170 likes | 481 Views
BAB 1: SEJARAH DAN KITA. Banyak istilah dan pengertian sejarah yang telah diberikan oleh ahli-ahli sejarah atau sejarawan. Istilah sejarah. Berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun Syajaratun bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.
E N D
BAB 1: SEJARAH DAN KITA Banyak istilah dan pengertian sejarah yang telah diberikan oleh ahli-ahli sejarah atau sejarawan
Istilah sejarah • Berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun • Syajaratun bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.
Ibn Khaldun (1332-1406M) • Sejarah ialah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Herodotus • Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
Muhd. Yusof Ibrahim • Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
Sejarah • Penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku
Antara penulis sejarah awal negara • Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu) • Raja Ali Haji (Tuhfat al-Nafis) • Abdul Hadi Hassan (Sejarah Alam Melayu)
Buku Sejarah Melayu • Parameswara berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Ma Huan • Salah seorang penulis bangsa Cina yang hasil penulisannya penting bagi kita mengkaji sejarah Melaka.
Ciri-ciri sejarah • Fakta yang tepat dan benar • Penting dan bermakna • Sebab dan akibat
Contoh-contoh fakta tepat dan benar • Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan
Contoh-contoh peristiwa penting dan bermakna • Hari Kemerdekaan • Hari Pekerja • Hari Guru
Contoh peristiwa yang mempunyai sebab dan akibat • Kewujudan masyarakat majmuk di negara kita adalah kerana ramai pekerja Cina dan India dibawa ke Tanah Melayu semasa penjajahan British untuk menampung perkembangan pesat aktiviti perlombongan bijih timah dan perusahaan getah.
Istilah-istilah yang perlu diketahui • Kurun atau abad – jangka waktu seratus tahun • Zaman – jangka masa tertentu (tiada had masa) yang mempunyai keistimewaan atau pertalian masa seperti zaman purba dan zaman batu
Istilah-istilah yang perlu diketahui • Masihi – tahun atau kurun yang dihitung sesudah kelahiran Nabi Isa • Hijrah – tahun Islam yang bermula dari tarikh Nabi Muhammad berpindah dari Makkah ke Madinah. • Kronologi – berturutan mengikut masa kejadian • Dekad – jangka masa sepuluh tahun atau dasawarsa