160 likes | 333 Views
MENZAHIRKAN ASPIRASI MURID MELALUI GAYA KEPEMIMPINAN ABAD KE-21. Oleh, Haji Mohd. Nor bin Abdul Ghani, Pengarah Pelajaran Johor.
E N D
MENZAHIRKAN ASPIRASI MURID MELALUI GAYA KEPEMIMPINAN ABAD KE-21 Oleh, Haji Mohd. Nor bin Abdul Ghani, Pengarah Pelajaran Johor
Tahun 2013 pastinya amat mencabar bukan sahaja kerana pada tahun ini akan berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 yang menjadi penentu lanskap politik di negara ini. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan sedikit sebanyak pastinya akan mempengaruhi hala tuju pendidikan di Negara ini Mukaddimah continued….
1.1 Cabaran Pilihan raya Umum ke-13 sebenarnya bukan sekadar memilih parti mana yang memimpin kerajaan sebaliknya lebih besar dari itu. Cabaran sebenar pastinya merujuk kepada matlamat dan hala tuju pendidikan biar parti mana sekalipun yang akan menjadi pemerintah. Sebagai anggota kerajaan di peringkat kumpulan pelaksana, kita tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap kerajaan yang dipilih. Sebaliknya ketaatan kita adalah kepada Yang Dipertuan Agong dan “government of the day”. 1. PRU 13 continued….
1.2Sementara itu, seluruh warga pendidikan di semua peringkat, sama ada di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah harus sentiasa dingatkan agar tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sebagai sebahagian jentera parti sehingga menjejaskan komitmen terhadap perkhidmatan awam. Tanggungjawab penjawat awam
1.3Tidak membuat apa jua tindakan / keputusan sama ada yang berhubungan dengan pertukaran staf / guru, pertukaran setara dan sebagainya sehingga menimbulkan rasa kurang senang sehingga akhirnya mengundang masalah tertentu sehingga menjejaskan peluang parti pemerintah Isu-isu berkaitan PRU 13
2.12013 juga dilihat amat mencabar kerana tahun ini “kick-off” iaitu tahun bermulanya satu lagi agenda besar pendidikan Negara alaf ke-21. Hasrat untuk meletakkan pendidikan Negara ke tahap satu pertiga atas (1/3 top)secara perbandingan dengan Negara-negara lain berasaskan kayu ukur PISA dan TIMMS. 2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
2.1 kita harus bersedia dan mampu mencapai keberhasilan Utama yang antara lain termasuklah 100% literasi murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping kemahiran numerasi selepas 3 tahun persekolahan. Kita juga harus mencapai 92% enrolmen prasekolah, 98% sekolah rendah dan 95% enrolmen menengah rendah. Sementara itu, kita juga harus Berjaya mengurangkan jurang pencapaian ke tahap 25% antara Bandar dan luar Bandar. 2.1 Cabaran Gelombang Pertama PPPM
2.1.1 Membimbing Gguru secara khusus bagi meningkatkan Standard Gurukhususnya dalam mata pelajaran teras seperti Matematik, Sains, BM dan BI. • 2.1.2 Mewujudkan Pembiombing Pengetua yang berdedikasi untuk sekolah band 5, 6, 7 dan mengukuhkan criteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi mengukuhkan kepimpinan sekolah • 2.1.3 Merombak soalan peperiksaan dengan member tumpuankepada peningkatan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) Cabaran Gelombang Pertama PPPM
2.1.4 Standard BM yang sama dilaksanakan pada peringkat rendah dengan penyediaan bantuan pemulihan kepada murid lemah dalam BM dan BI • 2.1.5 Melaksanakan 1Bestari Net ke semua sekolah untuk integrasi ICT dan pembelajaran harian • 2.1.6 Memastikan sokongan daripada PPD ditumpukajn kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid dengan keperluan khusus melonjakkan peningkatan sekolah Cabaran Gelombang Pertama PPPM
2.1.7 Meningkatkan enrolmen dan penglibatan ibu bapa serta menawarkan pendidikan vokasional yang lebih baik untuk meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah • 2.1.8 Mentranformasi kementerian bermula dengan meletaklkan pemimpin terbaik untuk menerajui JPN damn PPD bagi meningkatkan system penyampaian KPM Cabaran Gelombang Pertama PPPM
3.1 Visi jelas uyang dikongsi sehingga ke peringkat akar umbi. Bukan sekadar warga pendidikan di semua peringkat malah sehingga ke tahap ibu bapa dan murid-murid puin boleh memahami visi pendidikan negeri Johor. • 3.2 Memberi keutamaan kepada program yang menjurus kepada keberhasilan akademik. Komitmen kita adalah memberi priority kepada pencapaian akademik. 3. TOV Pendidikan – kejayaan pendidikan negeri
3.3 Budaya prestasi tinggi berteras data menjadikan pelbagai usaha pembaikan pencapaian bersifat strategical strategic. Ini mudah difahami melalui penggunaan strategi headcount secara meluas dan mendasari sehingga ke peringkat akar umbi. • 3.4 Pembangunan professional untuk pemimpin daerah dan sekolah mengikut fasa. Kejituan usaha menterjemah kepimpinan instructional di semua peringkat pendidikan khususnya bagi pemimpin pertengahan menjadikan banyak perkara positif terbina. 3. TOV Pendidikan
3.5 Menggariskan standard minimum amalan terbaik. Pengenalan terhadap Plan-J dan Minimum Standard syllabus mengukuh strategi menjana potensi murid • 3.6 Intervensi berbeza berdasarkan pencapaian. Fokus pembaikan murid mengikut kebolehan. 3. TOV Pendidikan
3.7 masih terbelenggu dengan pelbagai isu yang mencengkam • 3.7.1 Sikap sebilangan kecil guru dan kepimpinan sekolah yang tidak melihat murid-murid sebagai aset dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan. • 3.7.2 Akauntabiliti dan integriti segelintir guru dan kepimpinan sekolah yang masih di takuk lama. Kecuaian pengurusan menyebabkan audit berteguran bagi pengurusan kewangan terus berlaku 3. TOV Pendidikan – isu yang membelenggu
3.7.3 Keadaan fizikal dan prasarana sekolah tidak menggambarkan cirri-ciri pendikan alaf ke-21. Dinding bangunan berkulat, pagar sekolah tidak terurus dengan rumput dan pagar roboh, longkang dan persekitaran sekolah kotor, cermin dan daun pintu bilik-bilik darjah terlopong, bilik darjah tidak bersih, kusam dan tidak merangsang suasana pembelajaran dan banyak lagi kecacatan dan kepincangan pendidikan masih berlaku dan keadaan ini harus diberi perhatian serius. 3. TOV Pendidikan – isu yang membelenggu
3.7.4 Kualiti pengurusan kurikulum temasuk pengurusan panitia dan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik juga harus dibaiki segera. Fokus kepada menjana potensi mjrid tidak sewajarnya sehingga menyebabkan proses pembelajaran menjadi jumud dan tidak menarik. 3. TOV Pendidikan – isu yang membelenggu