260 likes | 1.08k Views
PROSES PENCAPAIAN KEMERDEKAAN. Negara dijajah oleh kuasa asing lebih kurang 446 tahun (1511-1957)Pihak penjajah sentiasa mendapat tentanganPerjuangan penduduk negara ini menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan boleh dibahagikan kepada 2 tahap. Tahap I
E N D
1. MPW 1133MALAYSIAN STUDIES MINGGU KE-4
KULIAH 1V
PROSES POLITIK
2. PROSES PENCAPAIAN KEMERDEKAAN Negara dijajah oleh kuasa asing lebih kurang 446 tahun (1511-1957)
Pihak penjajah sentiasa mendapat tentangan
Perjuangan penduduk negara ini menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan boleh dibahagikan kepada 2 tahap.
Tahap I – Perjuangan berdarah.
Tahap II – Perjuangan tanpa pertumpahan darah.
3. Tahap I - Perjuangan Berdarah Perjuangan orang Melayu menentang penjajah bermula dengan penjajahan:
- Portugis ke atas kerajaan Melayu Melaka
(1511).
- Perjuangan corak ini ini berterusan sehingga
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
5. Faktor-faktor Penentangan Terhadap Penjajah Penduduk tempatan, pembesar & raja kehilangan kuasa dalam negeri sendiri
Sumber bumi dieksploitasi oleh penjajah
Penjajah menguasai sistem cukai & mengenakan cukai baru
Penjajah tidak menghormati adat resam tempatan malah mahu menghapuskannya
Pembesar-pembesar kehilangan sumber pendapatan.
6. Tahap II – Perjuangan Tanpa Pertumpahan Darah Perjuangan pada tahap ini (menjelang abad ke-20) menggunakan:
- pertubuhan sebagai saluran untuk
- persatuan memperjuangkan
- media massa kemerdekaan
Perjuangan corak ini dipraktikkan sehingga negara kita mencapai kemerdekaan.
7. Pengaruh & Semangat Perjuangan Kebangsaan di Kalangan Penduduk
8. Malayan Union Penjajah Jepun menyerah kalah (1945)
Selepas itu Tanah Melayu (TM) dikuasai oleh PKM selama 14 hari.
British kembali ke TM pada Sept. 1945 & ambil alih pemerintahan TM dari PKM.
British menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA) & menggantikannya
Malayan Union (MU).
9. Tujuan MU diperkenalkan Untuk memelihara kepentingan Inggeris terutamanya ekonomi di TM
Untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di TM
Untuk menjimatkan kos pentadbiran negeri-negeri Melayu
Untuk menyediakan penduduk TM ke arah berkerajaan sendiri.
10. Ciri-ciri MU Terdiri dari 9 buah negeri Melayu, Pulau Pinang & Melaka. Singapura tidak dimasukkan.
Pusat pentadbiran di Kuala Lumpur & diketuai oleh Gabenor Inggeris
Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan.
Mereka hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor, berkuasa dalam soal agama Islam & adat istiadat Melayu dengan mengetuai Majlis Penasihat Melayu di negeri
masing-masing.
Hak kewarganegaraan yang sama rata tanpa mengira bangsa & asal keturunan
Kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat
11. Faktor2 Penentangan Orang Melayu Terhadap MU Pemberian kerakyatan kepada orang bukan Melayu dengan mudah
Hak istimewa orang Melayu sebagai kaum bumiputera akan terhapus
Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu
Peras ugut oleh Harold Mac Michael untuk memperolehi tandatangan daripada raja-raja Melayu.
12. Penentangan Terhadap MU Penentangan individu dengan menggunakan media massa seperti akhbar Majlis dan Utusan Melayu untuk mengkritik & menentang MU
Penentangan kolektif dengan persatuan dan pertubuhan melancarkan demontrasi
Menubuhkan UMNO
13. Sebab2 MU Gagal Tentangan hebat dari orang Melayu
Tiadanya sokongan kuat dari orang bukan Melayu.
Antara sebabnya ialah kerana Singapura tidak dimasukkan ke dalam MU
Ketidaksesuaian masa.
Masih wujud perasaan perkauman dan permusuhan antara orang Melayu dan Cina.
Cara pengenalan yang salah.
MU digubal di London tanpa mengira situasi dan kehendak penduduk TM
Tentangan dari bekas pentadbir Inggeris di TM seperti R.O. Winstedt, Frank Swettenham, George Maxwell dan Cecil Clementi Smith.
14. Persekutuan Tanah Melayu (PTM) Satu Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan baru menggantikan MU.
Jawatankuasa ini terdiri dari:
- 6 orang pegawai British
- 4 orang wakil raja-raja Melayu
- 2 orang wakil UMNO.
15. Tumpuan Utama Dalam Menggubal Perlembagaan Baru Kedaulatan & kuasa raja2 Melayu dipelihara
Syarat-syarat warganegara yang lebih ketat bagi orang bukan Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin
16. Golongan Yang Menentang AMCJA (All-Malaya Council of joint Action) diketuai oleh Tan Cheng Lock.
AMCJA terdiri daripada:
- MIC (Malayan Indian Congress/Kongress India Malaya)
- Malayan People’s Anti Japanese Ex-Services
Comrades Association
- Pan-Malayan Federation of Trade Unions.
PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat).
PUTERA terdiri daripada:
- API (Angkatan Pemuda Insaf)
- PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya)
- AWAS (Angkatan Wanita Sedar)
PTM akhirnya berjaya ditubuhkan pada 1 Februari 1948
17. Ciri-Ciri PTM PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka dan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Singapura masih dikekalkan sebagai tanah jajahan British
Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
Raja-raja Melayu dikembalikan semula hak mereka ke atas negeri masing-masing.
Kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas pentadbiran kerajaan tempatan, urusan tanah, kesihatan, pendidikan dan pertanian.
Syarat-syarat warganegara diperketatkan
Hak-hak istimewa orang Melayu diiktiraf
18. Pemberian Kemerdekaan Kerajaan British mahu memberikan kemerdekaan kepada TM tetapi terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi terlebih dahulu. Antara masalah tersebut ialah masalah perpaduan kaum yang merangkumi masalah bahasa, masalah kerakyatan, masalah agama, masalah pendidikan dan masalah sosial.
19. Langkah Mengatasi Masalah Perpaduan Kaum Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum.
Tujuan: membincangkan masalah perkauman secara terbuka.
Jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan antaranya:
- memberikan kemudahan kepada orang Melayu
- menceburkan diri dalam perniagaan & perindustrian
- memberikan hak politik kepada orang bukan Melayu.
Untuk mencapai matlamat ini, beberapa langkah telah diambil seperti:
- melonggarkan hak kerakyatan kepada orang bukan Melayu
- menggalakkan orang Melayu terlibat dalam kegiatan ekonomi - memperkenalkan sistem pilihan raya.
20. Menubuhkan Sistem Ahli.
Sistem Ahli ini diharap dapat mengatasi masalah perkauman dengan mewujudkan pentadbiran bersama antara kaum.
British juga mahu membiasakan penduduk tempatan dengan sistem pentadbiran supaya nanti mereka boleh mentadbir negara apabila diberikan kemerdekaan kelak .
21. Parti2 Politik di TM Menjelang Kemerdekaan
22. Pilihan raya British menggunakan pilihnraya untuk menguji samada wujud atau tidak perpaduan antara kaum di Tanah Melayu. Antara pilihanraya yang diadakan ialah:
Pilihan raya Majlis Bandaran Georgetown.
Pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur (UMNO bergabung dengan MCA)
Pilihan raya Majlis Bandaran Johor Bahru
Pilihan raya Majlis Bandaran Seremban
Pilihan raya Majlis Bandaran Ipoh
Pilihan raya Majlis Bandaran Melaka
Pilihan raya Umum pada 27 Julai 1955.
- Perikatan telah menang besar dalam pilihan raya ini.
23. Rundingan Kemerdekaan Berikutan kemenangan besar dalam pilihan raya umum, Perikatan telah dipilih untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan British di London.
Dalam rundingan yang dijalankan, British telah bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
24. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) Perlembagaan PTM telah digubal oleh Suruhanjaya Reid dengan mengambil kira pandangan dan cadangan penduduk Tanah Melayu. Asas-asas perlembagaan yang telah dipersetujui bersama ialah:
Ketua negara Tanah Melayu ialah Yang Dipertuan Agong, sementara Raja-raja pula menjadi ketua di negeri masing-masing.
Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin oleh kerajaan.
25. BM dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.
Namun BI masih boleh digunakan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka.
Seseorang yang dilahirkan di TM pada @ selepas kemerdekaan, secara automatik menjadi warganegara Tanah Melayu
Walaupun Islam dijadikan agama rasmi Persekutun TM, namun kebebasan beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin.
26. Pengisytiharan Kemerdekaan TM mencapai kemerdekaan (31 Ogos 1957)
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama dan
Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman pula dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong Persekutuan TM
pertama