220 likes | 1.15k Views
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU. Penulisan Kata Dasar Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya: Keputusan itu adalah tidak adil. Pekerja tanpa izin itu telah pulang. Sungai itu agak dalam. Penulisan Kata Terbitan
E N D
SISTEM EJAAN RUMI BAHARUBAHASA MELAYU Penulisan Kata Dasar Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya: Keputusan itu adalah tidak adil. Pekerja tanpa izin itu telah pulang. Sungai itu agak dalam. Penulisan Kata Terbitan Kata terbitan atau kata turunan ialah kata dasar yang berimbuhan ( sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. MINGGU 5
Penulisan Kata Terbitan yang Berawalan Imbuhan Kata Kata Terbitan Awalan Dasar Anti karat antikarat Auto graf autograf Dwi bahasa dwibahasa Juru mudi jurumudi Poli klinik poliklinik Pra sekolah prasekolah Pro kerajaan prokerajaan Sub kategori subkategori Swa daya swadaya Tata susila tatasusila Tuna karya tunakarya
Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut: • Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa • Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya: bersikap anti pro dan kontra
Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar, contohnya: se-Nusantara se-Malaysia Penulisan Kata Terbitan yang Berakhiran Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut: Akhiran Kata Kata Terbitan Dasar -an minum minuman -ah ustaz ustazah -isme ego egoisme -kan masuk masukkan -man budi budiman -nita biduan biduanita -wan harta hartawan
Penulisan Kata Terbitan yang Berapitan Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut: Apitan Kata Dasar Kata Terbitan ber…an anggap beranggapan ber…kan dasar berdasarkan di…i iring diiringi di…kan umum diumumkan diper…kan tingkat dipertingkatkan ke…an sejuk kesejukan me…i kirim mengirimi me…kan hadiah menghadiahkan memper…i isteri memperisteri memper..kan hamba memperhambakan pe…an rasa perasaan penge..an had pengehadan ter..kan kata terkatakan
Penulisan Kata Terbitan yang Bersisipan Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut: Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan -el- tunjuk telunjuk -em- kuning kemuning -er- gigi gerigi -in- sambung sinambung Penulisan Kata Sendi Nama Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan dengannya. • Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya:
i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu. ii. Mereka berlayar menuju ke selatan. • Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya: i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral. ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari. • Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya: i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja. ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.
Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya: i. Adiknya tinggal di Kajang. ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan. Penulisan Kata Ganti Singkat (Klitik) Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku,mu, dan nya. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya: kaulihat kuamati kautulis kubaca kaubisik kudengar kauberi kuterima
Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya: kasihku kasihmu kasihnya rinduku rindumu rindunya temanku temanmu temannya Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang, contohnya: i. Adakah mereka berdoa kepada-Ku? ii. Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini! iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayah-Nya, dan petunjuk-Nya.
Penulisan Partikel Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun. Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu ada-lah adalah bimbing-lah bimbinglah siapa-kah siapakah bila-kah bilakah apa-tah apatah Partikel pun pula ditulis dengan dua cara, iaitu ditulis serangkai atau ditulis secara terpisah.
Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya: i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Pakaiannya pun tidak terurus. • Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu: adapun ataupun andaipun bagaimanapun biarpun kalaupun kendatipun lagipun mahupun meskipun sekalipun sungguhpun walaupun
Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang) Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan. Penulisan Kata Ulang Semu: anai-anai biri-biri hati-hati kuda-kuda kupu-kupu labah-labah labi-labi tupai-tupai laki-laki undang-undang
Penulisan Kata Ulang Jamak jawatan-jawatan borang-borang projek-projek dewan-dewan program-program aktiviti-aktiviti • Penulisan Kata Ulang Berentak bolak-balik gerak-geri mundar-mandir lauk-pauk kuih-muih ramah-tamah serba-serbi kucar-kacir • Penulisan Kata Ulang Berimbuhan keanak-anakan akhir-akhirnya bersiar-siar segala-galanya karang-mengarang menulis-nulis
Penulisan Gabungan Kata 1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah. i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah: air hujah duta besar balai raya jalan raya bom tangan luar biasa model linear garis lintang tengah hari nasi minyak ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah: hidup mati adik kakak ibu bapa miskin kaya tua muda besar kecil
iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah: buah hati hati batu bulan madu pilih kasih darah muda tangkai jering • Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan: Bentuk Dasar Bentuk Berulang balai raya balai-balai raya guru besar guru-guru besar kapal laut kapal-kapal laut kertas kerja kertas-kertas kerja
Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya. i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, ermasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai: ambil alih jadi pengambilalihan anak emas menganakemaskan lipat ganda melipatgandakan tidak adil ketidakadilan ii. Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis secara serangkai, dikenali sebagai bentuk yang mantap: antarabangsa pesuruhjaya bumiputera setiausaha jawatankuasa sukarela kakitangan suruhanjaya kerjasama warganegara tanggungjawab olahraga matahari tandatangan
iii. Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai: jawatankuasa jadi jawatankuasa- jawatankuasa pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruh- jaya tanggungjawab tanggungjawab- tanggungjawab iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan: setiausaha jadi kesetiausahaan tanggungjawab penanggungjawaban warganegara kewarganegaraaan tandatangan menandatangani
Penggunaan Tanda Sempang ( - ) Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, tanda sempang digunakan untuk: i. menulis semua jenis kata ulang (kata ganda): bukit-bukau gunung-ganang sekolah-sekolah kekuning-kuningan cita-cita keanak-anakan ii. memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris: Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan per- timbangan pihak Fakulti.
memperjelas ungkapan: ber-evolusi ber-revolusi • merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama: anti-Amerika hamba-Mu ISBN-nya pro-Malaysia • merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal: ke-24 ( kedua puluh empat) ke-125 ( keseratus dua puluh lima) • merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an: tahun 60-an (tahun enam puluhan) tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)
Menyatakan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah: alat-pandang dengar mesin-ketam roda-gigi