280 likes | 605 Views
BAB 7 ISLAM HADHARI & HUB ETNIK. Hari ini kerajaan tlh memperkenalkan satu gagasan melalui pendekatan “Islam Hadhari” bagi mengembalikan semula keyakinan dan penghayatan umat Islam terhadap Islam & memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang kesempurnaan Islam.
E N D
BAB 7 ISLAM HADHARI & HUB ETNIK
Hari ini kerajaan tlh memperkenalkan satu gagasan melalui pendekatan “Islam Hadhari” bagi mengembalikan semula keyakinan dan penghayatan umat Islam terhadap Islam & memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang kesempurnaan Islam. • Prinsip Islam Hadhari tlh dijadikn satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sbg asas di dlm perancangan pembangunan Malaysia sbg sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020.
Penggunaan istilah 'Hadhari' tlhpun digunakn olh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi spt Ibnu Khaldun dlm kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' & pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yg cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yg dianggap hampir kpd maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dgn akhlak & spiritual.
L/BELAKANG ISLAM & ETNIK DI MALAYSIA • Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan rumpun bahasa/bangsa iaitu tergolong di dlm cabang Melayu Indonesia yg mengelompokkn bersama2nya Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Melanau, Bajau, Murut, Bugis & sebagainya • Islam adalah satu agama utk semua umat manusia tanpa mengira bangsa, iklim, warna kulit, kaya @ miskin & sebagainya. Keadaan ini menyebabkan Islam mudah diterima olh masyarakat dunia dlm proses penyebarannya & tlh menerima Islam dgn penuh keharmonian tanpa sebarang peperangan.
ISLAM HADHARI DAN PENGERTIANNYA • Pengertian Islam • Bahasa : diambil drp kata kerja “salima” yg mengandungi tiga makna iaitu : • Pertama : Tulen & suci dari sebarang kecacatan • zahir & batin • Kedua : Damai, aman & sejahtera. • Ketiga : Taat & menyerah. • Pengertian Islam dari segi istilah ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk & ikhlas serta jujur hati serta beriman dgn ajaran Allah yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW drp Allah SWT
Pengertian Hadhari • “Hadhari” berasal drp “hadharah” yg bermaksud kemajuan & peradaban. • Secara lengkap ialah: Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat & negara Malaysia yg bersifat menyeluruh, berdasarkan kpd perspektif Tamadun Islam • Islam Hadhari menumpukan pembangunan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan dr sudut keilmuan, pembangunan fizikal, ekonomi, kewangan, kesihatan dan sebagainya.
Pendekatan Islam Hadhari • Penggunaan kpd istilah Islam Hadhari itu adalah merupakan satu langkah utk mengembalikan umat • Islam agar menjadikan al-Quran & Sunnah sebagai pembina tamadun & peradaban masyarakat Malaysia. • Penggunaan pendekatan Islam ini akan dapat membuktikn bahawa ajaran Islam sememangnya mampu mendorong umatnya menjadi maju & dpt mencapai kejayaan yg cemerlang di dunia & akhirat.
Pendekatan Islam yg dibawa ini akan memberikan penekanan kpd aspek pembangunan serta pembinaan peradaban manusia. Tumpuan juga akan diberikan kpd usaha utk mempertingkatkan kualiti kehidupan melalui jln menguasai ilmu, pembangunan insan & juga pembangunan fizikal.
Tujuan Islam Hadhari : (i) Menjaga, memartabat & memperkasakan agama. (ii) Menjaga, memartabat & memperkasakan akal. (iii) Menjaga, memartabat & memperkasakan nyawa. (iv) Menjaga, memartabat & memperkasakan keturunan. (v) Menjaga, memartabat & memperkasakan harta.
Prinsip-Prinsip Islam Hadhari 10 Prinsip Islam Hadhari yg digagaskan oleh Y.A.B PM Malaysia spt berikut : 1. Keimanan & Ketakwaan Kpd Allah. 2. Krjn yg Adil & Beramanah. 3. Rakyat yg Berjiwa Merdeka 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan 5. P’bangunan Ekon yg Seimbg & Komprehensif. 6. Kehidupan Berkualiti. 7. P’belaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita. 8. Keutuhan Budaya & Moral. 9. Pemeliharaan Alam Semulajadi. 10 Kekuatan Pertahanan.
PRINSIP ISLAM TERHADAP HUBUNGAN ETNIK • Tlh tercatat di dlm al-Quran yg mulia ttg hikmah Allah menciptakan manusia yg terdiri drpd lelaki & perempuan serta lahir drpdnya pelbagai bangsa & suku etnik. • Keistemewaan kejadian ini menurut al-Quran adlh utk manusia itu saling kenal mengenali antara satu dgn yg lain. • Firman Allah SWT yg bermaksud:
“Wahai manusia sesungguhnya Kami cipta kamu drpd lelaki & wanita dan kami m’jdkn kamu pelbagai bangsa, bersuku2 & berpuak, supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia2 kamu di sisi Allah ialah org yg lbh takwanya di antara kamu (bkn yg lbh keturunan @ bangsanya) Sesungguhnya Allah amat m’gthui lg amat m’dlm pengetahunya”
Melalui perhubungan yg dijlnkan di antara etnik ini akan memberikan satu proses pertukaran ilmu pengetahuan serta nilai2 murni masing2 & inilah yg membawa kpd kemajuan hidup bersama. • Prinsip Sosial Islam terhadap Hubungan Etnik bagi melihat dgn lebih lanjut berkenaan aspek hub. sosial Islam beberapa asas penting perlu dijadikan pegangan oleh setiap anggota masyarakat sebagai penghubung kpd melahirkan masyarakat yg harmoni.
Asas2 tersebut ialah • Berkenal-kenalan (al-Ta’ruf) • Tlh menjadi fitrah kpd manusia yg menjalani kehidupan ini perlukan kpd perhubungan & kasih sayang antara satu sama lain. • Ini bertujuan utk mereka berbaik2 antara satu sama lain dan dpt menjalani kehidupan bersama2 dlm keadaan yg aman dan sejahtera serta menjauhi permusuhan dan prasangka antara satu sama lain yg tidak akan mendatangkan keuntungan.
Islam menggalakkan utk umatnya mengenali dgn lebih dekat spt mengetahui l/belakang kehidupannya, keluarganya, keturunannya, pendidikannya, bahasanya, bangsanya, etniknya, budayanya & sebagainya. • (b) Saling Memahami (al-Tafahum) • Apabila bangsa2 yg wujud mampu utk memahami cara hidup, kepercayaan & budaya sesuatu bangsa dan etnik yg lain bererti akan wujud suasana hidup yg penuh dgn sifat kasih sayang dan bertimbangrasa.
Sebagai cthnya laungan azan di masjid & perhimpunan besaran2 mingguan pd setiap hari jumaat. Laungan azan dgn suara yg kuat & solat jumaat secara berjemaah di masjid adalah tuntutan dlm Islam. • W/pun ianya dilaungkan dgn suara yg kuat ditambahi pula dgn alat pembesar suara, ttp keadaan ini tidak akan membawa sebarang masalah krn ia harus difahami oleh penganut agama lain w/pun kadang2nya timbul rasa tidak selesa di kalangan mereka terutama pada waktu subuh.
Begitu juga dgn upacara sambutan hari Thaipusam bagi penganut Hindu yg berjalan beramai2 dgn memakai kavadi hingga mengganggu dan menyekat laluan j/raya. • Perayaan sambutan Tahun Baru China yg pada kebiasaannya apabila menjelang tgh mlm akan kedengaran bunyi bising letupan mercun. Semua ini tidak akan menimbulkan masalah apabila semua ahli masyarakat yg pelbagai ini memahaminya.
(c) Bekerjasama (ta’awwun) • Prinsip ini dianjurkan oleh Islam bagi memastikan wujudnya kemantapan kehidupan bermasyarakat sama ada di peringkat keluarga, jiran tetangga @ masyarakat. • Tolong menolong itu mestilah dlm bentuk kebaikan bukannya dlm bentuk kejahatan & kemaksiatan. Pertolongan yg digalakkan & diperintahkan utk dilaksanakan ini memenuhi pelbagai bentuk samada tenaga, harta benda @ buah fikiran • i. berupa kewangan spt zakat, infaq, sedekah • ii. bentuk bimbingan & tunjuk ajar @ nasihat jika ia • memerlukan bantuan dlm bentuk tersebut.
(d) Persaudaraan (Ukhuwah) • Islam menganjurkan hubungan berasaskan persaudaraan yg lebih bernilai yg didasari oleh iman & taqwa. • Islam juga menegah umatnya drp membina persaudaraan yg berasaskan semata2 kpd kebendaan, kesukuan, pertalian darah, pangkat dan bersifat keduniaan. • Pembinaan persaudaraan spt ini juga boleh disifatkan sebagai perhubungan persaudaraan yg didasari oleh hawa nafsu.
Islam menginginkan kpd umatnya agar kasih sayang yg timbul itu adalah kasih yg sebenar & ia mengasihi saudaranya spt mengasihi diri sendiri. • Persaudaraan ini akan terus utuh dan kukuh jika di bina berasaskan aqidah sekalipun berlainan kaum,bangsa,etnik,warna kulit,bahasa & sbgnya.
(e) Berkasih Sayang (Mahabbah) • W/pun setiap kaum seolah2 terpisah, namun mereka sebenarnya boleh disatukan dgn mewujudkn masyarakat penyayang & budaya saling menyayangi antara satu sama lain. • Pertalian kasih ini bukan hanya sesama muslim ttp juga utk bukan Islam, agar berada di dlm satu ikatan yg kukuh melalui ikatan hati & perasaan.
Namun begitu, penekanan kasih & sayang yg dianjurkan oleh Islam adalah lebih bersifat kasih sayang yg didasari oleh keimanan kpd Allah & RasulNya krn kasih sayang yg didasari oleh asas ini shj yg dpt menjamin kesejahteraan berkekalan di dunia & akhirat.
Prinsip Ekonomi Islam terhadap Hub. Etnik Rasulullah SAW sendiri pernah menjalankan aktiviti bersama orang bukan Islam yg terdiri drp gol yahudi di mana baginda menggadaikan baju besi kpd mereka. • Orang2 bukan Islam dpt menjalankn perniagaan di mana shj w/pun di kawasan yg majoritinya adalah orang Islam @ 100 peratus orang Islam dgn menjalankan pelbagai jenis perniagaan.
Bagi sebuah negara Islam, orang bukan Islam merupakan gol. yg dikategorikan sebagai gol. yg berlindung di bawah pemerintahan Islam (zimmi) spt yg tlh dilaksanakan pd. zaman Rasulullah & para Khulafa al-Rashidin dahulu dalam menjaga keamanan masyarakat & negara Islam. • Ahli anggota masyarakat yg bukan Islam di kenakan jizyah @ cukai kepala sebagai bayaran kpd tugas yg dilaksanakan oleh pemerintah Islam utk menjaga & melindungi hak2 orang2 bukan Islam.
kawasan yg majoritinya terdiri drp orang Islam & bercampur dgn penghuni yg bukan Islam & jumlah mereka sedikit ttp menetap di satu kawasan maka pemimpin Islam di kawasan tersebut perlu melantik wakil drp kalangan bukan Islam utk mewakili kawasan mereka bg menjaga kepentingan mereka di kawasan tersebut. • Manakala bagi kawasan yg penghuninya 100 peratus terdiri drp orang bukan Islam maka pemimpinnya mestilah di kalangan orang bukan Islam.
KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Islam adalah satu agama yg sempurna & bersifat global. Islam diturunkan oleh Allah SWT melalui Jibrail a.s & disampaikan kpd Nabi Muhammad SAW utk disebarkan ke seluruh pelusuk dunia serta kpd semua umat manusia tanpa mengira bangsa, etnik, warna kulit, rupa paras, iklim, geografi & sebagainya.