230 likes | 700 Views
PELAJARAN 2 : koNSEP KERASULAN. …MaKsUd NaBi…. Ialah manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya & tidak dikehendaki menyampaikan kepada orang lain. …MaKsUd RaSuL….
E N D
PELAJARAN 2 : koNSEP KERASULAN...
…MaKsUd NaBi… Ialah manusia lelakipilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya & tidak dikehendaki menyampaikan kepada orang lain.
…MaKsUd RaSuL… Ialah manusia lelakipilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu dan dikehendaki menyampaikan kepada orang lain.
…RaSuL… • Diberikan wahyu untuk dirinya & disampaikan kepada kaumnya • Bilangan rasul 313 orang. • Setiap rasul ialah seorang nabi. • Rasul menerima kitab dan suhuf untuk disampaikan kepada umatnya. • Wajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul.
…NaBi… • Diberikanwahyu untukdirinya. • Bilangan nabitelalu ramai (ada yangberpendapat seramai 124000orang). • Seorangnabi tidaksemestinya rasul. • Tidak diturunkan kitabkepada para nabi. • Tidak diwajibkan mengetahui bilangan dan nama nabi.
…RaSuL UlUl AzMi… Maksud rasul Ulul Azmi ialah mereka yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menyampaikan dakwah dan seruan kepada kaumnya.
…NaMa-NaMa RaSuL UlUl AzMi…. • Nabi Muhammad s.a.w. • Nabi Ibrahim a.s. • Nabi Isa a.s. • Nabi Nuh a.s. • Nabi Musa a.s.
…MakSuD MaKsum… Ialah para nabi & rasul terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh mencacatkan kemuliaan mereka sebagai utusan pilihan Allah s.w.t.
…PeRaNaN RaSuL… • Mengajar & menerangkan perkara-perkara ghaib seperti hakikat ketuhanan, syurga, neraka, & kehidupan di alam barzakh. • Menyampaikan berita gembira dan bertindak sebagai pemberi ingatan. • Menyeru kepada perkara kebaikan dan membaiki akhlak manusia. • Menyampaikan segala perintah & larangan Allah s.w.t kepada manusia, • Mengajar manusia cara beribadat yang betul.
…AdAb KePaDa RaSuL… • Sentiasa berselawat kepada rasul. • Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul. • Mengamalkan sunnah rasul dalam amalan harian. • Mengasihi & mencintai mereka melebihi makhluk yang lain. • Mentaati ajaran yang disampaikan oleh rasul dengan hati yang ikhlas.
…MaKsUd MuKjIzAt… Ialah perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada para nabi & rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian, kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka.
…KaRaMaH… Keterangan : Perkara luar biasa yang belaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisinya Allah s.w.t. Contoh : Maryam yang dianugerahi hidangan dari langit ketika beribadat.
…Ma’UnAh… Keterangan : Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat islam tanpa diusahakan untuk mempelajarinya. Contoh : Terlibat dalam suatu kemalangan yang dahsyat, namun dia terselamat.
…SiHiR… Keterangan : Perkara luar biasa yang boleh dipelajari oleh seseorang dengan bantuan kuasa jahat seperti jin. Contoh : Seseorang yang kebal atau tidak lut senjata.
…IrHaS… Keterangan : Perkara luar biasa yang belaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah s.w.t sebagai rasul. Contoh : Seperti awan yang melindungi Rasulullah s.a.w.
…IsTiDrAj… Keterangan : Pekara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat & derhaka kepada Allah s.w.t untuk menyesatkannya lagi. Contoh : Qarun yang beroleh kekayaan yang luar biasa telah beransur-ansur menjadi sombong & kufur.
DiSeDiAkAn oLeH : FaTiN HaNaNi Bt RoSlAn & SiTi ZuBaIdAh Bt UmAr..