100 likes | 545 Views
ULBS Bahasa Melayu. Nama: Anith Athira Binti Che Abd Rahim Tajuk: Perubahan Penduduk Negara Malaysia. DEFINISI. Perubahan penduduk – jumlah penduduk bertambah atau berkurang dalam setahun akibat pertambahan semula jadi dan migrasi. Pertambahan jumlah penduduk akan berlaku sekiranya:
E N D
ULBSBahasa Melayu Nama: Anith Athira Binti Che Abd Rahim Tajuk: Perubahan Penduduk Negara Malaysia
DEFINISI • Perubahan penduduk –jumlah penduduk bertambah atau berkurang dalam setahun akibat pertambahan semula jadi dan migrasi. • Pertambahan jumlah penduduk akan berlaku sekiranya: * terdapat lebih ramai bayi yang dilahirkan berbanding dengan kejadian kematian. * bilangan orang yang masuk (imigrasi) melebihi jumlah orang yang berpindah keluar (emigrasi).
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA
Faktor pertambahan semula jadi – perbezaan antara kadar kelahiran dengan kadar kematian. • Penduduk bertambah jika kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian. • Faktor migrasi: * Imigrasi – perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke negara Malaysia. * Emigrasi – perpindahan keluar penduduk negara Malaysia ke luar negara. • Migrasi akan menjadikan jumlah penduduk di sesuatu kawasan atau negeri itu bertambah atau berkurang.
Kadar kelahiran – jumlah kelahiran bayi dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk (kadar kelahirankasar). • Kadar kematian – jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk (kadar kematian kasar). • Migrasi – proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara.
PERUBAHAN PENDUDUK NEGARAMALAYSIA PADA MASA HADAPAN • Ciri penduduk kini : * Kadar kelahiran menurun daripada 28 orang bagi setiap 1 000 penduduk pada tahun 1990 kepada 23.5 orang pada tahun 2001. * Kadar kematian menurun daripada 4.6 orang bagi setiap 1 000 penduduk pada tahun 1990 kepada 4.4 orang pada tahun 2001. • Ciri penduduk masa hadapan : * Kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian, binaan, dan perkhidmatan. * Peningkatan warga tua. * Peningkatan kos rawatan dan kesihatan. • Langkah-langkah : * Galakan kepada pasangan suami isteri supaya mempunyai keluarga besar. * Menggunakan robot dan jentera di kilang. * Perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak. * Meningkatkan usia persaraan. * Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi.