160 likes | 515 Views
Kuliah 4 Sejarah Konsep , dan Teori Analisis Kesalahan dan Kesilapan. Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Analisis Kesalahan.
E N D
Kuliah 4SejarahKonsep, danTeoriAnalisisKesalahandanKesilapan Prof.Madya Dr. ZaitulAzmaZainonHamzah JabatanBahasaMelayu FakultiBahasaModendanKomunikasi Universiti Putra Malaysia
Analisis Kesalahan • Kesalahan atau errors merupakan penyelewengan yang disebabkan oleh faktor kecekapan. • Pelajar belum memahami sistem linguistik bahasa yang digunakannya. Kesalahan terjadi secara konsisten. Oleh itu kesalahan bersifat sistematik. Kesalahan bersifat kekal jika tidak diperbaiki. Perbaikan selalunya dilakukan oleh guru.
Kesalahan juga biasanya dibuat oleh orang-orang yang tidak dapat menguasai sepenuhnya struktur tatabahasa. Kesalahan dilakukan oleh individu yang cuba mempelajari sesuatu bahasa sebagaimana yang dikatakan oleh Corder: • "...error refer to those features of the learner utterances which differ from those of any native speaker./' Corder, S.P. (193)
Bell (1981: 172) pula telah mentakrifkan kesalahan bahasa itu sebagai : • "....the grammatically incorrect form..An error is a sure sign that the learner has not mastered the code of the target language..and it indicates faulty knowledge of the grammar..." • Kenyataan Bell itu menekankan bahawa kesalahan bahasa membawa maksud sebagai bentuk-bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk yang baku, iaitu suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal.
George, V.H. (1969) : • Menurut George, V.H. (1969) pula, kesalahansebagai: • "...an errors is an unwanted form specially, a form which a particular course designer or teacher does not want...." George, V.H. (1969) • Kenyataan George itumembawamaksudbahawakesalahanbahasaitusebagaibentuk-bentuk yang ' tidakdikehendaki' (unwanted forms) khususnyaoleh guru-guru atauorang yang merangkakursus. Kenyataaninimemperkatakanhubunganantara guru denganpelajar.
Analisis kesalahan juga merupakan bidang linguistik terapan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bidang ini dijadikan prosedur kerja oleh guru atau pengkaji bahasa untuk mengumpul data, mengkaji kesilapan, menganalisis kekerapan kesilapan dan peringkat kesilapan, melihat punca-punca kesilapan, membandingkan kesilapan bahasa lisan dan tulisan seterusnya dibuat penilaian.
Analisis Kesilapan • Analisis kesilapan yang membawa maksud teknik untuk mengukur kemajuan belajar bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh seseorang atau kelompok, Harimurti, Kridalaksana (1983). • Menurut Corder (1981), analisis kesilapan juga dapat memberikan maklumat tentang daerah-daerah dan punca-punca kesulitan pelajar yang perlu diberikan tumpuan dan daripadanya dapat dicadangkan langkah-langkah pembaikannya. • Coder (1981) mendefinisikan kesilapan bahasa (mistake) sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-kawan (1994).
Kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur bahasa dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan istilah. • Mengikut Bell (1981), kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk pertuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa itu. Kesilapan bahasa juga merujuk kepada bentuk-bentuk kelemahan pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja (Dulay et al., 1982 dan Hammersly,1982).
Ciri-ciri Kesilapan • Pendekatananalisiskesilapanbermulasecaraseriusdansistematikpadaakhirtahun 1960-an. Padamasaituahli-ahlilinguistiktelahmenunjukkanminat yang khususterhadapkesilapan yang dilakukanolehpelajar. Mengikutkajian Wyatt dan Chen, kategoriciri-cirikesilapan yang biasadilakukanolehpelajaradalahdarisegi (mengikutkekerapan): • a. Ejaan • b. TandaBacaan • c. StrukturAyat • d. KesalahanTatabahasa • e. Kekeliruanatausalahgunaperkataandansimpulanbahasa • f. Bahasaringkas, pemendekan, ayatbergantungdanbahasa • yang tidak standard • g. Pengulangan • h. Ujaran-ujaran yang kakudantidakbermaknalangsung • i. Kecuaian.
Jenis kesilapan • Carl James (1998) telahmembahagikankesilapanleksikal secara umumnyakepadaduakategoriutama, pertama, kesilapanbentuk kata (wordform) yang menyentuhaspekmorfologi dan fonologi. Kedua, kesilapansemantik yang meliputikekeliruanhubunganmakna antara perkataansepertihiponim, sinonim, superonim dan sebagainyasertakolokasi. Beliauseterusnyamengelaskankategorikesilapantersebutkepadakesilapaninterlingual dan intralingual.
Kesilapanintralingualmelibatkankesilapanbentuk/polaperkataan. Kesilapanintralingualmerangkumikesilapanpemilihanpola kata termasukpola yang tidakditerimadalamsesuatubahasa, ejaan, pengguguran dan penambahanperkataanataudinamakansebagai ‘kelewahan kata’ dalamayat, kolokasi, penggunaanperkataan yang sukardifahami dan penciptaanperkataan yang tidakditerimaolehbahasasasaran. • Kesilapaninterlingual pula merangkumikesilapanterjemahan secara literal daripadabahasaibunda, penciptaan kata (wordcoinage), peminjamanbahasa (bororwing), pinjamterjemahan (loan translation), dan pengalihankod (codeswitching).
kesilapanberkaitanleksikaltelahdiklasifikasikankepada 8 kategori, iaitu: • Kesilapanortografi/ejaan • Kesilapanterjemahansecara literal • Kesilapan penambahan perkataan yang tidak perlu • Kesilapan penggunaan bentuk/pola perkataan dalam ayat • Kesilapanpemilihanperkataan yang sesuai • Kesilapanpengguguranperkataan yang diperlukan • Kesilapanpenggunaankatapinjaman • Kesilapanpengalihankod
KepentinganA.Kesalahan Dan Kesilapan • Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar tidak harus dianggap sebagai kegagalan. • Kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar merupakan usaha mengenal pasti dan menentukan rumus-rumus bahasa yang dipelajari.
Membantu guru membantu para pelajarnya. Guru dapat mengesan daerah kelemahan pelajar dan membantu pelajar membetulkan kesalahan mereka • Membantu guru menentukan asas sesuatu pengajaran harus dimulakan. • Dapat meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran bahasa. • Mengatasi masalah pemindahan bahasa dalam kalangan pelajar.