380 likes | 620 Views
Seksyen B Pelajaran 25: Perkhidmatan DNS. INFRASTRUKTUR SISTEM & LINUX. OBJEKTIF. Mengetahui asas dan sejarah BIND Mengenali konsep-konsep perkhidmatan DNS Mengetahui konfigurasi asas pelayan BIND Memulakan perkhidmatan BIND. ISI KANDUNGAN. Pengenalan Bagaimana DNS berfungsi?
E N D
Seksyen BPelajaran 25: Perkhidmatan DNS INFRASTRUKTUR SISTEM & LINUX
OBJEKTIF • Mengetahui asas dan sejarah BIND • Mengenali konsep-konsep perkhidmatan DNS • Mengetahui konfigurasi asas pelayan BIND • Memulakan perkhidmatan BIND
ISI KANDUNGAN • Pengenalan • Bagaimana DNS berfungsi? • Asas BIND
APA ITU DNS ? • Alamat IP biasanya dalam bentuk asas persepuluhan seperti:- • Sukar mengingati alamat IP di atas? Masalah ini dapat diatasi dengan DNS, perkhidmatan tambahan menukarkan alamat IP kepada nama domain 202.188.25.173
FAIL ASCII DNS • Pada awalnya, DNS hanya dibekalkan satu fail ASCIIuntuk: -
APA ITU DNS? • 1984, Paul Mockapetris mengusulkan sistem penamaan domain(DNS). • DNS, satu sistem teragih, berhierarki, statik / dinamik dan mempunyai pangkalan data.
STRUKTUR PANGKALAN DATA DNS Struktur DNS mirip dengan sistem fail Linux.
APA ITU IANA? • IANA - Internet Assigned Numbers Authority (IANA) • Beroperasi di Universiti Southern California. • Mengkoordinasi pembahagian alamat IP dan perkhidmatan DNS.
ORGANISASI SETEMPAT IANA • ARIN - American Registry for Internet Numbers - Beroperasi di Amerika & sebahagian Afrika-Sahara 2) RIPE - Resias IP Europeans • Beroperasi di Afrika Utara & Eropah 3) APNIC - Asia-Pasific Network Information Center - Beroperasi di Asia & Australia
NAMA DOMAIN Contoh sebuah nama domain yang lengkap atau FQDN ialah: • “www” - sistem yang unik • “eng” - cabang organisasi kepada “upm” • “edu” - cabang pendidikan • “my” - untuk negara Malaysia • “.” - titik helaan merujuk kepada pelayan akar. www.eng.upm.edu.my.
PELAYAN AKAR Di seluruh dunia terdapat hanya 13 buah pelayan akar
BAGAIMANA DNS BERFUNGSI? • DNS bekerja dalam mod operasi pelayan - pelanggan. • BIND, Pelayan DNS yang paling banyak digunakan di Linux. • BINDdibangunkan oleh Internet Software Consortium (ISC).
http://www.upm.edu.my. Isirung (kernel) /etc/host.conf. /etc/hosts Gagal Berjaya /etc/resolv.conf Pelayan akar (.) http www upm edu my BAGAIMANA DNS BERFUNGSI?
ASAS BIND • Pembinaan BIND selaku pelayan nama amat ringkas namun kesilapan sangat mudah dilakukan. • Antara perkhidmatan paling banyak kesilapan ialah DNS. • Elakkan kesilapan dengan :- - berhati-hati - melakukan percubaan acah-tanya untuk melihat respons dari pelayan terlebih dahulu.
ASAS BIND • 2 jenis pemetaan (mapping) BIND:- Pemetaan Terus (Forward Mapping) Pemetaan Songsang (Reverse Mapping).
ASAS BIND Kedua-dua jenis pemetaan ini diwakili oleh 2 fail yang berlainan di lipatan /var/named. Red Hat 9 (Shrike) Pakej RPM:bind Skrip Pelayan:/etc/rc.d/init.d/named Fail Konfogurasi Utama: /etc/named.conf Fail Zon:/var/named Fail Log:/var/log/named
ASAS BIND Contohnya untuk domain :- • deklarasi domain perlu dilakukan di:- • semua rekod zon akan disimpan di:-. upm.edu.my. /etc/named.conf /var/named/upm.forward -pemetaan terus /var/named/upm.reverse - pemetaan songsang
ASAS BIND 4 komponen BIND : • Penukar Nama (NAME RESOLVER) • Pelayan Nama (NAME SERVER) • Penyimpan (Cache) • Rekod Sumber (RESOURCE RECORD)
ASAS BIND i)Penukar Nama (NAME RESOLVER) • Ekstrak informasi dari pelayan DNS • Guna informasi pelayan nama terpilih atau bertanya terus kepada pelayan nama lain. • Penukar biasanya sebahagian daripada rutin sistem, oleh itu tiada protokol khas diperlukan.
ASAS BIND ii)Pelayan Nama (NAME SERVER) • Lengkapkan informasi ruang nama di dalam pokok domain (domain tree) • Harus tahu & cekap bertanya kepada pelayan lain bagi mengetahui domain lain yang tidak dikuasai mereka. • Dipanggil pelayan nama autoriti (authority) jika ia memegang rekod-rekod zon sesuatu domain .
ASAS BIND iii)Penyimpan (Cache) • Menyimpan hasil pencarian respons sebelumnya. • Bagi permintaan yang sama atau hampir sama, ia akan cuba memperolehi maklumat dari penyimpan terlebih dahulu. • Kaedah ini akan mempercepatkan kadar respons.
ASAS BIND iv) Rekod Sumber (RESOURCE RECORD) • Informasi sumber berkaitan dengan sesuatu nod dan nama. • Diletakkan di dalam fail zon • Digunakan untuk mendefinisikan objek di dalam domain.
ASAS BIND Jenis rekod asasRR (RESOURCE RECORD): • SOA, Start Of Authority • NS, Name Server • A, Address • CNAME, Canonical NAME • PTR, PoinTeR • MX, Mail eXchange
ASAS BIND Jenis rekod asas RR : - • SOA, Start Of Authority • Mengenal pasti sumber terbaik mendapatkan data sesuatu domain. • Penanda permulaan RR. • Satu SOA sahaja dibenarkan di dalam satu zon fail. SYED.COM IN SOA NS.SYED.COM. HOSTMASTER.SYED.COM.
ASAS BIND • NS, Name Server - Mengenal pasti pelayan autoriti untuk sesuatu domain. • A, Address - Memetakan nama perumah kepada alamat IP. HASHIM.SYED.COM. 518400 A 212.55.67.88.9
ASAS BIND • CNAME, Canonical NAME - Memetakan nama samaran kepada nama sebenar (berkanun). HASHIM.SYED.COM CNAME ABAH.SYED.COM. • PTR, PoinTeR • Memetakan alamat IP kepada nama 9.88.67.55.212 IN PTR HASHIM.SYED.COM.
ASAS BIND • MX, Mail eXchange - Menunjukkan rekod perumah (host) yang sepatutnya memproses atau menerima e-mel (MTA) untuk sesuatu domain. IN MX 10 MAIL.SYED.COM.
JENIS – JENIS KONFIGURASI BIND SELAKU PELAYAN DNS • Utama (PRIMARY ) • Pelayan utama DNS • Memegang informasi fail zon sesuatu domain. • Pendua (SECONDARY) • Pelayan pendua DNS • Perpindahan domain (domain transfer). • Load-balancing • Ambil alih tugas pelayan utama, jika berlaku ralat.
JENIS – JENIS KONFIGURASI BIND SELAKU PELAYAN DNS • IN-ADDR (Pemetaan Songsang) • Sediakan pemetaan dari alamat IP kepada nama menggunakan domain IN_ADDR. • Kaedah ini diselesaikan dengan mengambil alamat IP & dipadankan dengan rekod perumah domain. (domain host)
ASAH BAKAT 1 Konfigurasi BIND Anda diminta untuk membangunkan domain aljufry.org.my yang mempunyai:- • 2 pelayan DNS • 1 pelayan e-mel • Beberapa perumah lain.
ASAH BAKAT 1 Konfigurasi BIND • Untuk memudahkan pembangunan perkhidmatan DNS , bangunkan rajah konfigurasi terlebih dahulu. • Isu permohonan perlu diambil kira sekiranya ingin membangunkan domain yang sah. • Di Malaysia badan yang bertanggungjawab ialah MyNic , terletak di Taman Teknologi Malaysia.
ASAH BAKAT 1 Konfigurasi BIND Tambah informasi domain ke dalam fail /etc/named.conf Domain: aljufry.org.my. Rekod DNS: dns1.aljufry.org.my. dns2.aljufry.org.my. Rekod MX: mail.aljufry.org.my. Rekod Perumah: dns1.aljufry.org.my. 202.187.33.2 dns2.aljufry.org.my. 66.44.73.1 mail.aljufry.org.my. 202.187.33.3 www.aljufry.org.my. 202.187.33.10 khalid.aljufry.org.my. linux.aljufry.org.my. 202.187.33.11 hashim.aljufry.org.my. 202.187.33.12 alaweeyah.aljufry.org.my. 202.187.33.13
ASAH BAKAT 1 Konfigurasi BIND • Buat fail pemetaan terus di /var/named/aljufry.forward • Buat fail pemetaan songsang di /var/named/aljufry.reverse • Pastikan semua penetapan keizinan dan pemilik fail dan lipatan adalah betul.
ASAH BAKAT 1 Konfigurasi BIND • Mulakan perkhidmatan dengan menjalankan arahan : service named start • Kadangkala anda mungkin mengalami masalah menutup perkhidmatan di Red Hat 9 kerana ia mengandungi pepijat. • Oleh itu anda boleh melakukan penutupan secara manual dengan menggunakan arahan kill.