210 likes | 590 Views
Tajuk 2:. PELABURAN. Jenis-jenis pelaburan. perbelanjaan ke atas pelaburan terbahagi kepada tiga, iaitu; pelaburan tetap perniagaan (business fixed investment) pembinaan kediaman (residential construction investment) perubahan dalam inventori perniagaan (changes in business inventories).
E N D
Tajuk 2: PELABURAN
Jenis-jenis pelaburan perbelanjaan ke atas pelaburan terbahagi kepada tiga, iaitu; • pelaburan tetap perniagaan (business fixed investment) • pembinaan kediaman (residential construction investment) • perubahan dalam inventori perniagaan (changes in business inventories)
Pelaburan tetap perniagaan(Business Fixed Investment, Ib) • pelaburan tetap merupakan • komponen permintaan agregat (AD) yang besar • komponen yang paling tidak stabil (volatile). • memberikan ukuran bagi stok modal dalam ekonomi bagi sesuatu tempoh: Kt – Kt-1 = In,t dimana Kt – Kt-1 adalah stok modal In,t adalah pelaburan tetap bersih. • pelaburan tetap ini penting dalam proses pertumbuhan jangka panjang. • Diketahui pelaburan mempunyai • hubungan negatif dgn kadar faedah; I=I(r) • hubungan positif dgn jangkaan masa depan keuntungan projek pelaburan.
Pelaburan dan output: Hubungan percepat (Acceletor Relationship) • menurut model ini stok modal diingini adalah gandaan dari tingkat output; Ktd = αYtα > 0 • bentuk paling mudah bagi model ini mengandaikan pelaburan bersih adalah perbezaan antara stok modal diingini (Ktd) dengan stok modal yang diwarisi dari tempoh (Kt-1) sebelumnya; In,t = Ktd – Kt-1 • dan, stok modal yang diwarisi ini adalah stok modal diingini ditempoh itu yang akan bergantung kepada tingkat output pada tempoh lepas. Kt-1 = Kt-1d = αYt-1
Pelaburan dan output: Hubungan percepat (Acceletor Relationship) • persamaan ini boleh ditulis semua sebagai In,t = Ktd - Kt-1 = αYt - αYt-1 = α(Yt - Yt-1) In,t = αΔYt • didapati pelaburan bergantung kepada kadar perubahan output. • Bentuk model percepat termudah ini (Fixed accelator model) mencadangkan α sebagai nisbah modal output yang diingini, atau; α= Ktd/Yt • jika nisbah ini 2, setiap pertambahan output sebanyak RM1.00 akan menyebabkan pelaburan berubah sebanyak RM2.00.
Pelaburan dan output: Hubungan percepat (Acceletor Relationship) • oleh kerana o/put turun naik dalam kitaran perniagaan, akan didapati tingkat pelaburan yang turun naik dan tidak stabil. • Juga diketahui : perubahan pelaburan (ΔI) kesan pengganda kpd tingkat output (ΔY). • Oleh itu model pencepat dan kesan pengganda dapat digunakan untuk menerangkan turun naik output sepanjang kitaran perniagaan.
Pelaburan dan output: Hubungan percepat (Acceletor Relationship) • Bagi menggunakan model pencepat ini, untuk menerangkan pelaburan didalam keadaan sebenar, diperlukan beberapa ubahsuaian seperti; • menggunakan lat masa(lags) dalam ubahsuaian antara stok modal sebenar dengan stok modal diingini. • terdapat kos tambahan kepada kos langsung projek pelaburan, kos ini dipanggil kos ubahsuaian (adjustment costs). • Contoh: pemasangan jentera baru, kos kerja tambahan buruh dll • kos ini berkadar terus dengan pertambahan pelaburan
Pelaburan dan output: Hubungan percepat (Acceletor Relationship) • Model yang telah diubah ini dipanggil model pencepatan fleksibel (flexible accelerator model). • persamaan terdahulu diubahsuai menjadi; In,t = (Ktd - Kt-1 ) dimana 0<<1 atau In,t =(αYt - Kt-1 ) • persamaan ini memberikan mekanisma ubahsuaiansepara(partial adjustment mechanism), • di mana stok modal sebenar (Kt)tidak akan sentiasa sama dengan stok modal diingini(Ktd).
Pelaburan dan output: Hubungan percepat (Acceletor Relationship) • Perbezaan ini diberikan oleh Lamda () • Dan jumlah ini akan menunjukkan pelaburan yang dibuat dalam tempoh tersebut. Kesimpulannya: pelaburan sebenarnya bukanlah paling tidak stabil (volatile), seperti yang dijangkakan sebelumnya.
Pelaburan mengikut Neoklasikal. • perbincangan mengenai I setakat ini mengandaikan: • stok modal diingini merupakan gandaan dr tingkat o/put, (Kd = αY), atau • α adalah tetap. • Sebenarnya : • α boleh diubah-ubah jika nisbah modal buruh (K/N) berubah- ubah. • Ini kerana terdapat beberapa kombinasi K dan N yang dapat mengeluarkan o/put yang sama. • Pilihan penggunaan K dan buruh yang paling optimal akan bergantung kepada kos modal & kadar upah (w).
Pelaburan mengikut Neoklasikal (samb) • Jumlah modal (K) yang akan digunakan (bagi satu tingkat output) mempunyai- • hubungan positif dengan kadar upah (w) dan • hubungan negatif dengan kos modal. • w yg digunakan = purata upah benar sepanjang hayat modal yang dibeli • Jika w diandaikan tetap, maka hanya wujud hubungan antara kos modal & tingkat Ktd. • Fungsi pelaburan boleh ditulis sebagai In,t = I (Yt, CCt, Kt-1) dimanaCCt = kos modal (user cost of capital)
Pelaburan mengikut Neoklasikal (samb) • Kdditentukan dgn membandingkan : keluaran marginal kos pengguna modal tambahan modal tersebut. (marginal productivity of (user cost of capital) add’l units of capital) • Kos pengguna modal = kadar faedah (r). • Apabila firma membiayai pembelian modal itu melalui pinjaman: kospembeli = kadar faedah yg dibayar kpd peminjam. • Apabila firma menggunakan keuntungan yang tidak dibahagikan(retained earnings): kos pengguna = kos melepas kerana tidak menyimpan keuntungan ini di institusi kewangan
Pelaburan mengikut Neoklasikal (samb) • Kos melepas = r (opportunity cost of I project) • Situasi di atas mengandaikan I bergantung kpd r nominal. • Jika keadaan inflasi diambilkira maka kadar yang digunakan adalah kadar faedah benar (phi) iaitu: = r – pe dimana : kadar faedah benar r : kadar faedah nominal pe : jangkaan kadar inflasi • Contoh: • Jika r nominal adalah 10 % maka firma perlu membayar RM110 untuk RM100 yang dipinjam • Andainya firma menjangkakan tahap harga purata akan meningkat sebyk 10% maka kadar faedah benar adalah = 10% -10% = 0%
Pelaburan mengikut Neoklasikal (samb) • Sekiranya kadar inflasi rendah & stabil: kadar faedah nominal boleh digunakan bagi mengukur kos pengguna modal, (r = ) • Tetapi jika inflasi tinggi & tidak stabil: orang ramai akan menjangka inflasi bertambah, adalah penting membezakan antara kadar faedah benar & kadar faedah nominal ,(r ) dan Kos pelaburan adalah bersamaan kadar faedah benar
Pelaburan mengikut Neoklasikal (samb) • Satu lagi komponen penting mengira kos pengguna modal : kadar susutnilai(depreciation rate), delta i.e bahagian modal yang mengalami kehausan. MAKA kos penggunaan boleh ditulis sebagai CC = + = r – pe + dimana = r – pe dan : kadar faedah benar r : kadar faedah nominal pe : jangkaan kadar inflasi : kadar susut nilai Setakat ini ada 4 komponen mempengaruhi tahap kos mengguna modal
Pelaburan mengikut Neoklasikal (samb) • Jika kerajaan memberi subsidi cukai keatas pelaburan(investment tax credit) maka terdapat perubahan ke atas kos pengguna modal iaitu: CC = (1-)( r – pe + ) dimana (tau) : peratus subsidi cukai . Kesimpulannya: Fungsi pelaburan tetap adalah In,t = I(Yt, rt,pte,t,Kt-1) • di sini susutnilai tidak dimasukkan kerana diandaikan dalam jangka panjang ia adalah tetap.
Pelaburan mengikut Neoklasikal (samb) • Fungsi pelaburan di atas menunjukkan pelaburan bersih mempunyai hubungan positif dengan; • pendapatan,(Y) • jangkaan kadar inflasi (pte) • subsidi cukai () • tetapi mempunyai hubungan negatif dengan kadar faedah nominal (r).
Teori Pelaburan Tobin-q (tidak dimasukkan dalam rangka yang baru—tiada dalam Froyen • menurut Tobin, harga saham akan mempengaruhi keputusan firma untuk melabur. • Harga saham yang sanggup dibayar oleh seseorang itu sebenarnya menunjukkan jangkaan keuntungan sesebuah firma, • Iaitu jangkaan pulangan kepada modal yang firma itu ada sekarang ini. • Menurut Tobin, firma membuat keputusan untuk melabur dengan membandingkan nilai sahamnya berbanding kos penggantian bagi modal mereka.
Teori Pelaburan Tobin • Tobin-q = nilai pasaran bagi modal semasa Kos penggantian modal • Jika q >1: firma akan menambah pelaburan kerana nilai pasaran modal dan jangkaan keuntungan lebih besar kos penggantian modalnya. • jika q<1, firma tidak menambah pelaburan ia bermaksud jangkaan keuntungan lebih kecil dari kos penggantian modal. • Bukti emiprikal bagi Teori Tobin-q ini masih bercampur-campur, dan belum cukup kukup untuk menyokong hubungan antara nilai saham firma dengan pelaburan firma.
Dasar Fiskal dan Pelaburan • dasar fiskal; • didapati dasar menambah perbelanjaan kerajaan akan menaikkan kadar faedah, dan akan mengurangkan pelaburan swasta – kesan himpitan (crowding out effects). • dasar mengurangkan cukai isirumah juga akan menghasilkan kesan yang sama. • Oleh itu dicadangkan supaya dasar subsidi cukai diberikan untuk mengurangkan/menghapuskan kesan himpitan tadi. • Kesan dasar fiskal yang berjaya meningkatkan output (pendapatan) akan meningkatkan pelaburan, iaitu melalui mekanisma pencepatan.
Dasar Monetari dan Pelaburan • dasar monetari. • perlu asingkan antara kadr faedah nominal dengan kadar faedah benar. • Dalam sistem Keynesian atau Monetaris, kadar inflasi jangkaan adalah bergantung kepada sejarah inflasi, • Dan diandaikan berubah dengan perlahan. • Bagi pendapatan neoklasikal pula, dasar monetari hanya akan mengubah tingkat harga, dan tiada kesan besar ke atas kadar faedah benar. • Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa dasar monetari akan mengubah kadar faedah nominal dan seterusnya tingkat pelaburan.