E N D
Program yang saya telah menyertai untuk menggilap kemahiran sosial dan tanggungjawab saya adalah Program Simfoni Cahaya yang dianjurkan oleh Kolej Burhanuddin Helmi. Sebagai ahli jawatankuasa pemasaran untuk program simfoni cahaya ini, saya telah memainkan peranan saya dengan sebaik mungkin dan sepanjang masa ini untuk mengumpul dana untuk program ini .Saya juga merasa bahawa saya telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada saya dalam program ini untuk menjana. Program ini telah berakhir dengan jayanya tanpa sebarang masalah kewangan. Dalamprogram ini juga, saya merasa bahawa saya telah melaksanakan tanggungjawab sosial saya sebagai warganegara Malaysia untuk memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan mahasiswa UKM dan untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai persefahaman dan menghormati kepercayaan budaya dan kepercayaan kaum-kaum lain kerana program ini merupakan program yang memperlihatkan budaya dan kepercayaan pelbagai kaum dan memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan mahasiswa UKM. Programme ini telah dicadangkan untuk menjadi programme tahunan dan harapan Kolej Burhanuddin Helmi kerana telah berjaya dalam semua aspek.
Gamber-gamberdi atas menujukkan ahli jawatankuasa program kami tengah bermesyuarat. Ahli jawatankuasa program kami telah bermesyuarat beberapa kali sebelum program dijalankan. Biasaya saya mesyuarat, kami akan membincang tentang masalah yang dihadapi dan cara penyelesaian. Sebagai seorang ahli jawatankuasa pemasaran, saya menujukkkan sikap tanggungjawab saya dengan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah berkaitan permasaran. saya mendapati bahawa sangat sukar untuk meminta dana daripada syarikat-syarikat, agensi atau orang awam. semua ahli jawatankuasa pemasaran telah membincangkan masalah ini dalam satu mesyuarat dan mencadangkan satu lagi cara alternatif untuk mengumpul dana Selain itu, saya juga menujukkkan sikap tanggungjawab saya terhadap program ini dengan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam program dalam mesyuarat ini walaupun, ia tiada berkaitan permasaran.
Gamber-gamber di atas menujukkan saya tengah menjual beberapa T-shirt kepada mahasiswa UKM. Sebagai ahli jawatankuasa pemasaran, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengumpul dana program ini. Saya merasa bahawa saya telah cuba yang terbaik untuk mencari dana untuk program ini dari pelbagai sumber. Tetapi kebanyakkannya tidak berhasil. Saya mendapati bahawa sangat sukar untuk meminta dana daripada syarikat-syarikat, agensi atau orang awam. Selepas bermesyuarat, semua ahli jawatankuasa bersetuju untuk menggunakkan cara alternatif yang lain untuk mengumpul dana iaitu menjual T-shirt untuk Mahasiswa UKM dan orang awam. Dengan jualan T-shirt ini, kami telah berjaya mengumpul dana yang diperlukan dalam tempoh yang singkat. Saya telah berjaya melaksana tanggungjawab saya. Di sini, saya berjaya menujukkan sikap tanggungjawab saya.
Gamber-gamber di atas menujukkan T-shirt yang kami jual untuk mengumpul dana untuk program.
Gamber-gamber di atas menujukkan saya tengah memasang wayer untuk lampu hiasan. Saya juga menolong ahli jawatankuasa teknikal untuk memasang lampu-lampu. Di sini, saya menujukkan sikap tanggungjawab saya sebagai seorang ahli jawatankuasa program. Setiap ahli jawatankuasa program mesti tolong-menolong antara satu sama lain dan melakukan semua jenis tugas bukan tugas untuk jawatan yang pegangnya.