460 likes | 1.42k Views
MODUL BAHASA MELAYU STF TAHUN 2008. SEKAPUR SIRIH .
E N D
SEKAPUR SIRIH Modul ini mengandungi elemen-elemen kurikulum yang berfokuskan kepada penambahbaikan dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran tersebut. Set-set bimbingan dan panduan merangkumi kelemahan-kelemahan murid, panduan guru, dan contoh kemahiran serta aktiviti sesuatu topik dalam bentuk yang mudah dan sesuai untuk murid tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, diharapkan melalui modul ini masalah pembelajaran mereka di peringkat awal dapat diatasi bagi kepentingan kemajuan pelajaran mereka seterusnya. Semoga penghasilan modul ini dapat membantu semua pihak menjayakan Skim Tuisyen Felda untuk mengurangkan jurang pencapaian antara murid yang berkemampuan dengan yang kurang berkemampuan dan kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat yang lebih tinggi akan meningkat.
CIRI-CIRI MODUL 1. Membantu guru-guru STF menjalankan P&P dengan lebih berkesan. 2. Membantu murid yang lemah memperoleh penguasaan minimum dalam setiap elemen bahasa. 3.Cadangan aktiviti yang disediakan, guru boleh mengubahsuai mengikut keperluan pelajar. 4. Soalan-soalan yang diagihkan kepada pelajar untuk tujuan latihan perlu dibincang bersama pelajar berpandukan teknik menjawab dengan betul.
KANDUNGAN TATABAHASA PEMAHAMAN PENULISAN
Menggunakan imbuhan yang tepat. • me : l, m, n, ng, ny, r, w • mem : b, “p”, “f” • men : c, d, j, “t” • meng : a, e, i, o, u, g, h, “k” • meny : “s” • menge : (cat, pos, lap, tin) * fkspt – Fatimah kalau sakit pergi tidur
Menggunakan ejaan yang betul. Contoh:
Imbuhan (i) dan (kan) • Selepas imbuhan (i) mestilah bertemu dengan kata nama benda yang hidup. • Selepas imbuhan (kan) mestilah bertemudengan kata nama benda yang tidak hidup. • Contoh: • Cikgu menghadiahi Ali sebuah buku. • Cikgu menghadiahkan sebuah buku kepada Ali.
Kesalahan Struktur Ayat • Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda. • Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan anda. • Dia tidak terlibat di dalam urusan itu. • Dia tidak terlibat dalam urusan itu. • Di masa ini saya berada di dalam kandungan sihat. • Pada masa ini saya berada dalam keadaan sihat.
Kesalahan Perbendaharaan Kata • Dia menerima sepucuk surat dari abangnya. • Dia menerima sepucuk surat daripada abangnya. • Dia datang bila dipanggil. • Dia datang apabila dipanggil. • Banyak orang berkelah di pantai itu. • Kebanyakan orang berkelah di pantai itu.
Kesalahan Perbendaharaan Kata • Adik saya sudah boleh membaca buku cerita. • Adik saya sudah dapat membaca buku cerita. • Di zoo negara terdapat berbagai jenis haiwan. • Di Zoo Negara terdapat berbagai-bagai jenis haiwan.
Kesalahan Perbendaharaan Kata • Banyak pengguna-pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang disediakan. • Kebanyakan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang disediakan. • Di waktu itu umurnya baru sepuluh tahun. • Pada waktu itu umurnya baru sepuluh tahun.
Kesalahan Susunan Ayat • Cuaca hari ini sangat panas sekali.(kata penguat) • Cuaca hari ini sangat panas. • Saya suka durian. (KA+KN+mesti ada kata sendi). • Saya suka akan durian. • Datuk suka makan goreng pisang. (Hukum DM) • Datuk suka makan pisang goreng.
Kesalahan Tanda baca • “Amboi! Cantiknya baju awak,” kata Ali. • “Amboi , cantiknya baju awak!” kata Ali. • Eh, bilakah awak balik kumar! • Eh! Bilakah awak balik, Kumar? • Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “faedah membaca.” • Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Membaca”.
Kata Pameri “ialah” dan “adalah” • Ialah : digunakan jika bertemu dengan kata nama atau kata terbitan. Biasanya hadir di hadapan frasa nama atau terletak di tengah-tengah ayat. • Adalah: hadir di hadapan frasa adjektif dan ada juga di hadapan frasa sendi nama. Adalah tidak boleh bertemu dengan kata kerja dan tidak boleh bertemu bersama-sama dengan kata nafi.
antarabangsa sukaneka kakitangan matahari tanggungjawab setiausaha kerjasama olahraga jawatankuasa beritahu bumiputera suruhanjaya warganegara pesuruhjaya tandatangan Kata majmuk yang telah mantap
cita rasa temu janji alat tulis terima kasih jalan raya bandar raya tengah hari ibu bapa reka cipta mata pelajaran atur cara Rangkai kata bebas
Panduan Menjawab Soalan Pemahaman Teks • Gunakan teknik membaca. • Semasa membaca petikan , garis isi, perkataan,dan rangkai kata yang penting. • Semasa menjawab carilah maklumat yang berkaitan dengan soalan serta garis dan letakkan no. soalan. • Pilih jawapan yang tepat serta menjurus kepada teks/tajuk. • Bagi soalan yang memerlukan pelajar memberi makna perkataan atau ungkapan, pilih jawapan mengikut konteks ayat.
PENULISAN BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. bermain gelongsor memanjat bermain buaian bermain jongkang -jongkit menunggang basikal
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. mengelap tingkap memadam papan hitam mengangkat pasu menyapu sampah menolong guru
MEMBINA AYAT • Ali dan Siti sedang bermain buaian di taman permaian • pada waktu petang. • 2. Encik Aziz selalu menunggang basikal di hadapan taman • permainan pada setiap petang. • 3. Abu memanjat tangga besi di taman permaianan dengan • berhati-hati. • 4. Ani dan adik lelakinya sedang bermain jongkang-jongket • dengan gembira. • 5. Faiz dan kawan-kawannya bermain gelongsor di taman • permainan.
Kawan-kawan menghadapi masalah: • Karangan terpesong ? • Sukar mencari idea/ isi ? Aku Kecewa !!! Saya sedia membantu Ingin tahu caranya ? Gunakan MAS BBD
MAS BBD Apa dia? MAS BBD tu Singkatan Kata Tanya Mengapa M: A: S: B: B: D: Apa Siapa Bila Bagaimana Di mana
MAS BBD Mengapa perlu MAS BBD ? Sebabnya… • Cara terpantas menjana idea • Idea / isi tepat dan padat • Mengarang dengan tenang • dan yakin • Peluang skor A amat cerah
Melatih murid menggunakan metakognisi yang sesuai sebagai panduan untuk membina pelan karangan dengan cepat, tepat, dan padat. OBJEKTIF Meminimakan kebergantungan murid kepada guru dalam menangani cabaran penjanaan idea karangan. Memberikan pilihan kepada guru untuk mengajarkan Karangan secara berfokus dan berfikrah khususnya dalam aspek penjanaan idea. APLIKASI MAS BBD ( Sebagai Pemangkin Penjanaan Idea Penulisan Efektif )
PETUNJUK SOALAN • Pada sesuatu soalan terkandung petunjuk tentang: - Jenis & Format ( JF ) • Tajuk & Sasaran Isi ( TS ) Tulis laporan tentang pertandingan syarahan di sekolah kamu. F J T S
LANGKAH 1: Kenali tajuk karangan CARANYA : Tanya – Nak tulis tentang apa? PEMAHAMAN SOALAN CONTOH: Ceritakan lawatan kamu ke Melaka. T dan S LANGKAH 2: Kenali Sasaran Isi UMUM KHUSUS CARANYA : Uji tajuk dengan klu MASBBD
PEMAHAMAN SOALAN LANGKAH 3: Kenali jenis karangan CARANYA : Tanya – Apa tugas saya? CONTOH: Ceritakan lawatan kamu ke Melaka. JENIS : Cerita/ Keperihalan LANGKAH 4: Kenali format karangan CARANYA : Tanya – umum atau khusus?
Tajuk Sukan Tahunan di Sekolah Saya umum Klu Isi MAS BBD Sasaran Isi PELAN KARANGAN PEMBINAAN Minggu lepas Padang sekolah Cungkil bakat PIBG Pelbagai acara Meriah B: D: M: S: A: Bg: 1 2 3 4 5 6 Bila sukan? Di mana diadakan? Mengapa adakan? Siapa anjurkan? Apa acara? Bagaimana perjalanan? 1 2 3 4 5 6
Tajuk Faedah Sukan Kepada Pelajar khusus Klu Isi A Sasaran Isi PELAN KARANGAN PEMBINAAN Pd: A1: A2: A3: A4: Pn: 1 2 3 4 5 6 Sukan penting Bila faedah sukan? Siapa faedah sukan? Apafaedah sukan? Mengapa faedah sukan? Bila faedah sukan? Bg faedah sukan? 1 2 3 4 5 6 Kesihatan Cungkil bakat Pupuk semangat Perpaduan Jadikan amalan
PENJANAAN IDEA UTAMA LATIHAN 1 1 2 3 4 5 6 B D M S A Bg Bulan lepas Batu Hitam Bersantai Keluarga Pelbagai aktiviti Gembira 1 2 3 4 5 6 Pd A1 A2 A3 A4 Pn BDSM Mandi-manda Bina istana pasir Kutip siput Berkanu Gembira
PENJANAAN IDEA SOKONGAN SASARAN UMUM KETERANGAN MASA Sabtu 18 Februari B Minggu lepas 8:00 pagi 2:00 petang Pihak sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan pada minggu lepas. Sukan itu berlangsung pada hari Sabtu, 18 Februari 2006. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang.
Hatiku tersentuh apabila menatap album yang mengandungi gambar- gambarku sejak bayi lagi. Segala peristiwa digambarkan dalam foto-foto tersebut.Antaranya ialah majlis hari jadi, hari pertamaku ke sekolah, hari perayaan,melancong ke tempat-tempat menarik dan banyak lagi. Semasa mengamati gambar-gambar tersebut, aku menyedari betapa bertuahnya diriku kerana mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab dan menyayangiku. Tiba-tiba air mataku mengalir membasahi pipi. Aku menghargai pengorbanan merekamembesar dan menjagaku bagai menatang minyak yang penuh. Jasa mereka akan kubalas dengan menurut kata mereka, belajar bersungguh-sungguh danmenggembirakan mereka selalu. Tanpa sedari, ibu dan bapaku berada di sisiku.
Taman Seri Lambak merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup dengan harmoni. Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat menjadikan tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman. Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat.
TEKNIK 5 K kebersihan bersatu padu mengenali jiran kesihatan menabur bakti Kita perlu Kita patut Kita digalakkan Kita mesti Kita wajar sekiranya apabila jika agar
MENULIS ULASAN Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal kita .Kita juga patut hidup bersatu padu supaya negara kita aman.Kita digalakkan mengenali jiran-jiran berdekatan agar dapat merapatkan hubngan silaturahim.Kita mesti menjaga kesihatan diri supaya sentiasa sihat.Selain itu kta wajar menabur bakti.
PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK Bahagian A 10 markah Bahagian B 30 markah Bahagian C 20 markah Jumlah 60 markah
Memahami dan memindahkan maklumat. Bahagian A: 10 MARKAH: 15 MINIT
Bahagian B: 30 MARKAH: 40 MINIT • Kemahiran menulis karangan berformat/tidak berformat.
Memahami dan mengulas. Bahagian C: 20 MARKAH: 20 MINIT
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI AHLI PANEL: PUAN NORFAIZAH BINTI AHMAD SK BUKIT BERINGIN ENCIK MOHD NASIR BIN JAAFAR SK HUTAN PERCHA PUAN AZIZAH BINTI SAID SK KEMENDOR PUAN NORMAH BINTI OSMAN SK MENGGONG ENCIK ABDUL KADIR BIN OTHMAN SK FELDA BUKIT SENGGEH ENCIK MAT DIN BIN KADIR SK CHINCIN