190 likes | 468 Views
APERTURE. Oleh: abourocky@Abu Ruqayyah Kelolaan: Kelab Lensa MCCH. Maksud Aperture. Aperture merujuk kepada IRIS yang terletak di dalam lensa di mana ia menentukan kadar kemasukan cahaya ke dalam lensa.
E N D
APERTURE Oleh: abourocky@Abu Ruqayyah Kelolaan: Kelab Lensa MCCH
Maksud Aperture • Aperture merujuk kepada IRIS yang terletak di dalam lensa di mana ia menentukan kadar kemasukan cahaya ke dalam lensa.
Semakin besar pembukaan IRIS bermakna semakin tinggi kadar cahaya yang masuk ke dalam lensa.
Oleh sebab itu, jika semakin besar pembukaan aperture maka imej di dalam skrin akan menjadi lebih terang dan jika pembukaannya kecil maka imej kelihatan gelap. Contoh:
Saiz aperture menurut perubahan saiz pembukaannya dipanggil nombor-f (f-number). f/1.4 > f/1.8 > f/2 > f/2.8 > f/3.5 > f/4 f/5.6 > f/8 > f/12 > f/16 > f/22> f/32
Aperture besar (wide aperture [WA]) merujuk kepada pembukaan iris yang besar. WA merujuk kepada nombor-f yang kecil. Jadi semakin kecil nombor-f bermakna pembukaan iris semakin besar. Contoh dari f/3.5 kepada f/2.8. • Aperture kecil (narrow aperture [NA]) merujuk kepada pembukaan iris yang kecil. NA merujuk kepada nombor-f yang besar. Jadi semakin besar nombor-f bermakna pembukaan iris semakin kecil. Contoh dari f/4 kepada f/8
Aperture bukan sahaja berperanan untuk menentukan kapasiti kemasukan cahya ke lensa, ia juga mengawal fokus ketajaman (Depth Of Field {DOF}) sesuatu imej di dalam skrin. • Dengan menggunakan NA maka DOF bagi sesuatu imej itu tinggi (DOF tebal). • Jika penggunaan WA diaplikasikan maka ia akan mengurangkan kadar DOF (DOF nipis) pada sesuatu imej.
FUNGSI-FUNGSI APERTURE BESAR (WIDE APERTURE)
1- Mengurangkan DOF imej di dalam skrin, seperti photo potrait manusia dan gambar haiwan.
2- Membentuk ketajaman sesuatu objek dalam skrin dan menjadikan objek-objek yang lain luar dari fokus lensa
3- Membentuk ketajaman satu bahagian yang kecil melalui penangkapan dekat(close-up) dan sekitarnya bersifat abstrak.
4- Memilih zon(objek) tertentu untuk ditonjolkan tanpa mengabaikan zon-zon yang lain.
5- Boleh membekukan objek yang bergerak pantas dengan bantuan kelajuan shutter yang tinggi.
FUNGSI-FUNGSI APERTURE KECIL (NARROW APERTURE)
1- Meningkatkan DOF pada imej apabila penangkapan dekat dilakukan untuk memastikan semua bentuk kelihatan tajam.
2. Memaksimumkan tahap perincian imej di dalam skrin seperti gambar pemandangan dan struktur binaan.
3- Mampu menjadikan bentuk latarbelakang objek yang bergerak kelihatan unik yang diistilahkan sebagai ‘panning’.
SEKIAN TERIMA KASIH