270 likes | 486 Views
EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK. PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN arasid@putra.upm.edu.my. Edward de Bono. Lahir di Malta pada 1933 Bidang pemikiran kreatif Prinsip De Bono: A. sentiasa bersikap positif dan konstruktif B. tujuan berfikir C. pemikir alternatif
E N D
EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN arasid@putra.upm.edu.my
Lahir di Malta pada 1933 • Bidang pemikiran kreatif • Prinsip De Bono: • A. sentiasa bersikap positif dan konstruktif • B. tujuan berfikir • C. pemikir alternatif • D. penglibatan nilai
SIFAT KECERGASAN SEMULA JADI PADA KANAK-KANAK • Edward de Bono (1993) menggunakan pendekatan CoRT Thinking Programme yang membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak.
6 bahagian program Cognitive Research Trust • CoRT 1 – Keluasan • CoRT 2 – Organisasi • CoRT 3 – Interaksi • CoRT 4 – Kreativiti • CoRT 5 – Maklumat dan rasa • CoRT 6 - Tindakan
CoRT Program • CoRT 1 - terdapat perkara yang boleh diambil kira dan dikaitkan dengan kecerdasan pemikiran kreativiti kanak-kanak. • Aims, Goals and Objectives (AGO) – Tujuan, Matlamat dan Objektif • First Important Priorities (FIP) - Perkara Penting yang Menjadi Keutamaan • Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua faktor
Other People’s View (OPV) - Pandangan orang lain • Alternatives, Possibilities and Choices (APC) - Alternatif, kemungkinan, pilihan • Consequence & Sequel (C&S) - Kesan dan akibat daripada kesan • Plus, Minus & Interesting (PMI) – Yang baik, yang buruk dan yang menarik
Aims, Goals and Objectives (AGO) – Tujuan Matlamat dan Objektif • Membantu kanak-kanak supaya lebih fokus apabila berfikir. • Membantu supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat berfikir • Menyelesaikan masalah yang utama.
AGO dapat dikaitkan dengan tujuan asal seseorang itu berfikir. • Menggelak kanak-kanak daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dan hal yang remeh-temeh. • AGO juga menghalang kanak-kanak menyeleweng ke arah lain.
First Important Priorities (FIP) - Perkara penting yang menjadi keutamaan • FIP untuk membantu kanak-kanak supaya mengambil kira perkara-perkara yang mustahak • Menghalang kanak-kanak berfikir perkara yang tidak penting • Kanak-kanak menyusun perkara-perkara yang penting sahaja sebagai maklumat penting.
Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua faktor • Meluaskan pandangan ke arah yang penting. • Mudah dipelajari , diingat dan digunakan dalam kehidupan seharian. • Melatih otak kanak-kanak jangan berfikir satu hala sahaja. • Ia menolong meluaskan persepsi.
Other People’s View (OPV) - Pandangan orang lain • Kanak-kanak fikirkan ada memberi kesan kepada orang lain. • OPV membantu kanak-kanak memahami sudut pandangan orang lain. • Kanak-kanak boleh merasai apa kanak-kanak lain rasa.
Alternatives, Possibilities and Choices (APC) - Alternatif, kemungkinan, dan pilihan • Digunakan supaya kanak-kanak berfikir secara selari. • Mengkehendaki kanak-kanak berfikir mara ke depan dan beberapa perkara secara serentak. • Kanak-kanak akan mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi.
Consequence & Sequel (C&S) - Kesan dan akibat daripada kesan • Guna C&S untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. • Tujuannya untuk membuat penilaian secara terbaik.
Plus, Minus & Interesting (PMI) – baik, buruk dan menarik • Kanak-kanak mengarahkan mindanya ke arah yang penting sahaja. Individu yang cekap akan membuat penilaian atas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar. Penilaian mereka berdasarkan apa yang mereka tahu. • Mudah digunakan. Ia sangat sesuai dengan kehidupan seharian kanak-kanak.
ENAM TOPI BERFIKIR – Edward de Bono • Topi putih: Pemikiran berdasarkan maklumat, fakta dan data. Siapa?, berapa?, di mana?, bila?, bagaimana?. • Topi merah: Pemikiran berkaitan perasaan, naluri dan gerak hati. Apa? dan mengapa?
Topi hitam: Pemikiran perihal penghakiman, kebenaran dan kesesuaian fakta. • Kanak-kanak mengetahui kebenaran sama ada betul atau salah, benar ataupun palsu • Kanak-kanak dapat menghindarkan diri melakukan kesalahan, kesilapan ataupun membuat keputusan yang tidak bijak. Soalan yang sering ditanya ialah Adakah...? • Mementingkan realiti dan kebenaran. Kanak-kanak cenderung mencari apa-apa sahaja yang terbukti salah.
Topi kuning: Pemikiran berkaitan kelebihan, manfaat dan keunikan sesuatu idea. • Lambang pemikiran konstruktif, iaitu gaya pemikiran membina, mencari segala kebaikan, manfaat, kelebihan, keunikan ataupun faedah daripada mana-mana idea. Kanak-kanak akan bertanya: • Apakah manfaatnya? • Apakah faedahnya? • Di manakah kebaikannya?
Topi hijau: Memikir idea baharu, cadangan, eksplorasi dan alternatif. • Gaya pemikiran kreatif. • Kanak-kanak mencari idea, alternatif dan menyediakan cadangan-cadangan baharu. • Kanak-kanak mencari sebanyak mungkin idea baharu. Idea yang ada jangan dikritik.
Mengambil idea lucu ataupun pelik ataupun dianggap gila-gila. • Kanak-kanak digalak mencabar idea lama. • Kita perlukan idea baharu. • Kita perlukan cadangan baharu di sini. • Kita memerlukan cara baharu di sini.
Topi biru: Pemikiran tentang bagaimana mengawal dan menyelia proses berfikir bagi enam topi itu. • Kanak-kanak ini menganggap dirinya lebih baik daripada kanak-kanak lain. • Kanak-kanak ini dapat menegur idea kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini cuba menjadi ’hero’. • Memaksimumkan kejayaan melalui gabungan dengan idea kanak-kanak lain.
TeoriPelbagaiKecerdasan (Multiple Intelligences) • Howard Gardner mempercayai kanak-kanak yang kreatif dan mengalami perkembangan kecerdasan yang melibatkan otak dapat dibahagikan kepada sembilan kumpulan. • Kecerdasan bahasa • Mempunyai kemahiran berbahasa tinggi, baik dari segi pertuturan mahu pun penulisan.
Kecerdasan logikal/matematik • Kanak-kanak sering digelar ‘pemikiran saintifik’, iaitu melibatkan pemikiran induktif dan deduktif, penaakulan, proses pengiraan dan struktur logik. • Kecerdasan tampak/ruang • Pengamatan tampak, menghasilkan imej mental, peka dalam gambaran pola atau corak.
Kecerdasan kinestetik • Pergerakan fizikal atau psikomotor, kebebasan tubuh badan yang berkait rapat dengan gerak balas otak. • Kecerdasan ritma/muzik • Penguasaan corak ton muzik dan bunyi. Kanak-kanak sensitif pada bunyi dan irama.
Kecerdasan interpersonal • Hubungan dengan orang lain dari segi komunikasi. Mempengaruhi orang lain kerana mempunyai kemahiran tertentu. • Kecerdasan intrapersonal • Mempunyai keyakinan dan pemahaman pada diri sendiri, kemahuan, perasaan dan kesedaran yang dimiliki.
Kecerdasan spiritual • Keupayaan luar jangkaan manusia biasa, berkeupayaan bertindak atau berkomunikasi secara yang tidak lazim, mencakupi dimensi roh (ghaib) yang luar keupayaan manusia biasa. • Kecerdasan ekologi • Keupayaan manusia menyesuaikan dirinya dan mengadaptasikan dengan suasana dan keadaan alam persekitarannya.
Sekian. Terima kasih.