180 likes | 449 Views
Hadiah. Hari. Guru. Sinopsis. Ramli seorang murid tahun empat yang hidup dalam kesusahan setelah ayahnya yang sebagai pemandu lori meninggal dunia sejak 3 tahun yang lalu. Bagi meneruskan kehidupan, emaknya, Mak Sopiah mengambil upah & mengetam padi.
E N D
Hadiah Hari Guru
Sinopsis • Ramli seorang murid tahun empat yang hidup dalam kesusahan setelah ayahnya yang sebagai pemandu lori meninggal dunia sejak 3 tahun yang lalu. • Bagi meneruskan kehidupan, emaknya, Mak Sopiah mengambil upah & mengetam padi.
Esok merupakan Hari Guru dan Ramli bercadang memberikan hadiah kepada Cikgu Fatimah. • Walaubagaimanapun, Ramli sangat miskin dan tiada wang untuk membeli hadiah kepada Cikgu Fatimah. • Pada petang itu,Ramli disuruhi oleh emakny ke rumah Pak Mustaffa untuk meminjam secupak beras. • Ramli menggunakan kesempatan itu untuk memetik pucuk janggus.
Pada Hari Guru, Ramli menunggu Cikgu Fatimah di tempat letak kereta supaya dia menjadi orang yang pertama menyampaikan hadiah kepada Cikgu Fatimah. • Namun, orang yang pertama menyampaikan Cigu Fatimah merupakan orang lain dan Ramli berasa sangat kecewa. • Di kelas, rakan-rakannya menyampaikan hadiah, manakala Ramli hanya duduk di belakang melukis bukit, pokok & binatang. • Rakan sekelasnya, Sazali yang nakal mengusiknya dan mengejek lukisannya.
Selepas Hari Guru, guru-guru membukakan hadiah masing-masing dan tertawa melihat hadiah yang disampaikan oleh murid-murid. • Cikgu Fatimah terdapat sepucuk surat dalam hadiah yang diberikan oleh Ramli. • Ramai guru terharu apabila membaca surat itu. • Hadiah yang diberikan oleh Ramli merupakan hadiah yang paling murni, ikhlas & jujur. • Cikgu Fatimah mangambil keputusan menjadikan Ramli sebagai anak angkatnya.
TEMA >>Keikhlasan seorang murid memberi penghargaan kepada gurunya.
PERSOALAN Tanggungjawab ibu dan anak. Ketinggalan budi bahasa. Tahu menghargai pemberian orang.
WATAK & PERWATAKAN
>>Ramli • Murid berusia sepuluh tahun yang sedang belajar dalam darjah empat. • Anak sulung dalam keluarga dan mempunyai dua adik. • Ayahnya sudah meninggal dunia dan ibunya sering sakit. • Bersifat penyayang, baik hati, suka menolong ibu, adik-adik dan gurunya.
>>Cikgu Fatimah • Seorang guru yang masih bujang dan menyayangi anak-anak muridnya, terutamanya Ramli. • Berjiwa perasa, terutama apabila membaca surat Ramli. • Suka menolong, sehingga sanggup menjadikan Ramli sebagai anak angkatnya. • Guru yang disukai anak-anak muridnya.
>>Mak Sopiah • Mempunyai tiga anak: Ramli, Rizal dan Salmah. • Suaminya meninggal dunia tiga tahun yang lalu. • Bertubuh kurus kering dan sering sakit-sakit. • Bekerja mengambil upah menanam dan mengetam padi. • Mementingkan kebersihan, kebajikan, dan pelajaran anak-anak.
>>Sazali • Rakan sekelas Ramli. • Anak orang kaya. • Bersikap cemburu terhadap Ramli.
Latar • >> Latar Tempat • Di kampung terpencil yang terdapat sawah padi dan bukit. • Di dalam kelas, bilik guru, dan perkarangan sekolah tempat Ramli belajar.
>>Latar Masa • Mengambil masa dua hari, sebelum dan selepas Hari Guru. • >>Latar Masyarakat • Masyarakat kampung yang hidup dalam keadaan daif. • Murid yang mempunyai latar belakang berbeza.
GAYA BAHASA >>Bahasa yang mudah faham • Sesuai untuk pembaca remaja. • >>Perkataan Inggeris • Supermarket • Suspense.
>>Ayat Pendek • Kau makanlah • Salmah angguk-angguk. • >>Ayat Panjang • Selepas itu persembahan pentas pula diadakan sebagai tanda kemesraan antara guru-guru dengan murid-murid sempena Hari Guru pada hari tersebut.
NILAI • Kasih Sayang • Hormat- menghormati • Keikhlasan • Tabah • Berjiwa besar
PENGAJARAN • Kita perlu mempunyai perasaan belas kasihan. (Orang yang kurang kemampuan) • Kita perlu ikhlas ketika memberi hadiah. • Kita perlu berjiwa besar.