350 likes | 2k Views
1.Mempertingkatkan pembangunan industri buah-buahan, sayuran dan tanaman ladang secara komersil dan berdaya saing dengan tumpuan kepada kluster-kluster industri di zon-zon pengeluaran yang kekal.2. Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makan bagi mengatasi masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan yang berterusan..
E N D
3. 3. Pemindahkan teknologi tanaman kepada pegawai-pegawai Jabatan dan usahawan-usahawan melalui program pemerhatian dan promosi teknologi.
4. Mengenalpasti, mengumpul, menilai, memulihara kultivar-kultivar tanaman melalui aktiviti pembangunan pusat aboretum dan repositori dari ancaman pupus.
5. Mengeluar dan membekalkan benih tanaman berkualiti.
4. 6. Menilai, mengubahsuai dan merumuskan teknologi tanaman melalui program pemerhatian teknologi.
7. Memberi khidmat teknikal kepada usahawan dan agensi pembangunan pertanian dalam bidang teknologi pembiakan benih tanaman, agronomi tanaman, pengendalian pascatuai dan pemasaran.
8. Melaksanakan dan mempromosikan sistem perladangan untuk menjamin kualiti hasil tanaman yang baik melalui pengamalan Ladang Baik (GAP) dan perladangan organik.
5. SENARAI PROJEK/SUBPROJEK PEMBANGUNAN BAHAGIAN HORTIKULTUR
6. OBJEKTIF Untuk meningkatkan sekuriti makanan
Untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
Untuk mengukuhkan rantaian dengan sektor lain
Untuk mewujudkan sumber pertumbuhan baru bagi sektor pertanian
Untuk memulihara dan mengguna sumber semulajadi secara mampan
7. Arah Haluan Strategik Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
Rasionalisasi Penggunaan Sumber.
Memperkuatkan Daya Saing Dan Meliberalisasi Industri.
Memperkukuhkan Asas Ekonomi
8. 1. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengamalan teknologi terkini seperti guna benih yang berkualiti, penggunaan teknologi persekitaran terkawal seperti sistem fertigasi.
Mengurangkan Kerugian Pascatuai
Amalan-amalan pascatuai seperti, penentuan indek kematangan, dan aktiviti pembersihan, menggred dan membungkus dan edaran.
Mempergiatkan Penglibatan Sektor Swasta.
memberi sokongan kepada syarikat-syarikat perladangan meneroka bidang pengeluaran makanan secara besar-besaran.
9. 2. Rasionalisasi Penggunaan Sumber Mewujudkan Kawasan Pembangunan Tanaman makanan
Untuk memastikan bekalan tanaman makanan yang mencukupi untuk negara diwujudkan zon-zon pengeluaran yang merangkumi kawasan baru dan sedia ada seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan pembangunan tanah terbiar.
10. 3. Memperkuatkan Daya Saing Dan Meliberalisasi Industri . Memperbaiki Sistem Pemasaran
mempertingkatkan saluran pasaran yang selari seperti pasar tani, jualan terus, perladangan kontrak, bertujuan untuk mengurangkan bilangan perantara pemasaran (market intermediaries).
Memanfaatkan Peluang-Peluang Pasaran
memberi tumpuan kepada luang-luang pasaran tertentu (spacific niche markets) yang menitikberatkan kualiti melalui diferensiasi produk dan jenama produk seperti sayur-sayuran bebas racun perosak dan hasil perladangan organik.
11. 4. Memperkukuhkan Asas Ekonomi Memperkukuhkan Sokongan Institusi
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) akan menjurus kepada meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran, pengwujudan produk-produk baru, menangani masalah-masalah yang dihadapi dalam pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran tanaman makanan, Amalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM), bekalan benih bermutu yang mencukupi, Amalan .
12. Sistem Fertigasi Fertigasi ialah satu kaedah penanaman di mana baja (dalam bentuk larutan/ nutrien) diagihkan kepada zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan. Dua asas utama fertigasi melibatkan penggunaan baja (dalam bentuk larutan) dan juga sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media yang digunakan dijadikan sebagai satu alternatif untuk mengatasi masalah penanaman.
13. Kebaikan 1. Kawalan nutrien mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan.
2. Mengatasi masalah tanah tidak subur
3. Kepadatan tanaman yang tinggi meningkatkan hasil
4. Media tumbesaran dan persekitaran kerja yang bersih mengurangkan masalah serangan perosak dan penyakit.
5. Kualiti hasil yang lebih baik- rasa, struktur, ketahanan simpanan.
6. Penggunaan baja yang cekap mencapai sehingga 85% berbanding 30% dengan kaedah biasa /tabur.
7. Mengurangkan penggunaan racun ke atas tanaman jika menggunakan jejaring kalis serangga.
Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
9. Hasil lebih tinggi-boleh mencapai sehingga 6-7 kali ganda.
14. Keperluan Asas 1. Rumah lindungan (hujan)
2. Sistem pengairan (tangki nutrien, paip ladang, penitis, penapis,pam, injektor, tangki stok nutrien.)
3. Baja (khas) untuk fertigasi.
4. Sumber Air Bersih.
5. Alat pengukur pH dan EC meter
6. Bekas tanaman diladang dan semaian (polibeg dan pot semaian)
7. Media Tanaman.
8. Biji benih terpilih.
15. BAJA NUTRIEN Camporan bahan penyediaan baja mestilah lengkap dan seimbang dengan membekalkan mineral unsur makro dan mikro yang diperlukan seperti:-
Nitrogen(N)
Posforus (P) Unsur makro
Kaliaum (K)
Magnesium(Mg)
Kalsium (Ca)
Ferum (Fe)
Zink (Zn)
Mangan (Mn) Unsur mikro
Kuprum (Cu)
Boron (B)
Molibdenum (Mo)
Sulfur (S)
16. Formulasi set baja Formulasi campuran penyediaan baja disediakan dalam bentuk dua (2) set baja camporan.
Kedua-dua set baja ini tidak boleh di camporkan dalam keadaan kepekatan yang tinggi kerana akan terbentuk pemendakan atau sebatian diantara unsur kalsium dengan posfat atau sulfat.
Larutan asid atau alkali disediakan untukmenyelaraskan pH larutan baja.
17. Formulasi set baja Larutan asid atau alkali disediakan untukmenyelaraskan pH larutan baja.
Untuk menurunkan pH larutan baja disediakan larutan asid dengan mencairkan asid nitrik atau asid posforik,asid sitrik atau asid hidroklorik
Untuk menaikkan pH disediakan larutan alkali dengan melarutkan kalium karbonat/baikarbonat, kalium hidroksida atau natrium hidroksida
18. Contoh formulasi set baja Set A
Kalsium nitrat
Ferum chelated Set B
Kalium nitrat
Mono kalium fosfat
Kalium sulfat,
Magnesium sulfat, Mangan Sulfat, Kuprum sulfat,
Zink sulfat,
Asid boric, dan Natrium molibdat.
19. Media tanaman-ciri terbaik Pegangan air 60%-80%
Ada pengudaraan 20-40%
Boleh pegang atau serap nutrien
Kebolehan ubahsuai pH
Kebolehan penyusupan akar tanaman yang baik
Bebas penyakit.
Tidak mencemar alam sekitar.
20. Contoh Campuran media tanaman 1:1; habuk sabut: arang sekam
2:1; Habuk sabut:arang sekam
1:0; habuk saut 100%
21. Contoh Media Tanah
Pasir kasar atau halus
Arang halus (sekam padi, tempurung, kayu dll)
Habuk sabut
Abu (sekam, sawit)
Rockwool, perlite, vermiculalite dll
22. PEMBIAKKAN BAHAN TANAMAN 3 CARA PEMBIAKKAN
MENGAWAN-BIJI BENIH
TIDAK MENGAWAN ATAU TAMPANG.
TISU DIDIK
23. PEMBIAKAN BIJIBENIH Kategori Bijibenih
- Bijibenih Pembiakbaka;
- Bijibenih Asas;
- Bijibenih Daftar;
- Bijibenih Sah.
Negara import > 95% keperluan bijibenih sayuran
Pengeluaran Jabatan Pertanian < 2% keperluan negara
Jenis yg dibiakkan – bijibenih pendebungaan terbuka
…sambung
24. CIRI BIJI BENIH BERKUALITI KETULENAN VARIETI ATAU GENETIK YANG TINGGI
KADAR PERCAMBAHANYANG TINGGI
KECERGASAN YANG TINGGI
SEMPURNA IAITU TIDAK RETAK, PECAH, ROSAK ATAU CEDERA
SIHAT IAITU TIDAK BERPENYAKIT.
KANDUNGAN KELEMBAPAN YANG RENDAH
BEBAS DARI SERANGAN SEARANGGA DAN PENYAKIT.
KETULINAN FIZIKAL YANG TINAGGI IAITU BEBAS DARI BAHAN PENCEMAR SEPERTI BIJI BENIH RUMPAI, BIJI BENIH TANAMAN LAIN DAN JISIM LENGAI(BAGAHIAN POKOK, TANAH DAN LAIN-LAIN)
CIRI LAIN SEPERTI KESERAGAMAN, KEPADATAN BIJI BENIH, SAIZ, WARNA DAN RUPA KESELURUHANNYA BAIK.
DAYA PENGELUARAN TINGGI
25. KEPENTINGAN MEMILIH BIJI BENIH YANG BERKUALITI Menjmatkan kos penyelenggaraan dengan menggunakan biji benih yang mempunyai peratus percambahan yang tinggi. Ini akan mengurangkan kos sulaman.
Memberi hasil yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran kerana produk yang dihasilkan memenuhi cita rasa pelanggan atau pengguna.
Kurang penggunaan racun perosak dengan menggunakan benih yang rintang pada penyakit.
Memberi pulangan hasil yang tinggi
Kandungan kelembapan yang rendah akan memanjangkan jangkahayat biji benih.
26. KEPENTINGAN UJIAN BIJI BENIH Untuk menentukan kualiti biji benih adalah sesuai untuk ditanam.
Untuk mengenalpasti masalah dan punca kualiti biji benih.
Untuk menentukan samaada lot-lot biji benih mencapai piawai Biji Benih yang telah ditetapkan.
Untuk menentukan kualiti yang akan menjadi asas bagi harga biji benih dalam pasaran
27. Pembiakan tampang 3 CARA
CANTUMAN- CANTUMAN MATA TUNAS, BAJI,
PERAKARAN- KERATAN , TUT, LAYERING
TISU DIDIK.
28. TUT TELAH DIAMALKAN BERATUS TAHUN DAHULU.
DILAKUKAN PADA KEBANYAKAN TANAMAN JENIS BERKAYU.
CONTOH TANAMAN SEPERTI CIKU, JAMBU, JAMBU AIR, LIMAU DAN BEBERAPA JENIS POKOK BUNGA SEPERTI ROS, DAN PUDING
29. TUT PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Pisau yang tajam
Plastik pembalut
Tali rafia atau dawai halus.
Gunting pembiakan
tanah kompos yang lembab
hormon penggalak akar.
30. CARA MEMBUAT TUT PADA TANAMAN Pilih dahan yang sihat dari pokok bersaiz antara 1-1˝cm garispusat
Buat kelaran pada dahan tersebut sepanjang 1˝-2cm panjang dan buang kulitnya.
Kikis perlahan selaput kambium dengan belakang pisau. Kemudian sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas kelaran dahan tadi.
Kepalkan kompos yang lembab dan tekapkan pada kelaran tadi. Gunakan plastik terang untuk membalutnya. Ikat kedua hujung plastik.
Masa perakaran berlaku bergantung kepada jenis pokok. Contoh jambu batu dan jambu air memakan masa 1-1˝ bulan, ciku antara 4-6bulan dan limau manis antara 1˝-2 bulan.
31. Perladangan organik Perladangan organik adalah satu sistem pengeluaran tanaman mapan yang tidak menggunakan bahan kimia sintetik seperti baja kimia, racun perosak atau penggalak tumbesaran pokok. Ianya juga mengambilkira langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan memelihara biodiversiti (fauna dan flora) yang terdapat di persekitarannya.
32. Objektif Menjamin keselamatan makanan bebas dari kimia yang merbahaya, bahan toksik dan selamat dimakan .
Meningkatkan kualiti suasana kehidupan dikalangan usahawan tani dan pengguna.
33. Perladangan Secara Konvensional Penggunaan baja kimia dan racun perosak akan membantu meningkatkan hasil tanaman dengan cepat.
Akibat pengamalan yang berterusan akan menyebabkan kehilangan kesuburan tanah dimana tanah menjadi padat dan keras serta kehilangan nitrat secara larutlesap.
Menjejaskan kesihatan kepada pekerja yang menyembur racun perosak dan baja kimia pada tanaman .
Meninggalkan sisa baki racun pada tanaman sehingga menjejaskan kesihatan pada pengguna
34. Kepentingan Perladangan Organik Menghasilkan makanan yang selamat dan berkhasiat untuk menjamin kesihatan manusia.
Pengeluar dan pembeli akan memperolehi faedah bersama secara ekonomi dan kerohanian (spiritual).
Pertanian mampan (sustainable) dan mudah diamalkan-memelihara dan memperbaikki kesuburan tanah.
Memeliharan alam persekitaran-mengurangkan risiko dan pencemaran alam.
Menghasilkan makanan yang berkualiti tinggi dan dapat meningkatkan pertumbuhan penduduk sedunia.
Mengurangkan kos pengeluran- kedapatan bahan mentah dipersekitan yang lebih murah secara relatif.
35. APAKAH NATURAL FARMING Menggunakan sumber yang ada disekeliling kita termasuk mikroorganisma tempatan(IMO),tumbuhan ,haiwan dan faktor persekitaran.
Bahan-bahan input yang digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan.
Tidak menggunakan input kimia sintetik (baja,racun perosak, hormon) .
Tertumpu kepada petani kecil (1-2 ha) tetapi mencakupi bidang sayuran,buah-buahan,padi,perternakan lembu,ayam,itik
dan ikan
36. BAJA NATURAL FARMING BAJA KOMPOS-IMO 5
FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)
FERMENTED FRUIT JUICE (FFJ)
FISH AMINO ASID (FAA)
ORIENTAL HERBAL NUTRIENT(OHN)
GREEN FERTILIZER
PCa
CaP
BMW (BACTERIAL MINERAL WATER)
37. 7. Oriental Herbal Nutrients” (OHN)*OHN adalah persediaan herba seperti kulit kayu manis/ halia/ tongkui / bawang putih. Ambil kulit kayu manis dimasukkan dalam bekas dan rendam dengan air tapai selama 12 jam tutup dengan kertas. Kemudian masukkan gula merah1/3 daripada kulit kayu manis peramkan selama 5 hari . Masukkan air tapai sehingga terendam semua kulit kayu manis dan biarkan selama 7-10 hari. Simpan dalam bekas dan kulit kayu manis boleh diekstrak sehingga 5 kali.
38. Jenis Mikrob dalam IMO Terdiri dari berbagai campuran misteri kehidupan mikrob yang diketahui dan tidak diketahui dimana gabungan aktiviti tersebut menghasilkan kuasa yang menakjubkan.
Diantara mikrob yang terdapat seperti:-
bakteria fotosintetik,
Asotobacter (assimilasi nitrogen),
actinomyces,
yis, dan
bakteria laktik asid
39. KELEBIHAN IMO 5
1. Meningkatkan keupayaan pereputan dan menyediakan nutrien dalam bentuk yang boleh diambil oleh tanaman
2. Memperbaiki struktur tanah
3. Meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman
4. Kos pengeluaran menjadi lebih murah secara kompetitif
5. Sesuai bagi ladang organik dan konvensional
6. Boleh diproses sendiri oleh petani
7. Meningkatkan daya saing industri pertanian dengan industri lain
40. 7. Oriental Herbal Nutrients” (OHN)*OHN adalah persediaan herba seperti kulit kayu manis/ halia/ tongkui / bawang putih. Ambil kulit kayu manis dimasukkan dalam bekas dan rendam dengan air tapai selama 12 jam tutup dengan kertas. Kemudian masukkan gula merah1/3 daripada kulit kayu manis peramkan selama 5 hari . Masukkan air tapai sehingga terendam semua kulit kayu manis dan biarkan selama 7-10 hari. Simpan dalam bekas dan kulit kayu manis boleh diekstrak sehingga 5 kali.
41. 7b. OHN BAWANG PUTEH/HALIA Bahan:
1 kg bawang puteh @ 1 kg Halia
1 kg gula merah
Hiris bawang puteh @ halia . Gaulkan dengan gula merah . Masukan dalam bekas tutup dengan kertas . Selepas seminggu tapis.
Di sembur pada tanaman untuk mengawal serangan penyakit
42. KEMATANGAN DAN PENUAIAN SELAIN DARIPADA AMALAN KALTURA DI PERINGKAT LADANG, PENETUAN PERINGKAT KEMATANGAN DAN CARA PENUAIAN YANG BETUL AKAN MEMPENGARUHI KUALITI HASIL SESUATU KOMODITI TANAMAN.
43. KEMATANGAN SESUATU JENIS KOMODITI DIKATAKAN SUDAH MATANG APABILA MENCAPAI PERINGKAT PERKEMBANGAN TERTENTU DIMANA SELEPAS DIPETIK DAN MELALUI PENGENDALIAN LEPAS TUAI, MUTU KOMODITI TERSEBUT BOLEH DITERIMA OLEH PENGGUNA.
44. INDEK KEMATANGAN DIRUJUK KEPADA PARAMETER-PARAMETER YANG DAPAT DIGUNAKAN DALAM MEMBUAT ANGGARAN PERINGKAT KEMATANGAN YANG SESUAI BAGI PENUAIAN SESUATU KOMODITI
45. KAEDAH Sifat luaran ciri-ciri fizikal
perubahan kimia
ciri-ciri fisiologi
tempoh pengiraan hari atau minggu mengikut kalender perkembangan pembentukan buah.
46. PERUBAHAN SIFAT LUARAN CIRI FIZIKAL MANGGA MA224 Perubahan warna kulit- kulit buah bertukar dari hiaju tua menjadi kuning.
Tangkai pengasuh buah menjadi kering.
Rupa bentuk buah- Bahagian pipi atau bahu buah semakin membulat.
Ketumpatan bandingan – buah yang matang akan tenggelam apabila diapongkan didalam air.
Isi buah akan bertukar menjadi lebih lembut
47. Peringkat indek kematangan mangga MA224 Indek 1- Tidak matang, kulit buah warnya hiau. Tidak sesuai dituai.
Indek 2- Buah matang, warna kulit bertukar warna menjadi hijau muda dan berkilat dan sesuai untuk dituai dan pasaran jauh mengguna kapal.
Indek 3- Buah mula masak dan kulit buah bertukar menjadi hijau kekuningan dan sesuai dituai. Sesuai pasran jauh mengguna laluan udara
Indek 4- Buah hampir masak dan kulit buah bertukar menjadi kuning kehijauan. Sesuai untuk pasaran tempatan
Indek 5- Buah masak dan kulit buah bertukar menjadi kuning keseluruhan. Sesuai untuk pasaran tempatan.
Indek 6- Buah terlalu masak dan kulit buah bertukar menjadi kuning dengan sedikit oren. Sesuai untuk pasaran tempatan dan mempunyai jangkahayat yang pendek
49. Peringkat indek kematangan mangga cili Indek 1- Belum matang , kulit buah berwarna hijau. Boleh dipasarkan sebagai cili muda.
Indek 2- Buah telah matang, kulit buah berwarna hijau tua dan berkilat.
Indek 3- Buah hampir masak, warna kulit buah terdapat sedikit merah, hijau kemerahan.
Indek 4- Kulit buah berwarna merah dan sedikit hijau.
Indek 5- Kulit buah berwarna merah keseluruhan.
Indek 6- Terlalu matang, kulit buah berwarna merah kehitaman.
51. PERKARA-PERKARA AM
52. Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Konsep pembangunan projek TKPM :
Kerajaan Persekutuan sediakan kemudahan infrastruktur asas dan khidmat teknikal.
Kerajaan Negeri menyediakan tanah dan digazetkan sebagai TKPM.
Usahawan terlibat dalam pengeluaran makanan diprojek TKPM dikenakan sewaan tanah dengan kadar minimum.
Ciri-ciri Komersil Projek
Pendapatan peserta > RM3,000 sebulan
Pengeluaran Berterusan
Hasil yang berkualiti dan selamat dimakan
Saiz projek > 30 ha (TKPM Sayuran)
> 50 ha (TKPM Buah)
53. Cantasan dan kepentinganya.
Cantasan ialah suatu seni dan sains memotong sebahagian dari pokok untuk membentuk dan mengekalkan struktur pokok yang dikehendaki disamping membuang dahan-dahan yang berpenyakit
-Kebanyakan jenis tanaman memerlukan amalan pemangkasan terutama tanaman jenis buah-buahan .
-Amalan pemangkasan boleh meningkatkan hasil tanaman.
54. Jenis cantasan Cantasan pembentukan
Canatasan penjagaan
Cantasan pemulihan
55. Kepentingan cantasan.
Pokok kekal sihat dan membesar mengikut bentuk yang dikehendaki.
Mempengaruhi pokok mengeluarkan bunga dan buah yang seragam seterunya menjamin penghasilan buah yang bermutu.
Kanopi pokok tidak terlalu rimbun membolehkan pokok menerima lebih cahaya matahari .
Meningkatkan peredaran udara dipersekitan kanopi pokok .
Serangan penyakit dan perosak dapat dikawal dengan lebih berkesan sekali gus mengurangkan penggunaan racun.
Meningkatkan pengeluaran hasil.
56. CONTOH KAEDAH CANTASAN PEMBENTUKAN TEMBIKAI 1. Potong bahagian hujung sulur utama pada ruas kelima atau selepas daun sebenar yang ke 4 tumbuh. Ketika ini anak pokok berumur 10-15 hari selepas dipindah keladang.
2. Tunas baru yang keluar pada setiap ketiak daun dibiarkan tumbuh membesar untuk dijadikan tempat pengeluaran hasil.
57. CONTOH KAEDAH CANTASAN TEMBIKAI 3. Sulur yang keluar dilatih supaya tumbuh menjalar mengikut arah dikehendaki seperti berkedudukkan berbentuk silang antara sulur bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan selanjutnya.
4. Gunakan lidi dengan dibengkokkan berbentuk U atau V untuk mendapatkan posisi sulur tersebut.
58. CONTOH KAEDAH CANTASAN TEMBIKAI 5. Biarkan sulur membesar sehingga mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina. Simpan bunga betina pada ruas ke 7 serta buang bunga betina yang keluar sebelum atau selepas ruas ke 7 tadi. Jalankan pendebungaan berbantu untuk mendapatkan buah tembikai.Satu sulur di biarkan sebiji buah sahaja membesar.