410 likes | 622 Views
KULIAH 5. MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA & PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. Cadangan awal – Lord Brassey (Pengarah SBBU) 1887. Tidak mendapat sambutan – 1888 wilayah Borneo disatukan di bwh naungan British.
E N D
KULIAH 5 MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA & PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA • Cadangan awal – Lord Brassey (Pengarah SBBU) 1887. Tidak mendapat sambutan – 1888 wilayah Borneo disatukan di bwh naungan British. • Slps Perang Dunia Kedua – cdgn penubuhan sebuah persekutuan utk kptgn British di rantau ini. • 1946 – cdgn T.H.Silcock (Prof di Universiti Malaya, S’pura), Thio Chan Bee (Parti Progresif S’pura) • 1953 – cdgn kelompok pedagang Cina.
Cadangan Malcolm Mac Donald (Psuruhjaya Agung bagi Asia Tenggara) – penyatuan wilayah Borneo dlm persekutuan – gagal kerana Brunei enggan berkongsi minyak dgn Sabah & Sarawak. • Tempoh 1953-1958 – British teruskan usaha utk merealisasikan hasrat tsb. • Cadangan Tunku A.Rahman – menghidupkan hasrat pegawai2 British pd masa lalu. • TAR maklumkan cdgn tsb dlm acara jamuan makan tghari Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di S’pura pd 27 Mei 1961. • Bagi TAR Malaya tidak dpt bertahan jika bersendirian memerangi komunis.
Alasan TAR utk menubuhkan Malaysia: 1. S’pura memang brhasrat bercantum dgn Malaya atas alasan ekonomi & politik. Kedudukan org Melayu sbg bumiputera akan terancam jika hanya bergabung dgn S’pura. 2. TAR bimbang ancaman komunis di S’pura yg boleh mempengaruhi PKM & org Cina di Malaya. 3. Jika S’pura tidak dikawal oleh Semenanjung, anasir komunis & golongan kiri akan ambil alih kuasa s’pura & akan mgancam kestabilan politik Malaya. 4. Kebimbangan Britain trhdp kptgn ekonomi & strateginya di s’pura & Malaya.
5. Kemasukan Sbh & S’wak menambah bilangan bumiputera & dpt kawal politik perkauman org Cina. • Di S’pura – idea percantuman dgn Malaya tlh lama diperjuangkan (1948-1950-an). • PAP/PETIR (1954) meneruskan idea ini. 1959 – PAP membentuk kerajaan S’pura & Lee Kuan Yew (PM S’pura) menjadikan percantuman dgn Malaya sbg objektif utama PAP. • Utk bercantum dgn Malaya – PAP sanggup menerima kedudukan BM sbg bhs kbgsaan; usaha memupuk kebudayaan Malaya & tolak politik perkauman. PAP yakin S’pura tak mungkin blh merdeka sendiri.
Bagi PAP & para pemimpinnya, perjuangan utk bercantum dgn PTM di dorong oleh 3 faktor utama: 1. Penyelesaian ekonomi S’pura, keperluan air, pertambahan penduduk & keperluan pasaran. 2. Keselamatan – slps PD2, S’pura tergugat dgn mslh pemogokan buruh, rusuhan & kegiatan komunis. 3. Kemerdekaan S’pura lbh trjamin jika kedudukan politik & ekonomi S’pura tlh stabil. • LKY menekankan bhw layanan thdp S’pura hdklah sama dgn Malaya & Borneo.
PAP juga brhdpn dgn mslh yg brkaitan dgn mskt Cina yg brpdidikan sekolah Cina & ideologi Marxis. Fhmn politik golongan kiri ini menyusup dlm kesatuan sekerja & pelajar sekolah Cina. • Usaha kjn mgatasi ancaman komunis sering dianggap oleh mskt Cina sbg tindakan anti-Cina. • Krisis dalaman PAP – sbhgian ahlinya brfhmn komunis menentang percantuman dgn Malaya. Golongan ini cuba menggulingkan LKY. Kelompok pro komunis diketuai Ong Eng Guan (Datuk Bandar S’pura). • 1961 - 13 org ahli Dewan Perundangan PAP keluar drp parti itu & menyertai pembangkang (Barisan Sosialis)pimpinan Dr. Lee Siew Choh &
Lim Chin Siong. Ahli Perundangan PAP tinggal 27 org drp 51 org ahli. • Prkbgn politik di S’pura mnybbkn TAR yakin bhw S’pura perlu berada dlm Malaysia. • PAP & PTM memulakan rundingan percantuman pd 23 Ogos 1961. Beberapa prsetujuan dicapai: 1. Prtahanan, hal ehwal luar & keselamatan dlm negeri dlm kawalan kjn prsekutuan. 2. S’pura mempunyai autonomi dlm perkara pendidikan & buruh. 3. S’pura tidak perlu menyerahkan semua hasil mahsul yg dikutip kpd kjn prsekutuan & S’pura sanggup terima 15 kerusi Dewan Rakyat Prsekutuan (drp 159 kerusi).
4. Dewan Perundangan S’pura jadi DUN. 5. S’pura kekal sbg pelabuhan bebas. 6. Wnegara S’pura berhak mjadi wnegara Persekutuan & menikmati hak yg sama kecuali dlm pilihan raya – rakyat S’pura hnya blh mengundi di S’pura shj. • Barisan sosialis menentang prcantuman tetapi LKY mahu rakyat membuat pilihan. PAP giat berkempen & pd 1 Sept.1962 pungutan suara diadakan & keputusannya 70.8% rakyat S’pura mahu brcantum dgn Malaya. • Prbincgn tentang syarat2 akhir prcantuman dimulakan awal 1963 & berterusan sehingga Perjanjian Malaysia ditandatangani (Julai 1963)
PENYERTAAN WILAYAH BORNEO DLM PERSEKUTUAN MALAYSIA • Di Borneo – sblm isu penubuhan Malaysia kesedaran politik tlh wujud tetapi kematangan politik tidak sama dgn Malaya & S’pura. • Slps tamat PD 2, Sbh & S’wak diserahkan kpd kjn British tetapi pemindahan pemerintahan tsb tidak membawa perubahan politik yg cepat terutamanya di Sabah. • Pnduduk Sabah mula mengenali organisasi politik demokrasi ala Barat pd th 1950 melalui perlembagaan – penubuhan Majlis Eksekutif & Majlis Perundangan.
Dlm Majlis Perundangan kjn British melantik 4 org peribumi. Antara 1950-an – 1961, bilangan mereka bertambah & memberikan kelebihan suara kpd rakyat Sbh. • Di S’wak, slps PD2 Council Negeri & Supreme Council dianggotai ahli2 peribumi selain org Cina & pegawai Eropah. • 1956 – Prlmbagaan baru S’wak digubal, adanya pemilihan ahli peringkat Majlis Daerah, Majlis Penasihat Bahagian & Majlis Prbandaran. • Semasa cdgn Malaysia dibuat, bilangan pnduduk Sbh 500,000 org (38 suku peribumi; 28% Dusun, 4% Murut & peribumi Islam (Bajau, Suluk dll) 1/3 drp jumlah pnduduk, Cina 24%.
Di S’wak – pnduduknya 750,000 org; Iban 30%, Dayak Darat 8%, Peribumi Islam (Melayu & Melanau) ¼ atau 25% drp jumlah pnduduk. Org Cina & kelompok lain 30% drp penduduk S’wak. • Kepelbagaian pnduduk di Sbh & S’wak menybbkan keadaan yg berbeza dgn Malaya & S’pura. PENUBUHAN PARTI2 POLITIK DI SABAH. • Cdgn Malaysia mencetuskan kesedaran politik di Sabah. • Ogos 1961 – UNKO ditubuhkan oleh Donald Stephen (pengusaha balak & penerbit akhbar) membiayai kegiatan UNKO.
UNKO ditubuhkan sbg lanjutan drp kongres persatuan2 Kadazan-Dusun pd Mac 1961. Sejak 1950-an Persatuan Kadazan bercorak sosiobudaya. • P’raya pertama di Sbh-Dis 1962 (p’raya Majlis Daerah & Majlis Tempatan). • UNKO – parti perkauman yg memperjuangkan kptgn org Kadazan-Dusun. 1/3 AJK Kerjanya trdiri drp org Sino-Kadazan & ahlinya ramai dr Penampang. Antara pemimpinnya: Peter Mojuntin, Ganie Gilong, G.S.Sundang (Ketua Kaum Murut). • Peringkat awal UNKO menentang Malaysia dlm keadaan peribumi masih mundur.
Dis 1961 – Rombongan UNKO diundang melawat Sem.T.Melayu & berpeluang melihat kemajuan Semenanjung slps merdeka – Felda & pmbangunan luar bandar. • Pemimpin UNKO mahukan kebebasan beragama dijamin; bhs Kadazan diajar di sekolah2, Sino-Kadazan dilindungi perlembagaan, hak Sbh kawal imigrasi, pegawai British kekal di Sbh sblm peribumi ambil alih jawatan tsb. • 23 Dis 1961 – USNO ditubuhkan oleh Datu Mustapha Datu Harun di Kudat. USNO bersifat berbilang kaum & menyokong penubuhan Malaysia.
USNO mengumpul ahli seramai 60,000 org & mencdgkan Islam sbg agama rasmi & BM sbg bhs kbgsaan Sabah. • Jan 1962 – Pasok Momogun (PM) pula ditubuhkan atas daya usaha saudagar Cina di Jesselton iaitu Peter Chin yg berjaya menggunakan Sedomon, Jaimi & G.S Sundang utk mengetuai parti tsb. • PM anti-Malaysia & keahliannya trdiri drp org Cina, Sino-Kadazan, Dusun Islam & Murut. • Selain 3 parti tsb, org Cina kmudiannya menubuhkan parti yg memperjuangkan kptgn org Cina yg menentang Malaysia. Org Cina berasa rugi jika politik dikuasai peribumi.
1962 – United Party ditubuhkan oleh Khoo Siak Chew di Sandakan yg memperjuangkan kptgn kaum pedagang Hakka & Teochew. • Di Jesselton pula, Peter Chin menubuhkan Democratic Party utk kptgn peniaga Hokkien & Hakka. • Peringkat awal parti2 Cina berbilang kaum tetapi menjelang p’raya Maj.Daerah mnjadi parti Cina (adanya pgruh MCA dr Semenanjung). Lahir Borneo Utara National Party (BUNAP) yg kemudiannya mjadi Sabah Chinese Association (SCA). Tokoh ptgnya ialah Khoo siak Chew (taukeh terkenal).
PERTUMBUHAN PARTI POLITIK DI SARAWAK • Parti pertama Sarawak United People’s Party (SUPP) yg ditubuhkan pd Jun 1959 di Kuching. SUPP adalah barisan hdpn pergerakan komunis S’wak. • SUPP dipimpin oleh Ong Kee Hui (Pengurus bank) & Stephen Yong & beraliran sosialis wlpun kbykn AJKnya taukeh Cina. SUPP terbuka utk semua bangsa & mempunyai cwgn di seluruh S’wak. • Pdgn2 komunis & Dewan Perniagaan Cina mewarnai perkembangan SUPP.
April 1960 – Parti Negara S’wak (PANAS) ditubuhkan oleh Datuk Bandar Abang Hj. Mustapha krn org Melayu perlukan parti utk menyaingi SUPP. • PANAS bersifat berbilang kaum. AJKnya trdiri drp org Cina, Iban & Melayu. • PANAS mahukan S’wak merdeka melalui Malaysia agar hak istimewa bumiputera S’wak trjamin. • Mac 1961- org Iban tubuhkan Sarawak National Party (SNAP) yg dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan (Pmbantu Hospital di Sykt Shell Brunei) & mdpt sokongan drp mskt Iban dr Bhg Kedua & Kelima di S’wak.
Dis 1961 – org Melayu yg tidak menyokong PANAS menubuhkan Barisan Jati Rakyat Sarawak (BARJASA) yg dipimpin oleh Abdul Rahman Yakub & Abdul Taib Mahmud. Parti ini disokong oleh org Melayu & Melanau di bhg Kedua & Ketiga S’wak. • Julai 1962 – sbhgian org Cina yg tidak brsetuju dgn penubuhan Malaysia & tidak menyokong SUPP menubuhkan Sarawak Chinese Association (SCA) dipimpin oleh Lim Beng Siew & William Tan, mencontohi peranan MCA di Malaya. SCA adalah parti konservatif Cina & disokong oleh kaum peniaga Cina dr suku Foochow & Teochew.
Ogos 1962- Temenggung Jugah anak Barieng (pemimpin Iban dr bhg Ketiga) keluar dr PANAS menubuhkan Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) brsama2 4 org pghulu Iban dr bhg Ketiga yg tidak brsetuju dgn org Iban di bhg Kedua yg menyokong SNAP. • Perkbgn politik di Sbh & S’wak mnjelang penubuhan Malaysia menunjukkan secara tiba2 kesedaran politik trcetus di kedua2 negeri itu. Kbykn parti politik yg mewakili peribumi akhirnya menyokong penubuhan Malaysia.
USAHA2 MEREALISASIKAN PENUBUHAN MALAYSIA Penubuhan JKuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). • JPPM ditubuhkan di S’pura pd Julai 1961 sbg usaha memberikan peluang kpd pemimpin dr setiap wilayah yg brcantum dlm Malaysia utk brmesyuarat tentang perkara2 yg berkaitan dgn penubuhan Malaysia. • Msyuarat pertama di Sabah (Ogos 1961), kedua di Kuching (Dis 1961), ketiga di KL (Jan 1962), akhir di S’pura (Feb 1962).
Dlm msyrt akhir, JPPM brsetuju utk kemukakan memorandum kpd Suruhanjaya Cobbold utk meninjau pdgn pnduduk Sabah & S’wak trhdp gagasan Malaysia. • JPPM juga brsetuju agar prlmbagaan PTM 1957 mnjadi asas prlmbagaan Malaysia tetapi beberapa prkara yg brkaitan dgn hak & masa depan wilaayah Borneo harus ditegaskan dlm S’jaya Cobbold. • Antara prkara yg dipersetujui oleh JPPM: • Malaysia hdklah mempunyai satu kerajaan persekutuan yg kuat.
2. Kjn Prsekutuan brkuasa dlm hbgn luar. 3. Islam sbg agama rasmi Malaysia. 4. Perwakilan dlm parlimen mgambil kira jumlah pnduduk & keluasan kawasan. 5. Kjn negeri brkuasa menentukan bilangan prwakilan dlm parlimen. 6. Layanan yg sama rata trhdp bumiputera Sbh & S’wak dgn org Melayu. 7. Kjn negeri brkuasa dlm bidang imigresen. • Oleh sbb wakil2 dlm JPPM adalah tokoh2 ptg yg mewakili wilayah mereka maka memorandum mereka mendapat sokongan drp penduduk yg mereka wakili.
Suruhanjaya Cobbold. • S’jaya ini brtujuan utk meninjau pendpt pnduduk Sbh & S’wak trhdp penubuhan Malaysia. Brasaskn tinjauan tsb, SC diminta membuat perakuan tentang bentuk negara Malaysia. • SC ditubuhkan pd Jan 1962, dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank England), ahli2nya trdiri drp Dato’ Wong Pow Nee, Mohd Ghazali Shafie, Anthony Abell & David Watherston. • SC mulakan tugas Feb-April 1962, brtemu dgn lbh srp 4000 org pnduduk & menerima lbh kurang 2000 memorandum.
Julai 1962, SC menyerahkan laporan & menyarankan agar Sbh & S’wak menyertai Malaysia dgn jaminan hak2nya akan dilindungi. Sebuah Jkuasa Antara Kerajaan (JAK) dibentuk bagi membincangkan isi Perjanjian Malaysia & Akta Malaysia yg akan memasukkn syarat negeri2 yg akan menyertai persekutuan itu. • Sabah kemukakan 20 perkara yg merupakan syarat kemasukan Sbh yg juga mencerminkan pdgn para pemimpin S’wak. • Pkara2 yg trkandung dlm 20 pkara: soal agama, bahasa, pndidikan, imigrasi, perwakilan dlm kjn persekutuan & kawalan thdp perkhidmatan awam.
Julai 1961- TAR & YDA memujuk Brunei menyertai Malaysia tetapi sejak awal rakyat Brunei tidak bersetuju. Satu suruhanjaya dibentuk utk menimbangkan cdgn Malaysia di Brunei. • S’jaya tsb dipengerusikan oleh Menteri Besar Brunei & anggotanya 2 org Melayu, 1 org Cina & 1 org Iban. Hasil tinjauan mrk (kbnykn rakyat khususnya ahli Parti Rakyat Brunei ) tidak brsetuju dgn penubuhan Malaysia. • PRB mahukan penubuhan gagasan yg menyatukan wilayah Borneo & mengembalikan kegemilangan kesultanan Brunei. PRB melancarkan pemberontakan pd 8 Dis 1962.
Slps pemberontakan tsb, Sultan Brunei mengetuai delegasi ke KL utk berunding dgn PTM, S’pura, Sbh & S’wak. Tetapi apabila Prjanjian Malaysia ditdtangani Brunei tidak ikut serta kerana: 1. Kelewatan sultan Brunei menerima surat drp kabinet PTM sedangkan TAR mengumumkan bhw surat yg menyatakan persetujuan Brunei tlh dihantar. 2. Brunei enggan menyerahkan hak kwln minyak kpd kjn persekutuanbuat selama-lamanya.
3. Isu giliran YDA. Sultan Brunei tidak mahu giliran mengikut kekananan, mahu jd YDA slps YDA yg memerintah 1961-1965 – Tuanku Syed Putra, Raja Perlis. • Brunei tidak menyertai Malaysia, sebaliknya PTM, S’pura, Sbh & S’wak tlh mgisytiharkan mnjelang Dis 1962, mrk brsetuju utk menubuhkan Malaysia pd 31 Ogos 1963. • Tentangan drp Indonesia & Filipina pd awal Ogos, tarikh tsb ditunda pada 16 September 1963 utk menunggu hasil tinjauan PBB yg mengesahkan bhw Malaysia mencerminkan kehendak rakyat Sbh & S’wak.
CABARAN YG DIHADAPI SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA • Gagasan Malaysia ditentang oleh Indonesia dan Filipina. • Filipina menuntut haknya terhadap Sabah sebagai hak warisan kesultanan Sulu. • Indonesia melancarkan konfrontasi & membangkitkan isu perkauman dgn menghidupkan kembali sentimen Nusantara dlm kalangan penduduk keturunan Melayu. Kesannya timbul ketegangan hubungan antara kaum di Malaya & Singapura.
Antara tahun 1963-1965 – kewujudan S’pura dlm Malaysia juga tlh menimbulkan ketegangan hubungan antara org Cina & Melayu. • Singapura tidak senang kerana tiada pemimpin mereka dlm Kabinet Menteri Persekutuan sekalipun S’pura diberikan15 kerusi dlm Dewan Rakyat. • Hubungan antara Tunku dgn LKY & pemimpin PAP tidak baik setelah kjn S’pura mgadakan p’raya secara trgesa2 5 hari slps Malaysia ditubuhkan. PAP menang 37 drp 51 kerusi Dewan Perundangan S’pura.
Dlm p’raya tsb, Parti Perikatan S’pura pimpinan Lim Yew Hock & Hamid Jumat tlh kalah. Kekalahan ini mengecewakan Tunku kerana Parti tersebut mendapat sokongan drp Perikatan di Malaya. • Pemimpin PTM juga tidak senang dgn tindakan LKY yg menubuhkan cawangan PAP di Malaya untuk menyaingi pengaruh MCA dlm kalangan org2 Cina di Malaya. • PAP juga berhasrat utk bertanding dlm p’raya Parlimen Malaysia 1964 wlpun pd 9 Sept 1963, LKY berjanji tidak akan bertanding utk merebut kerusi parlimen di Semenanjung. PAP cuba memotong jalan MCA dlm parlimen Malaysia dan dlm Parti Perikatan.
Dlm p’raya April1964, PAP meletakkan 9 org calon utk menentang MCA. Wlbmanapun kempen PAP di Malaya tidak berkesan. Pemimpin UMNO berjaya meyakinkan pengundi bhw dasar PAP itu berbahaya utk negara berbilang bangsa & akan memecahkan perpaduan rakyat. • PAP hanya menang 1 kerusi di kws Bangsar yg diwakili oleh Devan Nair. Kbykn calon hilang wang pertaruhan. Campurtgn PAP dlm p’raya di Semenanjung mybbkan LKY mula dipandang serong oleh Perikatan. • UMNO S’pura menyusun strategi utk bangkit membela nasib org Melayu.
Pd bulan Julai 1964, berlaku rusuhan kaum di S’pura ketika org2 Melayu mengadakan perarakan sambutan Maulidur-Rasul. Berlaku pergaduhan antara org Melayu dgn ahli PAP. Rusuhan itu mencederakan & mengorbankan beratus org. Perintah berkurung diisytiharkan di kws terlibat. • Beberapa siri rusuhan yg berlaku adalah sbg cetusan rasa tidak puas hati org Melayu trhdp kerajaan PAP yg tidak mghiraukan kptgn mereka. Org Melayu mahukan pembelaan spt yg berlaku di Semenanjung.
LKY menuduh rusuhan itu sengaja diadakan oleh pelampau dlm UMNO agar darurat diisytiharkan di S’pura. Sebaliknya Syed Jaafar Albar menyalahkan LKY merancang rusuhan utk kptgn peribadinya. • Mslh org Melayu S’pura & hasrat mereka mndpt sokongan drp pemimpin Melayu Semenanjung. Tun Abd Razak (TPM Malaysia) bertemu Goh Keng Swee (TPM S’pura) pd 28 Julai 1964 , meminta PAP menubuhkan kerajaan campuran & LKY melepaskan jawatan sbg PM S’pura. Kedua2 kjn (S’pura & PTM) tidak akan campurtgn dlm urusan politik negeri masing2.
Kjn S’pura juga diminta menguruskan hal-ehwal org Melayu dan PAP diingatkan agar tidak mempengaruhi org Melayu agar menyokong PAP. Cadangan ini ditolak oleh PAP. • Pihak UMNO di Malaya juga sgt tidak berpuas hati dgn sikap S’pura & LKY yg cuba mgungkit2 isu hak istimewa org Melayu & niat PAP utk mengubah corak pemerintahan kabinet Malaysia. • LKY mahu menghakis imej pemerintahan Malaysia yg dipimpin oleh org Melayu dgn memperkenalkan konsep “Malaysian Malaysia”
LKY menunjukkan cita2 PAP utk memerintah Malaysia dgn menggantikan MCA sbg rakan kongsi UMNO. Kempen “ Malaysian Malaysia” diperhebat & berjaya menarik sokongan parti2 Cina spt SUPP di S’wak, MACHINDA (sebuah kelompok berbilang kaum yg kecil di S’wak), United Democratic Party & People’s Progressive Party di Semenanjung. • Pd 9 Mei 1965, parti2 tsb bermesyuarat & tlh membentuk Malaysian Solidarity Convention (MSC) atau Perhimpunan Setiakawan Malaysia. Dua minggu slps konvensyen MSC, LKY memperlihatkan hasratnya utk menguasai Dewan Rakyat Malaysia & membentuk kerajaan.
Konsep “ Malaysian Malaysia” yg diperjuangkan oleh LKY itu sebenarnya mencabar satu drp syarat dlm Perjanjian Malaysia – Kedudukan istimewa org Melayu & peribumi Sabah & S’wak sbg bumiputera tidak blh diungkit. • LKY juga membangkitkan bhw isu kemiskinan org bumiputera bukan blh diringankan dgn memberikan hak istimewa. Citra pemerintahan Malaysia yg memberikan hak ini kpd org Melayu ditentang oleh PAP. Propaganda PAP menimbulkan ketegangan antara org Melayu & bukan Melayu hingga timbul desakan utk menangkap LKY.
Pd 12 Mei 1965, sekumpulan pemuda UMNO tlh berhimpun di luar Dewan Masyarakat Kg. Datuk Keramat, KL utk membakar patung LKY. 4 hari kemudian, ramai org Melayu berpiket di perkarangan bangunan DBP mempamerkan poster & sepanduk yg mendesak penggantungan perlembagaan S’pura & penangkapan LKY. • Menjelang Julai 1965, Utusan Melayu melaporkan bhw PAP menentang kedaulatan raja2 Melayu, Hak istimewa Melayu, Islam sbg agama rasmi & BM sbg bhs kebangsaan. • Tindakan PAP membawa padah kpd perhubungan antara org Cina & Melayu.
Disebabkan kebimbangan trhdp hubungan kaum yg bertambah merosot & sentimen kaum yg berleluasa, Tunku mula memikirkan kembali apakah patut S’pura berada dlm Malaysia? Krn lebih banyak mendatangkan kesulitan drp kebaikan. • Pada 7 Ogos 1965, perjanjian pemisahan dgn S’pura tlh ditandatangani & disahkan pd persidangan parlimen Malaysia pd 9 Ogos 1965. • Perpisahan S’pura menunjukkan bhw utk melestarikan hubungan inter-etnik yg tenteram & aman, syarat2 yg terkandung dlm perlembagaan tidak boleh digugat.
Isu2 yg sensitif tidak boleh dieksploitasi oleh mana2 pihak sehingga boleh menyalakan api perkauman & mengancam hubungan kaum. Hal ini terbukti lagi apabila berlaku rusuhan kaum pd 13 Mei 1969.