E N D
Sejarah Islam. Kerajaan Abbasiyah di Zaman Kemunduran
a. Tindakan Kejam • kerajaan Abbasiyyah yang kedua ini, dipimpin oleh khalifah-khalifah yang secara amnya, lemah-lemah belaka • kelemahan mereka begitu meluas hingga terlibatnya masalah pentadbiran • meskipun faktor kelemahan ini adalah ekoran dari kelemahan khalifah-khalifah di zaman pertama
Kelemahan yang terlahir semasa Al-Abbas memegang jawatan sebagai khalifah: • penangkapan dan pembunuhan yang bertentangan dengan nilai agama Islam yang dilakukan ke atas golongan Umayyah dan sesiapa sahaja yang bersimpati dengan mereka • dikenal sebagai Al-Saffah, yakni penumpah darah • timbullah rasa tidak puas hati di kalangan rakyat • terdapat banyak pemberontakan yang dijalankan • kebanyakannya dapat dipatahkan memandangkan kahalifah-khalifah di zaman pertama kuat-kuat belaka
b. Menyeleweng dari dasar Islam • Khalifah-khalifah pada zaman keruntuhan Abbasiyah telah menjalankan pentadbiran kerajaan yang bertentangan dengan Islam • Di antaranya ialah pemerintahan yang terlalu feudal dan kejam, serta mengamalkan konsep kapitalis yang keterlaluan
Mereka juga telah melakukan korapsi dan penindasan ke atas golongan bawahan • Masa mereka dihabiskan dengan berseronok dan berfoya-foya bersama wanita • Khalifah-khalifah pada zaman ini tidak lagi bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin Islam yang tulen
c. Campurtangan Kuasa Asing • Kelemahan khalifah-khalifah Abbasiyah telah mengakibatkan kuasa-kuasa Turki, Buwaih dan Saljuk untuk mengambil kesempatan mempengaruhi pentadbiran kerajaan. • Menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat sehingga berlakunya pemberontakan dan melahirkan kerajaan-kerajaan kecil di merata daerah. • Rakyat berpendapat bahawa campurtangan kuasa asing ini melibatkan keadilan sosial yang dianggap penting di dalam konsep islam.
Golongan-golongan pemberontakan telah mengambil kesempatan untuk mementingkan diri mereka sendiri. • Ia melemahkan jentera pemerintahan negara, memecahbelakan rakyat dan menyebabkan wilayah-wilayah yang jauh dari Baghdad mengisytiharkan kemerdekaan. • Kerajaan Islam Umayyah yang memerintah di sepanyol telah memberi tandingan yang hebat sekali ketika kerajaan Abbasiyah lemah.
d. Lahirnya kerajaan-kerajaan kecil di daerah Islam yang jauh. • Zaman kehancuran kerajaan Abbasiyah telah membawa seluruh sistem kerajaan itu kacau-bilau. • Golongan yg tertentu telah mengambil kesempatan bangun memberontak dan mengisytiharkan wilayah yang jauh seperti : Asia minor, Afrika Utara, India , Arab Selatan Dan lain-lain. • Mereka (termasuk khalifah yang lemah) bertindak bebas untuk bergerak secara bersendirian
Faktor yang lain adalah sebab sifat taksub yang semula jadi di kalangan kebanyakan umat Islam. • Mereka membanggakan golongan mereka dan menanti saat untuk menaikkan bangga mereka sahaja. • Dan juga berbalas dendam di atas penjenayah yg dibuat oleh sebahagian khalifah Abbasiyah yang terkenal : Umayyah, Syiah, Khawarij, Muktazilah dan lain-lain lagi.
e. Pertelingkahan Mazhab Sunni dan Syiah • Sebab secara langsung kehancuran kerajaan Bani Abbasiyyah. • Khalifah Abbasiyyah merupakan mazhab Sunni. Naib Khalifah dan menteri-menteri bermazhab Syiah. • Apabila mereka saling tidak berpuas hati, maka mereka menjemput kuasa-kuasa asing bagi menakluki kota Baghdad.
Kedatangan orang Buwaih (bermazhab Syiah) adalah daripada Jemputan orang Syiah di Baghdad. • Kedatangan orang Saljuk (bermazhab Sunni) adalah daripada jemputan orang Sunni di Baghdad. • Orang Mongol menerima tawaran daripada Baghdad dengan cara menyerang kebanyakkan wilayah-wilayah Abbasiyah dengan ganas . • Ahkirnya, orang-orang Mongol berjaya menakluki kota Baghdad dan menghancurkan Kerajaan Abbasiyah.