E N D
APAKAH ITU PATENT? • Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesautu, ataupun untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah. Paten memberi hak kepada pemilik memegang ,memindah dan memberi lesen bagi pengeluaran dan penjualan sesuatu produk.
Patent adalah hak ip • Item yang boleh dipaten proses,mesin,tanaman,kombinasi element kimia,pembaharuan pada barang yang sedia ada
SIAPAKAH LAYAK MEMOHON? • Semua orang boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu ataupun dengan perkongsian. Perkataan “orang” tidak dihadkan kepada orang perseorangan sahaja malah ianya juga termasuk sesuatu syarikat.
TEMPOH PERLINDUNGAN • Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan manakala perbaharuan utiliti dilindungi 10+5+5 tahun daripada tarikh pemfailan.
Untuk mendapatkan pemberian paten, sesuatu rekacipta hendaklah • baru yang bermaksud sesautu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada awam di mana-mana di dunia ini • mempunyai langkah mrekacipta yang mana rekacipta tersebut tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang teknologi rekacipta tersebut; dan • dapat digunakan pada industri yang bermaksud dapat dibuat atau digunakan untuk berbagai jenis industri untuk mendapat sijil perbaharuan utiliti, sesuatu rekacipta hanya perlu baru.
REKACIPTA YANG TIDAK BOLEH DIPATENKAN • Penemuan teori-teori sainstifik dan kaedah-kaedah matematik; • Kepelbagaian tumbuhan atau binatang atau proses biologi yang perlu bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selaian dari mikro-organisma hidup buatan manusia proses mikro-biologi dan keluaran daripada proses mikroorganisma itu; • Skim, kaedah atau cara untuk menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan; dan • Cara untuk merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi dan cara diagnosisi yang dilakukan ke atas tubuh manusia atau binatang.
Apakah Hakcipta? • Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik karya yang berhakcipta bagi satu tempoh yang ditetapkan. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut; • usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; • karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan; dan • penciptanya adalah orang yang berkelayakan atau karyanya telah dibuat di Malaysia atau karyanya mula-mulanya diterbitkan di Malaysia.
Apakah Karya-Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Hakcipta? • Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah; • karya sastera • karya muzik • karya seni • filem • rakaman bunyi • siaran dan • karya terbitan
Apakah Hak-Hak Eksklusif Pemilik Hakcipta? • Umumnya pemilik karya hakcipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal:- • pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan(termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) • pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam • penyampain kepada orang awam • pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui perjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain dan • penyewaan secara komersial kepada orang awam
Berapa Lamakah Tempoh Hakcipta Berakhir? • Hakcipta bagi karya sastera, muzik dan seni wujud semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya lain, jangkamasa perlindungan karya-karya tersebut ialah 50 tahun dari permulaan tahun kelendar berikut dengan tahun karya-karya berkenaan mula diterbitkan.
Siapakah Yang Bertanggungjawab Terhadap Penguatkuasaan Hakcipta? • Akta Hakcipta 1987 memberi kuasa kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undung tersebut. Akta itu memberi kuasa yang perlu kepada agensi penguatkuasa untuk melaksanakan langkah anti-cetak rompak dengan berkesan. Pemilik hakcipta perlu mengemukakan aduan rasmi yang disokong oleh dokumen perlu kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, jika mereka mengesyaki berlaku pelanggaran. Tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak berkuasa terbabit.
APAKAH CAP DAGANGAN? • Cap Dagangan ialah apa-apa Tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seorang perniaga dengan peniaga-peniaga yang lain. • Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. • Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan perniaga tertentu.
FUNGSI CAP DAGANGAN • Fungsi Asal • Cap Dagangan dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan perkhidmatan. • Fungsi Pemilihan • Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan • Fungsi Kualiti • Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barangan atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya. • Fungsi Pemasaran • Peranan Cap Dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan. • Fungsi Ekonomi • Cap-cap yang telah “established” di pasaran menjadi asset yang sangat bernilai. Cap tersebut boleh dilesenkan atau di “Franchise” kan.
UNDANG UNDANG YANG MELINDUNGI CAP DAGANGAN • Akta Cap Dagangan 1976 • Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997(Pindaan 2001)
ADAKAH PENDAFTARAN DI MALAYSIA MEMBERI PERLINDUNGAN DI SELURUH DUNIA?
TIDAK. Sekiranya pemilik cap dagangan ingin mendapat perlindungan di luar negeri, mereka perlu membuat permohonan secara berasingan di setiap negeri yang dikehendaki. Bagaimana pun permohonan pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk menuntut “Hak Keutamaan” bagi pendaftaran di Negara-negara ahli Konvensyen Paris dan WTO.
TEMPOH SAH PENDAFTARAN • Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh sepuluh (10) tahun daripada tarikh permohonan. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat bagi setiap sepuluh tahun selagi masih berminat.
APAKAH YANG DIDAFTARKAN SEBAGAI CAP DAGANGAN • Apa-apa tanda yang distinktif yang digunakan oleh mana-mana peniaga atau pengeluar yang dapat menjadi pengenalan kepada barangan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan boleh didaftarkan sebagai cap dagangan. Tanda- tanda tersebut termasuklah jenama. logo syarikat atau perniagaan, label, gambar, lukisan dan sebagainya.
HOW AM I MADE A BANKRUPT ? • In bankruptcy proceedings, your total judgment debt must be more than RM30,000. Bankruptcy notice will be issued and served on you. If you did not response within the time limit for full settlement or negotiation of settlement proposal, you have committed an act of bankruptcy. • The court will makes a Receiving and Adjudication order after the bankruptcy petition has been presented. There are two types of Bankruptcy petition - Debtor's petition where you present the petition and Creditors' petition which will be presented by your creditors. • Even if you refuse to acknowledge or agree to the order, a Receiving and Adjudication order can still be made. Thus you are advise to cooperate fully once bankruptcy proceedings have begun. • If you dispute the creditors' claims, make sure you try and reach a settlement before the Receiving and Adjudication Order. The Receiving and Adjudication Order is made if not contested on the bankruptcy petition hearing. • You are being declared a bankrupt once the Receiving and Adjudication Order is made.
Perniagaan milikan tunggal • Tertakluk dibawah akta perniagaan 1956 • Didaftarkan dibawah SSM • Bayaran RM30 nagi milikan tunggal yang menggunakan nama peribadi mengikut IC dan RM60 jika selain dari nama sendiri
Kelebihan • Mudah untuk ditubuhkan • Pemilik mempunyai kuasa penuh keatas sebarang keputusan • Maklumat perniagaan dapat dirahsiakan • Keuntungan tak perlu diagihkan • Keuntungan hanya dikenakan cukai pendapatan individu • Bebas dari cukai syarikat
Kekurangan • Modal terhad • Kesukaran mendapat modal perniagaan • Pemilik mempunyai liabiliti yang tidak terhad • Kesinambungan perniagaan tidak terjamin. Jika pemilik bersara atau meninggal dunia perniagaan terpaksa ditutup • Kemahiran dan kebolehan terhad
Perkongsian • Dibawah akta perkongsian 1956 • Keahlian antara dua hingga dua puluh orang • Perjanjian tidak mesti ditulis akan tetapi memudah kan bagi rujukan masa depan jika terdapat sebarang isu. Cth Ahli meninggal dunia atau menarik diri
Kelebihan perkongsian • Lebih mudah didaftarkan berbanding syarikat sendirian berhad • Sumber modal lebih banyak berbanding milikan tunggal • Tanggungjawab boleh diagih antara ahli • Hubungan antara ahli dan ganjaran dapat dilihat dengan jelas. Cth kongsi untung berdasar jumlah modal
Kekurangan • Tanggungjawab terhadap hutang dan liabiliti perniagaan tak terhad. • Keuntungan pernigaan terpaksa dibahagikan • Kesinambungan terhad terhadap ahli perkongsian dan terbubar sekiranya rakan perkongsian meninggal dunia • Potensi berlaku konflik antara ahli • Pengumpulan modal terhad kepada 20 org
Syarikat Terhad • Tertakluk dibawah akta syarikat 1965 • SSM akan keluarkan borang lapan bagi syarikat awam berhad dan borang 9 bagi syarikat sendirian berhad • Terbahagi kepada 3 kategori
Syarikat terhad mengikut saham • Liabiliti terhad mengikut jumlah saham • Sekiranya telah dibayar penuh mereka tidak mempunyai apa apa tanggungan
Syarikat terhad mengikut jaminan • Liabiliti ahli terhad mengikut jumlah jaminan yang akan disumbangkan sekiranya syarikat mengalami kerugian dan terpaksa dibubarkan • Ahli adalah dianggap penjamin keatas hutang sekiranya syarikat dibubarkan
Syarikat tidak terhad • Ditubuhkan atas prinsip tiada had keatas tanggungan keatas ahli –ahli • Tanggungan ahli terhenti setahun selepas keahliannya dalam syarikat tamat • Terbahagi 2 kategori 1) SDN BHD 2) AWAM BHD
Syarikat Sendirian Berhad • Ditubuh dibawah akta syarikat 1965 • Sekurang-kurangnya 2 ahli diperlukan • Terhad kepada 50 ahli pada satu masa • Ciri –ciri Mempunyai nama sendiri Boleh didakwa atau mendakwa atas nama sendiri dimahkamah mesti meletak perkataan Sendirian Berhad atau Sdn Bhd dibelakang nama syarikat
Kelebihan • Tanggungan /liabiliti terhad kepada sumbangan modal ahli sahaja • Lebih mudah mendapat modal • Penerusan hayat syarikat adalah terjamin dan tidak akan terbubar dengan kematian ,penarikan diri atau persaraan • Pemegang saham dilindungi oleh perundangan.Berhak mendapat bonus /dividen jika diputuskan syarikat • Pemilik tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan
Kekurangan • Sukar atau memakan masa untuk ditubuhkan • Cukai berganda perlu dibayar • Saham tidak boleh dijual melalui pasaran saham • Kerahsian maklumat .Tiada kerahsian segala rekod dan laporan berkaitan kewangan dan perjalanan syarikat perlu didedahkan kepada pemegang saham.Kerajan dan pemiutang juga boleh mengetahui maklumat ini. • Kemungkinan hilang kawalan terhadap syarikat bila majoriti saham dibeli
Syarikat awam berhad • Jika sykt Sdn Bhd ingin menambah jumlah ahli dr 50 ke atas bolehlah mengubah ke awam bhd • Bilangan ahli tidak terhad tetap sekurang kurangnya 7 ahli • Boleh menjual saham dipasaran saham • Mesti mengeluarkan imbangan duga dan laporan tahunan yang diaudit pada tiap tahun
Kelebihan • Saham boleh dijual beli dipasaran saham • Boleh mempelawa orang ramai membeli saham • Lebih mudah mendapatkan modal(saham/Bon/pinjaman)
Kekurangan • Sukar menekalkan suasanan dan perhungungan rapat antara pengurusan dan kakitangan dan atara pemegang saham dan pengurusan • Bilangan ahli terlalu ramai • Lebih rumit diuruskan dan akta syarikat 1965 lebih ketat untuk menjaga kepentingan pemegang saham • Berbagai cukai dikenaikan