90 likes | 529 Views
Tajuk : FTP. Apakah FTP ? Mengapa menggunakan FTP ? Asal usul FTP. Jenis – jenis perkhidmatan FTP. Kesimpulan FTP. Maksud FTP. FTP adalah singkatan bagi File Transfer Protocol atau Protokol Pemindahan Fail.
E N D
Tajuk : FTP • Apakah FTP ? • Mengapa menggunakan FTP ? • Asal usul FTP. • Jenis – jenis perkhidmatan FTP. • Kesimpulan FTP.
Maksud FTP • FTP adalah singkatan bagi File Transfer Protocol atau Protokol Pemindahan Fail. • FTP adalah satu perkhidmatan internet yang membenarkan seseorang pengguna mendapatkan fail- fail komputer yang terkandung jauh yang bertindak sebagai Pengkhidmatan FTP atau FTP Server. • FTP berguna sebagai satu jenis “perpustakaan elektronik” di mana sesuatu organisasi boleh memuatkan segala maklumat & sumbernya dalam fail – fail komputer di satu perkhidmatan yang disambungkan kepada internet.
Dari sana orang ramai dari seluruh dunia boleh mendapatkan laluan ke pengkhidmatan tersebut & memperoleh mana - mana fail yang diingini oleh mereka. • Sistem ini lebih baik daripada e-mel kerana pemindahan fail dijalankan secara automatik tanpa komunikasi antara manusia. • Kebanyakan khidmat FTP di internet adalah percuma.
Mengapa FTP ? • Semasa sejarah awal internet, tidak terdapat sistem pengumpulan data yang baik dengan maklumat di dalamnya disusun & diatur untuk memudahkannya dicari & diperolehi oleh mereka yang memerlukannya. • FTP merupakan satu percubaan terawal untuk memusatkan maklumat- maklumat dalam satu sistem kategori & pengasingan untuk memudahkan pencarian dan perolehan maklumat.
Asal – Usul FTP • FTP adalah satu ciptaan Internet yang terawal. • Dicipta oleh ahli sains yang inginkan satu cara yang lebih baik bagi berkongsi – kongsi maklumat di antara mereka. • FTP pada peringkat awal kewujudannya adalah sangat rumit & susah untuk digunakan. • Kini, FTP telah diubah & diperkenalkan semula melalui perantara grafik yang sering dilihat dalam program – program Windows.
Jenis – Jenis Perkhidmatan FTP. • (a) Pengkhidmatan FTP terkawal • (b) Pengkhidmatan FTP Terbuka
Perkhidmat FTP Terkawal • Maklumatnya adalah percuma. • Pengguna harus mempunyai akaun dengan perkhidmatan ini & diberi nama pengguna(User) dan kata laluan (pasword). • Kadang kala penguna terpaksa membayar kepada pengurus perkhidmatan FTP untuk terus mendapatkan laluan ke pengkhidmatan tersebut.
Pengkhidmat FTP Terbuka • Membenarkan sesiapa pun mendapatkan fail- failnya secara percuma tanpa sebarang halangan. • Sesetengahnya tidak akan meminta sebarang maklumat daripada pengguna dan lebih dikenali sebagai “Anonymous FTP”(FTP Tanpa Nama).
Kesimpulannya • FTP adalah satu cara pencarian & pemindahan fail yang terawal di internet. • Walaupun FTP adalah sistem lama, ia masih boleh digunakan kerana keupayaannya memindahkan fail – fail dalam bentuk asal tanpa perlu ditukar ke dalam bentuk lain. • Keupayaan ini akan menyaksikan FTP sentiasa menjadi salah satu perkhidmatan yamg paling popular di internet.