasa secara maksimum melalui kata, frasa dan kalimat mengikut kesesuaian untuk menyampaikan pemikiran. (RBAS:105)
Perulangan perulangan bertujuan untuk mempertegas sesuatu penyataan atau pemikiran. • Kepelbagaian perulangan menimbulkan keragaman. • Perulangan bukanlah sesuatu pembaziran tetapi merupakan satu daripada ragam bahasa dalam karya kreatif imaginatif.
Kuliah Bersemuka Kedua Stilistika : Penelitian Bahasa dan Sastera
Hubungan Bahasa dan Sastera • Bahasa sebagai medium – alat untuk menyampaikan maksud/maklumat. • Sifat bahasa sastera • Emotif • Diskriptif dan imaginatif • Kepelbagaian makna • Tersirat dan tersurat • Ragam kreatif
Bahasa Sastera • Lambang yang digunakan mengandungi makna-makna tertentu yang dapat mewakili maksud atau garapan idea penulis dan khalayak. • Setiap lambang mempunyai makna. • Lambang adalah sistem bahasa. • Bahasa sastera hidup dan sentiasa berkembang.
Fungsi Bahasa Kepada Penulis • Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. • Apakah maksud pernyataan tersebut? • Nyatakan rasionalnya, seorang penulis perlu menjadi tukang sibuk? • Bagaiamana bahasa berfungsi memperjelas maksud.
Bahasa Penulis • Retorik • Idealisme. • Imaginasi dan fantasi • Cerminan dan lontaran idea. • Tanggung jawab sosial
Tanggapan “Bahasa Sastera” • Bahasa jiwa. • Bersifat emosional • Orang seni / santun • Bagaimana penerimaan anda jika dikatakan begitu? • Mengapa? • Bagaimana? • Kenapa?
Kekuatan Bahasa dan Sastera • Makna yang disampaikan. • Kehalusan penyampaian • Keluhuran penafsiran • Kebijaksanaan • Kebenaran • Ketulusan dan ketelusan
FOKUS • Pengajaran Bahasa – SISTEM BAHASA • Penggunaan bahan Sastera – SENI BAHASA
SISTEM BAHASA • Tatabahasa • Morfologi • penggolongan kata • KN, KK, KA • Pembentukan kata • Kata tunggal, penggandaan, pemajmukan, pengimbuhan • Struktur kata • Berdasarkan suku kata / satu atau lebih suku kata
Sintaksis • Frasa • Klausa • Pola ayat • FN + FN • FN + FK • FN + FA • FN + FS • Jenis ayat • Ayat Penyata • Ayat tanya • Ayat Perintah • Ayat seruan
Bentuk ayat • Ayat tunggal • Ayat majmuk • Ragam ayat • Ayat pasif • Ayat aktif
Sistem Ejaan • Pola keselarasan vokal • Ejaan kata pinjaman • Sebutan dan Intonasi • Kosa Kata • sinonim • antonim
PERIBAHASA • Simpulan bahasa • Perumpamaan • Pepatah • Bidalan • Perbilangan • Lidah pendita • Tamsil • Ibarat
Peluasan • Untuk tujuan pengayaan bahasa dan penilaian bahasa dari sudut makna dan taraf peribahasa dapat berfungsi sebagai SENI BAHASA . • Penekanan bercirikan komponen dalam disiplin bahasa yang merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA DAN SASTERA:DARI PRESPEKTIF KAJIAN BAHASA
Bahan Sastera dalam P&P Bahasa • Penggunaan bahasa • Seni bahasa • Unsur Nilai / pengajaran / nilai murn • Tersurat / tersirat • Struktur bahan (tema / persoalan/ watak dan perwatakan / latar / gaya bahasa / nilai
PENGGUNAAN BAHASA • Seni Bahasa – unsur bahasa sastera yang memiliki nilai estetik / berseni / mengandungi pemikiran tersurat dan tersirat yang diungkapkan melalui : • Bahasa kiasan • Ragam bahasa
Bahasa Kiasan • Bentuk bahasa yang merujuk sesutu dengan mengkiaskan dengan pekara lain secara penyebutan perbandingan langsung atau tidak • Kurus macam lidi • Lebai Malang
Kiasan Asal • Kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang • Cantik bagai bidadari • Kulitnya halus, sehalus telus dikupas
Kiasan berpindah • Kiasan yang tidak menyebut bandingan secara langsung • Telinga kuali • Tidur ayam
Kiasan Terus • Kiasan yang mempunyai makna yang berlainan dengan makna asal • Kutu embun • Harimau berantai
Kiasan bersajak • Kiasan yang menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbungga atau bersajak . Sudah gaharu, cendana pula, Sudah tahu bertanya pula
Kiasan Berbunga • Kiasan yang menggunakan rangkai kata yang berbunga / diksi indah • Dunia ini luas bagi mereka yang bercinta (Hujang Pagi)
Kiasan Pemanis • Kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang kurang elok atau kurang manis mengikut kesesuaian budaya • Kamar kecil • Pergi ke sungai besar • Meninggal dunia
Kiasan berkacau • Kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara bahagian tertentu yang mengandungi unsur tidak logik. • Diam seribu bahasa
Percambahan Idea 1 • Berdasarkan genre sastera yang anda kenal pasti : • Tentukan contoh-contoh bahasa kiasan yang dapat dikesan. • Berikan maksud / interpretasi maksud bahasa kiasan yang dikenal pasti • Apakah tujuan penggunaan bahasa kiasan yang dikenal pasti?
Ragam Bahasa • Ciri gaya penceritaan tertentu menurut bidang penggunaan yang bertujuan untuk menguatkan dan mempertajam maksud supaya pembaca atau pendengar memperoleh kesan
Bahasa Sindiran • Pernyataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang yang tidak ditujukan secara tepat / dikias-kias. • Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga (sindiran)
Bahasa Menggiat • Seperti bahasa sindiran yang lazim bertujuan mengusik, bergurau atau serius sehingga menimbulkan kesan mendalam kepada yang berkenaan. • Boleh tahan jugak orang tua ni! • Amboi, besarnya hati kawan kita nak kahwin dengan puteri raja.
Bahasa Mengejek • Bahasa yang mengata / mengejek seseorang atau kumpulan dengan penggunaan kata yang memperlihatkan keburukan. Kata tersebut boleh menerbitkan rasa marah kepada mereka yang berkenaan. • Cerminlah betul-betul muka tu dulu. Ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal jangan nak duga lautan dalam.
Bahasa Terbalik • Diksi yang mempunyai maksud yang berlainan. • Hai, awal bangun, ayam pun tak masud reban lagi. • Makanlah jangan malu-malu. Kat dalam tu ada banyak lagi!
Bahasa turun • Bahasa yang menurun daripada beremotif tegang ke kendur. Lazim mengungkapkan unsur kelucuan. • Malang benar nasibnya. Dah jatuh ditimpa tangga, terhempap pula dek pasu bunga. Mula-mula hilang kereta, lepas tu tunang, dan baru ni hilang kawan…
Bahasa Naik • Diksi yang mengungkapkan emotif dari kendur ke emotif tegang untuk menuju puncak makna. • Sesuatu bangsa yang maju tidak cukup hanya dengan pemimpin yang bijak dan bercita-cita, tetapi memerlukan angkatan muda yang bukan saja cergas, tetapi juga bercita-cita. (Usman Awang)
Bahasa Besar • Bahasa yang mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan dan ada ketikanya tidak masuk akal. • Merdu suaranya tiada tolak banding, burung yang terbang, terhenti terbangnya, air yang mengalir terhenti alirnya…
Bahasa Kecil • Bahasa yang menggambarkan sesuatu yang kecil untuk tujuan merendahkan diri walaupun hakikatnya tidak. • Makanlah seadanya, inilah yang mampu dihidangkan.
Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA SASTERA CERMINAN BUDAYA MASYARAKAT