160 likes | 659 Views
Tugasan Projek Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 SPM 2015. 01 | Memahami Kehendak Soalan - Overview. Apakah Yang Perlu Dimuatkan Dalam Folio Tugasan Projek???. Muka depan Perakuan Calon Pengenalan Profil Perniagaan Senarai Penghutang & Pemiutang Senarai Urus Niaga Dokumen Perniagaan.
E N D
Tugasan Projek Prinsip PerakaunanTingkatan 4 SPM 2015 01 | Memahami Kehendak Soalan - Overview
Apakah Yang Perlu Dimuatkan Dalam Folio Tugasan Projek??? • Muka depan • Perakuan Calon • Pengenalan • Profil Perniagaan • Senarai Penghutang & Pemiutang • Senarai Urus Niaga • Dokumen Perniagaan
Apakah Yang Perlu Dimuatkan Dalam Folio Tugasan Projek??? • Buku Catatan Pertama dan Buku Tunai • Lejar • Imbangan Duga • Kad Stok • Penyata Pendapatan • Kunci Kira-kira • Rumusan • Lampiran
Apakah Yang Perlu Dibuat?? Cikgu akan membahagikan keseluruhan proses menghasilkan folio tugasan projek tingkatan 4 kepada 4 fasa utama, iaitu: • FASAPERANCANGAN • FASAURUSNIAGA • FASA PEREKODAN • FASAPENYATAKEWANGAN
Fasa Perancangan Matlamat utama Fasa Perancangan adalah menyediakan bahan ataupun maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan fasa-fasa berikutnya. Jika Fasa Perancangan tidak dibuat dengan baik, masalah akan timbul ketika kita meneruskan fasa-fasa seterusnya.
Fasa Urus Niaga Matlamat fasa kedua ini adalah untuk menyediakan dokumen urus niaga untuk catatan perakaunan. Baik buruk fasa kedua ini akan memberikan kesan terhadap fasa ketiga dan fasa terakhir.
Fasa Perekodan Matlamat fasa ketiga ini adalah untuk menyediakan catatan perakaunan, dari penyediaan Buku Catatan Pertama, lejar sehinggalah ke penyediaan Imbangan Duga. Baik buruk fasa ketiga ini akan memberikan kesan terhadap fasa terakhir.
Fasa Penyata Kewangan Matlamat fasa terakhir ini adalah untuk menyediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Penyata Pendapatan disediakan untuk mengetahui untung atau rugi perniagaan manakala Kunci Kira-kira disediakan untuk melihat kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan.
Cadangan Pembahagian Tempoh Pelaksanaan Setiap fasa akan mengambil masa selama 2 minggu.
Sekian, terima kasih!! ~~Tamat Sesi Ini~~