140 likes | 761 Views
ERGONOMIK DI PEJABAT Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail. ERGONOMIK DI PEJABAT. AHMAD RASDAN ISMAIL. MASALAH KESIHATAN PEKERJA PEJABAT Masalah Sakit Belakang lanya disebabkan oleh ketegangan otot di bahagian bawah belakang dan menyebabkan kerosakan pada cakera tulang belakang
E N D
ERGONOMIK DI PEJABATOleh: Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
MASALAH KESIHATAN PEKERJA PEJABAT • Masalah Sakit Belakang lanya disebabkan oleh ketegangan otot di bahagian bawah belakang dan menyebabkan kerosakan pada cakera tulang belakang • Masalah Sindrom Carpal Tunnel Berlaku disebabkan oleh saraf median di pergelangan tangan telah terhimpit oleh tendon yang mengalami keradangan dan menyebabkan pekerja merasa sakit dan kebas. • Sindrom Servikal Masalah ini disebabkan oleh cakera di saraf servikal yang ditunjukkan melalui simptomsimptom seperti kebas, sakit dan pembengkakan otot akibat pertindihan saraf servikal. ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
Tendinitis • Berlaku disebabkan oleh pembengkakan tendon di bahagian sendi • Pergerakan berulangan dalam keadaan yang statik boleh menyebabkan urat saraf menjadi terhimpit, tendon akan membengkak dan menghalang pengaliran darah. Ini adalah disebabkan oleh pergabungan masalah berikut: a) Melakukan aktiviti secara berulangan dengan cepat serta melebihi keupayaan sendiri b) Kedudukan postur yang tidak betul disebabkan oleh tabiat dan cara kerja yang salah c) Masa rehat yang diberikan tidak mencukupi ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
PENGURUSAN RISIKO • Pekerja dan Majikan majikan sepatutnya mengenal pasti masalah yang berlaku di tempat kerja dan menanganinya dengan segera. pekerja juga penting di mana pekerja seharusnya belajar untuk melakukan perubahan dari segi susun atur dan sebagainya di tempat kerja • Perubahan Cara Kerja a) Bagi aktiviti yang berulang yang boleh dielakkan sepatutnya dihapuskan terus b) Memudahkan cara kerja yang sedia ada c) Sekiranya aktiviti berulang harus dilakukan juga, ia sepatutnya diperluaskan supaya pekerja dapat melakukan pelbagai kerja ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
Pusingan Kerja • Postur yang Baik a) Duduk tegak menghadap komputer dengan bahagian belakang dalam keadaan yang lurus untuk mengelakkan otot-otot dari menegang. b) Kepala dalam keadaan yang selesa iaitu tidak terlalu mendongak ataupun terlalu tunduk c) Kekalkan pergelangan tangan dalam keadaan yang lurus supaya ianya tidak menekan pada permukaan yang keras atau pada bucu yang tajam. d) Pastikan paha dalam keadaan yang selari dengan lantai supaya ia tidak menekan bahagian bawah paha e)Pastikan kaki berada dalam paras yang rata, sekiranya kaki tergantung lapiklah sesuatu supaya kaki dapat berada dalam keadaan yang lebih selesa f)Pastikan siku rapat dengan badan, ini untuk mengelakkan rasa tegang pad a otot bahu dan leher ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
Pengubahsuaian Tempat Kerja • Kerusi yang boleh dilaraskan • Kedudukan papan kekunci dalam keadaan yang betul dan selari dengan kedudukan badan • Bahagian atas monitor komputer mestilah berada pada paras mata • Reka Bentuk Ruang Tempat Kerja a) Meja seharusnya cukup luas untuk meletakkan komputer dan papan kekunci serta mempunyai ruang untuk menulis. b) Menggunakan meja berbentuk L supaya memudahkan penggunaan komputer dan juga untuk tujuan menulis dapat diasingkan. ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
Contoh ruang kerja yang sesuai di pejabat ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
Pilih kerusi yang berciri seperti berikut: a) Kerusi mesti stabil dan boleh-ubah sepenuhnya dan mudah diubahsuai dari keadaan duduk. b)Jika penggerakan diperlukan (untuk pekerja pejabat) roda mesti dipasang kepada kerusi. c) Jika roda digunakan, kerusi ini harus mempunyai lima penyokong untuk mengelakkannya tumbang. d) Kerusi mesti mempunyai penyokong belakang yang berlapik dan ianya boleh dilaraskan turun dan naik dan depan-belakang dan tepi hadapan untuk menyokong lumbar sepenuhnya. e) Ketinggian kerusi mesti boleh di laras. f) Panjang alas duduk mesti berpadanan. g) Mesti terdapat ruang yang cukup antara bahagian depan kerusi dan bahagian belakang lutut. ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
h) Bahagian depan kerusi mesti dalam bentuk lengkungan dan ianya memberi ruang yang cukup untuk paha dan dapat mengelakkan pengurangan perkitaran darah. i) Tempat dud uk mestilah sedikit menurun ke belakang (1- 5°). j) Sudut antara penyandar dan tempat duduk sepatutnya 100°. k) Tempat duduk dan penyandar mesti dari fabrik yang boleh mengawal pengedaran udara dan boleh tahan tekanan. l) Pemilihan fabrik juga hendaklah dari jenis yang tidak licin, menyerap haba dan ketebalan kerusi yang tidak melebihi 2 inci. m) Pusingan bahagian abdomen semasa bekerja mesti dielakkan, jika perlu pastikan kerusi tersebut boleh dipusingkan. ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
n) Jika ketinggian tempat duduk tersebut tidak boleh diubah pastikan tempat letak kaki disediakan untuk melegakan tekanan pada bahagian paha. o)Jika alat meletak kaki digunakan pastikan ianya mempunyai sudut yang menghadap pengguna. Mesti menyokong kedua-dua tapak kaki dengan permukaannya dari jenis bahan tahan gelincir. p) Penyokong tangan perlu diadakan jika kerja memerlukan tangan berada jauh dari badan. q) Penyokong tangan ini perlu diletakkan pelapik yang bersesuaian. r) Penyokong kepala pula diperlukan jika kerja memerlukan kepala pengguna diletakkan di hadapan atau belakang dalam waktu yang lama. s) Dalam mendapat postur kerja yang baik, ianya perlu mempunyai permukaan kerja yang boleh laras. ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL
Pencahayaan yang baik Silau dapat dielakkan dengan cara berikut: • Menempatkan cahaya di tempat yang betul dan ini dapat mengelakkan berlakunya silau. • Silau dari cahaya luar boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan monitor. • Elakkan tingkap di hadapan atau di belakang komputer. Gunakan langsir atau bidai untuk menghalang cahaya luar yang berlebihan. • Aksesori tambahan • Menggunakan alas kaki yang boleh dilaraskan ketinggiannya. • Kusyen yang digunakan untuk menyokong bahagian belakang. • Pelapik pergelangan tangan (wrist rest). ERGONOMIK DI PEJABAT AHMAD RASDAN ISMAIL