110 likes | 1.31k Views
PENGURUSAN PRESTASI. PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI AWAM:. PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 2002 LAMPIRAN A2 : PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA LAMPIRAN A3 : PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN.
E N D
PENGURUSAN PRESTASI PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI AWAM: PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 2002 LAMPIRAN A2 : PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA LAMPIRAN A3 : PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI AWAM MELIBATKAN PROSES PENETAPAN SASARAN KERJA TAHUNAN, PENILAIAN PERLAKUAN DAN PENCAPAIAN KERJA PEGAWAI DALAM TEMPOH MASA TERTENTU BAGI MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI SESEBUAH JABATAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
PENGURUSAN PRESTASI • PENILAIAN PRESTASI ADALAH PROSES UNTUK MENILAI SAMADA SESEORANG INDIVIDU MEMENUHI SATU STANDARD PRESTASI YANG DITETAPKAN • PENILAIAN PRESTASI ADALAH TOOLS YANG BERTUJUAN: • - Menilai Prestasi Kerja • Memotivasikan Pekerja • Membangunkan Pekerja • PENILAIAN PRESTASI MEMPUNYAI PERHUBUNGAN STRATEGIK DENGAN MATLAMAT ORGANISASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
TUJUAN PENGURUSAN PRESTASI • Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai; • Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, pinjaman dan pertukaran sementara; • Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan dan anjakan gaji; • Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan; • Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan; dan • Memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkat prestasi serta motivasi pegawai. BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
SISTEM PENILAIAN PRESTASI • SASARAN KERJA TAHUNAN DAN KAJIAN SEMULA • PERTENGAHAN TAHUN • PENILAIAN OBJEKTIF YANG OBJEKTIF, ADIL DAN TELUS • PENGIKTIRAFAN KEGIATAN DAN SUMBANGAN • DI LUAR TUGAS RASMI • WAJARAN MARKAH MENGIKUT ASPEK PENILAIAN • PRESTASI SESUAI DENGAN PERANAN SETIAP KUMPULAN • PEGAWAI • BORANG LNPT MENGIKUT KUMPULAN PEGAWAI • PERANAN KETUA JABATAN, PEGAWAI DAN • PEGAWAI PENILAI • PERANAN PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA CIRI-CIRI SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI TERLIBAT : ~ KETUA JABATAN ~PEGAWAI YANG DINILAI~ PEGAWAI PENILAI PERTAMA ~PEGAWAI PENILAI KEDUA~ BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ~PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
ISU PENGURUSAN PRESTASI MARKAH PENILAIAN TIDAK MENGGAMBARKAN PRESTASI SEBENAR • Penilaian terlalu tinggi yang tidak menggambarkan prestasi sebenar • Adakah penilaian dilaksanakan secara objektif dan adil? • – isu sasaran, pencapaian dan penilaian kerja oleh Pegawai Penilai • PENGURUSAN PRESTASI • SKT tidak disediakan dengan teratur dan pada awal tahun -Pelbagai bentuk laporan pencapaian SKT dan Hasil Kerja • Kitaran proses pengurusan prestasi tidak ditepati • Kurang pemantauan oleh Ketua Jabatan/Bahagian/ Pengurusan Sumber Manusia • Peranan Panel Pembangunan Sumber Manusia • PEGAWAI DINILAI • Tidak menyediakan SKT pada • awal tahun • Hanya melapor apa yang • dilaksanakan pada tahun • berkenaan • Laporan Pencapaian SKT tidak • membantu Pegawai Penilai • dalam membuat penilaian • secara objektif • PEGAWAI PENILAI • Tidak merujuk Kepada Pencapaian SKT dan Hasil Kerja Pegawai Dinilai • Penilaian adalah: • Berdasarkan perspektif • Tidak merujuk kepada skala • Anggapan tanggungjawab • kepada Pegawai Dinilai
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Aras 13, Blok C1,Kompleks C I Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W. P. PUTRAJAYA MALAYSIA Tel. : 03-8885 3001 Faks : 03-8889 2187 E-mel : ismail@jpa.gov.my Ruj. Kami : JPA(S)K 256 16 127 klt .2 ( 12 ) Tarikh : 13 Disember 2007 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Y. Bhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Datuk / Datu / Dato', PENGURUSAN PENlLAlAN PRESTASI TAHUNAN PEGAWAI AWAM Saya dengan hormatnya merujuk perhatian Y. Bhg. Tan Sri/ Dato' Sri / Datuk / Datu / Dato' kepada perkara di atas. 2. Sepertimana Y. Bhg. Tan Sri/ Dato' Sri / Datuk / Datu / Dato'sedia maklum, kita kini menghampiri penghujung tahun 2007 dan semua kementerian dan jabatan kerajaan sedang dalam tindakan untuk melaksanakan penilaian prestasi tahunan pegawai masing-masing. Dalam hubungan ini, saya ingin menarik perhatian kepada isu penilaian yang tidak menggambarkan prestasi sebenar pegawai yang sering berlaku pada setiap tahun. Terdapat pegawai-pegawai yang menerima markah penilaian prestasi yang begitu tinggi tetapi tahap pencapaian tersebut tidak selari dengan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan dan sumbangan pegawai kepada organisasi. 3. Bagi memastikan penilaian prestasi yang objektif, adil dan boleh diyakini. maka saya berharap Y. Bhg. Tan Sri/ Dato' Sri / Datuk / Datu / Dato'akan mengingatkan kepada semua Pegawai Penilai untuk membuat penilaian secara bertanggungjawab dan adil yang benar-benar menggambarkan prestasi sebenar pegawai berdasarkan kepada pencapaian kerja, pengetahuan dan kemahiran, kualiti peribadi serta sumbangan pegawai dalam tahun yang dinilai.
4. Dalam hubungan ini juga, Pegawai Penilai yang memberi markah penilaian 90% dan ke atas hendaklah menyatakan dalam ulasan mereka aktiviti-aktiviti penghasilan nilai yang dihasilkan oleh Pegawai Yang Dinilai yang melayakkan pegawai berkenaan menerima penilaian cemerlang melebihi 90%. Ini termasuklah penambahbaikan atau pembaharuan kerja yang dilaksanakan, penyediaan kertas-kertas dasar, penerbitan, pembentangan di forum peringkat nasional dan antarabangsa atau lain-lain aktiviti yang memberi nilai kepada organisasi, perkhidmatan awam atau negara pada tahun yang dinilai. 5. Di samping itu, Panel Pembangunan Sumber Manusia di setiap kementerian dan jabatan perlulah memainkan peranan yang berkesan untuk mengesah dan menyelaras penilaian kepada semua pegawai di bawah penyeliaan masing-masing. Sekiranya terdapat keraguan terhadap markah penilaian yang diterima oleh seseorang pegawai, Panel Pembangunan Sumber Manusia perlulah mendapatkan kepastian daripada Pegawai Penilai. Begitu juga bagi pegawai yang berprestasi rendah, adalah menjadi tanggungjawab Panel untuk mengesyorkan bimbingan dan kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai. Sekian. ''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“ ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia