1 / 18

Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5

Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5. Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu , FBMK, UPM. Pengenalan. Pendapat A. Teeuw, “….Sejarah Melayu adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari kesusasteraan Melayu”.

Download Presentation

Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5 Prof. Madya Dr. ZaitulAzmabtZainonHamzah JabatanBahasaMelayu, FBMK, UPM

  2. Pengenalan • Pendapat A. Teeuw, • “….Sejarah Melayu adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari kesusasteraan Melayu”

  3. Kepentingan Sejarah Melayu • Rujukan bagi mengetahui segala hal yang berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak kehidupan masyarakat golongan istana pada zaman itu.

  4. Naskhah Sejarah Melayu Terbahagi kepada 3 jenis • naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London • Naskhah-naskhah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A Shellabear dan edisi Dulaurier • Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London

  5. Aspek Ketatanegaraan • Konsep kerajaan dan Negara • Satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar. • Jajahan takluk • Kuasa raja dalam menggubal undang-undang • Perlantikan raja dan pengganti • Konsep daulat dan derhaka

  6. Aspek Kesusasteraan • Aspek perwatakan • Teknik penceritaan • Penggunaan puisi tradisional • Penggunaan bahasa perlambangan

  7. Aspek budaya dan kemasyarakatan • Kedudukan raja Melayu dalam masyarakat • Pakaian diraja dan kelengkapannya • Adat Mengadap raja dan budaya di istana • Cara mengiringi raja • Senjata dan kelengkapan perang • Alat kebesaran dan perhiasan • Adat perkahwinan Perayaan dan adat Islam yang diamalkan • Amalan hidup rakyat jelata

  8. Pengarangan Sejarah Melayu • Naskhah Shellabear • “ maka berkata ia kepada fakir, hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, dan mudah-mudahan beroleh faedah ia daripadanya…” • Menunjukkan bahan kandungan SM disusun pada tahun 1612 M itu telah sedia ada, iaitu daripada Hikayat Melayu dari Goa yang dijadikan dasar atau rangka yang diperbaiki.

  9. Nakhkah Raffles 18 • “… maka fakir karanglah hikayat ini kama sama’tu min jaddi wa’abi dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadhrati baginda.maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni peraturan segala raja-raja….” • Menunjukkan SM turut menggunakan bahan-bahan dari riwayat orang tua-tua yang mengetahui salasilah raja-raja Melayu ketika itu.

  10. Pengarang Sejarah Melayu- Pandangan Winstedt • Tun Seri Lanang • Bendahara Paduka Raja Melaka • Keturunan Bendahara Melaka dan Johor • Hidup pada akhir abad ke-16-awal abad ke-17 • Menyelesaikan SM pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah • Seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni. • Rapat dengan golongan istana • Sudah membaca buku-buku hikayat seperti Hik.hamzah, Hik Muhammad Ali Hanafiah dsb • Mengetahu bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan Tamil.

  11. Pendapat Sheikh Nurudin Al Raniri • Sejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka Raja untuk menjunjung titah Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tarikh perintah itu dicatat pada 12 Rabiulawal tahun 1021 H bersamaan 13 Mei 1612 bertempat di Pasir Raja

  12. Pendapat tokoh tentang pengarang Sejarah Melayu • Ismail Hussein, “ Tun Seri Lanang bukan pengarang tetapi penyalin nakhkah asli yang dibawa dari Goa. • Penulis asal Sejarah Melayu ialah orang Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi. • Apabila Tun Seri Lanang(TSL) menyalin dan membangun semula Sejarah Melayu, beliau telah membuat banyak perubahan daripada nakhkah asal. • TSL mempunyai gaya bahasa yang indah dan khayalan yang segar.

  13. Seni Kepengarangan Sejarah Melayu • Pengarang ialah sebagai pewaris “yang empunya ceritera”. Istilah yang digunakan ialah …menurut yang empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah……. • Pengarang atau”penyalinnya” mengambil bahannya, malah ilhamnya daripada hasil terkumpul yang ditinggalkan oleh “ceritera orang tuha-tuha” • Pengarang Sulalatus Salatin misalnya berkata, bahawa dia menerima titah daripada rajanya supaya mengarangkan (diperbuatkan) “hikayat….perteturun segala raja-raja Melayu dengan isti’adatnya supaya didengar oleh anak cucu kita…..” dan untuk melaksanakan titah ini pengarang berkata bahawa “ fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan hati duli hadhrat baginda.

  14. Pengarang SS /SM tidak seluruhnya bertujuan untuk menyukakan hati duli hadhrat baginda. • Pengarang tidak selalu berusaha untuk menutup kesalahan raja atau untuk “menyorok” kisah buruk yang mungkin tidak disukai oleh raja atau keturunannya. • Pengarang cuba menceritakan apa yang “sebenarnya’ berlaku menurut ceritera orang dahulu kala. Contoh: • Kalaulah Sultan Mahmud Syah membaca hikayat SS /SM, mungkin baginda akan berasa malu atau murka kepada pengarangnya kerana menceritakan “kezaliman” raja membunuh Bendahara Tun Mutahir dan seluruh anggota keluarga semata-mata berdasarkan fitnah orang, tanpa usul periksa.

  15. Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai raja Melayu yang agung, yang gah, sehingga semua negeri dan raja-raja lain menyembah kepada beliau. Kemudian pengarang menceritakan kisah kejatuhan Sultan Mahmud ini apabila Portugis menawan Melaka. Sultan yang agung ini terpaksa lari ke Bentan dan apabila Portugis menyerang dan mengalahkan Bentan, baginda terpaksa lari ke hutan, berjalan “ terpelecok-pelecok” dan terpaksa meminta nasi daripada orang desa. Akhirnya baginda merempat ke Kampar dan di situ baginda meninggal dunia dalam keadaan yang hina dan tidak mempunyai kuasa agung lagi. • Pengarang menyampaikan cerita ini tanpa menyebelahi mana-mana pihak kerana dia bukan pengkritik atau pengulas tetapi “tukang cerita” atau seniman yang taat kepada warisannya, kepada cerita orang tuha-tuha dahulu kala. • Pengarang mahu pembacanya menyedari bahawa “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”

  16. Rumusan Kandungan Sejarah Melayu • Nakhkah Raffles 18 megandungi 31 bab dan kandungannya lebih tua daripada nakhkah Shellabear • Nakhkah Shellabear mengandungi 34 bab.

  17. Latihan • Nyatakan perbezaan kandungan antara Sejarah Melayu nakhkah Raffles 18 dengan nakhkah Shellabear.

  18. Sekian, terima kasih

More Related