1k likes | 3.86k Views
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) TUMPAT KELANTAN. Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat. Pengenalan. HFMD ialah penyakit berjangkit yang biasa menyerang kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah. Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil. Pengenalan.
E N D
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) TUMPAT KELANTAN Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat
Pengenalan • HFMD ialah penyakit berjangkit yang biasa menyerang kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah. • Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil
Pengenalan • Biasanya disebabkan oleh Coxsackie A virus, Enterovirus 71 (EV71) dan lain-lain enterovirus. • HFMD yang disebabkan oleh EV71 boleh menyebabkan komplikasi Saraf dan kematian.
Rawatan • Sehingga kini belum ada ubat anti-viral dan vaksin yang berkesan • Biasanya rawatan hanya untuk mengurangkn gejala-gejala penyakit. • Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa 7 – 10 hari • Majoriti sembuh sepenuhnya.
Faktor Risiko HFMD • Kajiandi Taiwan mendapati yang dikaitkandenganjangkitan EV71 ialah: • Kontakdenganpesakit HFMD, • Amalankebersihan yang tidakbaik/ persekitarankotor • Menghadiripusatjagaanataupusatbimbingankanak-kanaksertabilangankanak-kanak yang tinggidalamsesuatukeluarga. • Tinggaldikawasanluarbandar.
Tanda-tanda Difinasi kes Kanak-kanak yang mengalami salah satu atau gabungan daripada tanda-tanda berikut iaitu: demam, ulser mulut. T > 37.2C ruam (rash) tapak tangan/kaki atau vesicles di tapak tangan/kaki
Langkah Pencegahan Wabak HFMD • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan membersihkan najis anak. • Pakai selipar/kasut semasa bermain di luar rumah.
Langkah Pencegahan Wabak HFMD • Tutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
Langkah Pencegahan Wabak HFMD • Elakkan berkongsi keperluan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan/gelas, garpu dan sudu dengan pesakit.
Langkah Pencegahan Wabak HFMD • Bersihkan peralatan yang telah terdedah dengan air liur kanak-kanak seperti alat permainan, permukaan meja, kerusi dan lantai.
Jika Anak Menunjukkan Tanda-Tanda Dan Gejala Penyakit HFMD : • Bawa Anak Berjumpa Doktor Dengan Segera! • Jangan hantar anak ke sekolah, pusat jagaan kanak-kanak atau tadika, tabika dan taska sehingga sembuh.
Jika Anak Menunjukkan Tanda-Tanda Dan Gejala Penyakit HFMD : • Elakkan membawa kanak-kanak ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas. • Asingkan anak anda dan peralatannya daripada kanak-kanak lain.
Jika Anak Menunjukkan Tanda-Tanda Dan Gejala Penyakit HFMD : • Bersihkan lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu. • Cuci barangan anak dengan sabun dan air bersih. • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas memegang/menyentuh anak.
Bawalah anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaannya bertambah teruk!