330 likes | 819 Views
Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 4 SEJARAH ISLAM. BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA. KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA. PERKEMBANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA Ahli sejarah sependapat bahawa Islam mula bertapak di Nusantara sejak abad ke-13M
E N D
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA PERKEMBANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA • Ahli sejarah sependapat bahawa Islam mula bertapak di Nusantara sejak abad ke-13M • Beberapa faktor kedatangan agama Islam antaranya perdagangan, perkahwinan, penaklukan dan lain-lain KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA PENGASAS KESULTANAN MELAKA • Parameswara, anak raja Kerajaan Sriwijaya telah melarikan diri setelah usahanya memerdekakan Palembang dari kuasa Majapahit gagal • Dari Temasek, beliau ke Melaka dan membuka kerajaan baru di sana KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA PENGASAS KESULTANAN MELAKA • 1414M, beliau telah memeluk Islam dan menggunakan nama Megat Iskandar Syah serta berkahwin dengan puteri Pasai • Keislamannya diikuti oleh para pembesar dan rakyat KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA PENGASAS KESULTANAN MELAKA • Melaka kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam • Untuk menjaga kestabilan negaranya, beliau menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam dan Cina KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA PENGASAS KESULTANAN MELAKA • Kedudukan Melaka di tengah perjalanan laut antara Timur dan Barat menggalakkan pedagang-pedagang singgah • Keselamatan pedagang juga terjamin dengan penubuhan pasukan keselamatan KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA PENGASAS KESULTANAN MELAKA • Penduduk Melaka bertambah samada yang tetap atau sementara • Sementara itu Sultan juga menggalakkan perkahwinan campur di antara pedagang Islam dari luar negara dengan wanita tempatan KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA MELAKA; PUSAT PENYEBARAN ISLAM • Zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah merupakan zaman kemuncak penyebaran Islam di Nusantara • Islam disebarkan dengan luas melalui penaklukan dan perluasan daerah KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA KEJATUHAN MELAKA DAN SEBABNYA • Bangsa Potugis mengetahui tentang kepentingan Melaka • Mereka membuat helah ingin bersahabat dan berniaga di Melaka • Mereka mula menghantar tentera menyerang Melaka hingga jatuh pada 1511M KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI MELAKA PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU • Menukar aqidah mereka daripada Hindu kepada Islam • Penggunaan tulisan Jawi dan perkataan Arab dalam bahasa Melayu • Mereka mengamalkan akhlak Islam dan meninggalkan kasta KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI ACEH KESULTANAN ACEH • Sultan Ali Mughayat Shah, raja negeri Pedir mengisytiharkan dirinya Sultan Aceh pada 1507M • Setelah kejatuhan Melaka, Aceh menjadi tumpuan pedagang • Aceh menjadi kerajaan Islam yang mempunyai angkatan laut yang kuat KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI ACEH KESULTANAN ACEH • Sultan Alaudin Ri’ayat Shah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Uthmaniyyah • Sultan Husin pula menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Mongol di India KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI ACEH KESULTANAN ACEH • Pada masa ini Aceh menjadi pusat pengajian Islam • Semasa pemerintahan Sultan Alaudin Mansur Shah pula, pegawai-pegawai Kerajaan Islam di India dibawa masuk untuk berkhidmat di Aceh KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI ACEH KESULTANAN ACEH • Sultan Iskandar Muda berjaya menghalau Portugis yang menyerang Aceh pada 1606M • Zamannya dikatakan paling gemilang kerana berjaya menjadi Kerajaan Islam yang kuat dan lahirnya beberapa tokoh terkenal KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI ACEH ACEH; PUSAT PENYEBARAN ISLAM • Aceh mengambil alih peranan Melaka setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis • Kedudukan Aceh yang strategik memudahkan pedagang untuk singgah • Aceh juga menjalin hubungan dengan beberapa kerajaan Islam KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI JAWA • Islam mungkin tiba di Jawa melalui pedagang Arab pada awal abad ke-7 dan ke-8 • Setelah kejatuhan Baghdad pada abad ke-13, terdapat juga pendakwah yang tiba di Asia Tenggara pada akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15 • Kerajaan Hindu telah semakin lemah KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI JAWA KERAJAAN DEMAK • Seorang gabenor Majapahit, Raden Patah telah memeluk Islam dan membina kerajaan Islam pertama di Demak, Jawa • Pengganti selepasnya, Pangeran Terenggono menyebarkan Islam secara damai KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI JAWA KERAJAAN PAJANG • Awijoyo, kerabat diraja dari Pajang mengambilalih kuasa dan memindahkan pusat pentadbiran ke Pajang • Penduduk Pajang memegang kuat kepada adat dan kepercayaan asal mereka iaitu Hindu-Buddha KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI JAWA KERAJAAN MATARAM • Penembahan Senopati (1580-1601M), Sultan Mataram pertama • Sultan Agung Hanjokrokusumo (1613-1645M) telah menghantar utusan ke Mekah dan mendapat pengiktirafan serta gelaran Sultan KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI JAWA PERANAN WALI SONGO DALAM PENYEBARAN ISLAM • Mubaligh Islam memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam • Mereka juga terlibat dalam politik dengan menjadi ketua masyarakat dan memimpin menentang Portugis dan Majapahit KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI JAWA PERANAN WALI SONGO DALAM PENYEBARAN ISLAM • Disamping berdagang, Wali Songo menunjukkan amalan yang baik dalam perniagaan • Mereka mahir dalam pertuturan dan budaya serta seni masyarakat yang digunakan untuk menyampaikan Islam KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI PATANI, FILIPINA DAN BRUNEI ISLAM DI PATANI • Islam telah sampai sejak 1150M di kalangan rakyat biasa • Raja pertama yang Islam adalah Sultan Ismail Shah • Patani menjadi pusat perdagangan terkenal semasa pemerintahan Ratu Hijau tahun 1594M KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI PATANI, FILIPINA DAN BRUNEI ISLAM DI PATANI • Patani menjadi pusat penyebaran Islam dengan terdapatnya pondok pengajian • Terdapat siri cubaan oleh Kerajaan Siam untuk menakluki Patani dan akhirnya menjadi sebahagian wilayah Siam pada akhir abad ke-18M KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI PATANI, FILIPINA DAN BRUNEI ISLAM DI FILIPINA • Agama Islam disebarkan melalui dakwah oleh orang Arab • Pulau yang awal menerima Islam adalah Sulu pada abad ke-14M • Penyebaran Islam ke utara Filipina ditentang oleh penjajah Sepanyol KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI PATANI, FILIPINA DAN BRUNEI ISLAM DI FILIPINA • Terdapat orang Islam daripada utara Filipina melarikan diri ke selatan • Huruf Arab digunakan dalam penulisan bahasa setempat • Bahasa Melayu merupakan bahasa perantara perdagangan dan bahasa istana KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI PATANI, FILIPINA DAN BRUNEI ISLAM DI BRUNEI • Islam berkembang ke Brunei pada abad ke-15M melalui perkahwinan rajanya, Raja Alak Bertata dengan puteri Sultan Johor • Raja Brunei yang gigih menyebarkan Islam adalah Sultan Berkat KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI PATANI, FILIPINA DAN BRUNEI ISLAM DI BRUNEI • Zaman pemerintahan Sultan Bolkiah merupakan zaman keemasan • Kawasan jajahannya meliputi Sabah, Sarawak, Banjar dan Balambangan • Pada akhir abad ke-18M, Kesultanan Brunei mulai lemah KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI SINGAPURA SEJARAH AWAL • Singapura dibuka dan diberi nama oleh Sang Nila Utama • Pada awalnya Singapura menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang unggul • Apabila Melaka mula berkembang, Singapura menjadi jajahannya KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI SINGAPURA PEMBUKAAN SINGAPURA MODEN • Semasa Singapura di bawah kekuasaan Kerajaan Johor-Riau, wakil Syarikat India Timur Inggeris iaitu Thomas Stamford Raffles mengadakan perjanjian menubuhkan pusat perdagangan KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI SINGAPURA PEMBUKAAN SINGAPURA MODEN • Dengan kemajuan yang dicapai Singapura, Raffles berunding untuk menyerahkannya kepada Inggeris • Ordinan Perkahwinan Mahomedan (1880M), MHEB (1906M) dan MAB (1915M) dibentuk untuk menguruskan masyakat Islam KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI SINGAPURA PEMBANGUNAN MUSLIM SINGAPURA • MUIS ditubuhkan pada 1968M untuk menguruskan hal ehwal masyarakat Islam • Pembinaan dan pentadbiran masjid, pengurusan zakat dan fitrah, pengurusan haji dan umrah serta harta wakaf adalah diuruskan oleh MUIS KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5
ISLAM DI SINGAPURA PEMBANGUNAN MUSLIM SINGAPURA • Ia juga bertanggungjawab menyelaras pendidikan agama di Singapura • Jawatankuasa Fatwa dibentuk untuk menangani isu-isu baru • Nilai-nilai positif dilakarkan MUIS untuk melahirkan masyarakat Islam cemerlang KBM 4 SEJARAH ISLAM BAB 5